Isnin, 15 September 2014

Nasi Lemak Sambal Hitam Belimbing Buluh






Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam...

Salam pagi Isnin...

Bunda rasa tentu sudah ramai di antara kalian yang telah mengetahui dan pernah makan sambal hitam belimbing buluh ini. Begitu juga bunda...tetapi bunda baru sekali makan. Untuk bunda mengetahui lebih lanjut asalnya sambal hitam belimbing buluh ini, bunda cuba google. .. dan inilah info yang bunda dapat...jom sama-sama kita share..

Namanya langsung tidak mempunyai ciri-ciri komersial, apatah lagi apabila melihat pada rupa dan warnanya yang hitam. Bagaimanapun, sinonim dengan frasa hitam itu menawan, sambal hitam belimbing buluh (sambal hitam) tetap mendapat tempat di hati penggemar hidangan pembuka selera yang terkenal di Pahang barat itu.


gambar dari google


Tanpa sebarang aroma yang boleh membangkitkan selera, hidangan tradisional berasaskan belimbing buluh, lada atau cili api dan ikan bilis yang dipelopori penduduk Lipis, Raub dan Jerantut mula mengalami transformasi dalam memenuhi selera dan cita rasa masyarakat moden hari ini.

Lebih menarik, penjenamaan semula nama sambal hitam kepada sambal Pahang oleh Tengku Puan Pahang, Tengku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, baru-baru ini bakal mempopularkan lagi produk tradisional orang kampung yang sudah dinikmati sejak puluhan tahun lamanya itu.

Penukaran nama kepada sambal Pahang itu secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada produk makanan tradisional sedia ada, sekali gus memberi kelebihan kepada industri pelancongan Pahang dalam memasyarakatkan hidangan rakyat kepada pelancong tempatan dan luar negara.

Beberapa pengusaha yang ditemui sempena Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) di Kuantan, Pahang, baru-baru ini mengakui permintaan terhadap sajian pembuka selera itu semakin meningkat, malah ada kalangan mereka diminta menyiapkan tempahan sehingga 10 kilogram.

Baca Selanjutnya: http://www.hmetro.com.my/articles/Tahanlama_tiadapengawet/Article/


           ************     **************    *************     *************


Cerita sambal hitam belimbing buluh ini adalah cerita minggu lepas...baru hari ni bunda nak upkan entri... kisahnya, bunda ada terbaca/tengok  status fb blogger Nora Karim ni... ada cerita tentang sambal hitam belimbing buluh.

Bunda komen yang bunda dah lama teringinkan sambal ni...dan rasa nak order jugak dengan Farah Wahida penjualnya... Tak lama lepas tu Nora PM fb bunda dan minta alamat bunda...Nora cakap dia nak belanje bunda sambal hitam tu....Alhamdulillah..

Tentu kalian dah pernah makan kan...terutama orang Pahang, dengar cerita sambal ini asalnya dari negeri Pahang.... bunda yang baru 1st time makan.




Isnin lepas sampai parcel sambal hitam ni. Suka sangat, anak-anak bunda pun suka jugak...sebab kami tak pernah makan lagi. Terima kasih Nora Karim.   Bunda buat makan dengan nasi biasa  ...makan dengan roti pun sedap (bunda guna roti wholemeal dua keping).  Hari Khamis  lepas bunda buat masak nasi lemak sambal hitam belimbing buluh  ni, pun sedap jugak. Tak payah buat sambal lain lagi dah. Siap bekalkan untuk anak-anak pergi kerja lagi.




 Nasi  lemak sambal hitam belimbing buluh ni bunda letak tempe goreng dan sayuran juga.  Sambal hitam ni memang sedap...pedas dan menjadi makanan pembuka selera...kalau makan sahur dalam bulan puasa pun memang sesuai sangat ni. . Tak payah sambal lain lagi ...memang dah cukup pedasnya...letak sikit pun dah kaw...rasa macam sambal tahun pulak...sedappp...


*** Nanti2 bunda nak order dengan Farah Wahida lah..

50 ulasan:

  1. Sedap kan.. saya pun baru kenal sambal ni masa bulan puasa hari tu. Saya beli dengan kakak ipar ct nurhaliza, kebetulan masa tengok instagram dia duk promote pasal ni, terus order 4 bungkus.. sedap makannya..

    BalasPadam
  2. pernh mkan sekali.. masa kolej, ada kwn org pahang.. sedap nya amat.

    BalasPadam
  3. sambal hitam mmg sedap..kalau banyak belimbing buluh dirumah boleh dibuat...resepinya mudah saja...belimbing buluh, ikan bilis n sedikit cili api.

    BalasPadam
  4. Tak pernah try lagi sambal hitam ni....kalau sedap bolehlah cuba nanti.

    BalasPadam
  5. Assalam Bunda..acik pun suka sangat dengan sambal hitam ni..tapi belum pernah buat sendiri beli je..sekarang ni dah susah..anak sedara yang kerja diPahang dah dapat tukar ke Negeri..

    BalasPadam
  6. ramai yg cakap sedap..hish terliurlah bonda pagi2 ni

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Rezeki bunda. Sedap ni. Dah lama tak pekena sambal belimbing hitam nih.

    BalasPadam
  8. saya tak pernah dengar pun pasal sambal belimbing hitam nie.. hahaha... nanti nak suruh mak buatkan lah...

    BalasPadam
  9. Saya tak pernah rasa sambal hitam tu..teringin jugak nak mncubanya...

    BalasPadam
  10. Aduhai hari ini kakak tak puasa tengok nasi lemak berlaukkan sambal hitam siap ada tempe goreng lagi manalah hati tak jatuh cinta. Tengok susunan dlm pinggan dah menggoda kakak tau KN.

    BalasPadam
  11. asalam kebetulan baru balik dari majlis perasmian hari malaysia peringkat daerah keningau. Terasa lah nak makan...hehehe sedap nampak.

    BalasPadam
  12. hasrat hati nak buat sendiri sambal hitam ni tapi takut pula tak sama rasa sambal hitam pahang...kut jadi sambal apalah nanti....hihiiii

    BalasPadam
  13. salam bunda;
    penah dgr sambal hitam belimbing buluh, tp blum penah mkn lg...nk kena try buat jgk ni...hehehehe

    BalasPadam
  14. Wahhh.. Murah rezeki bunda.
    ade orang banjer. untung ramai kawan kan bunda..ade saja yang bermurah hati.

    BalasPadam
  15. Bunda, saya selalu pekena sambal hitam ni kat restoran kakak ipar Dato' Siti kat Taman Connaught, Cheras sana. Memanglah antara menu yang terhangat di restorannya. Sesekali memang sedap, nikmat je kalau dapat makan dengan nasi panas-panas :)

    BalasPadam
  16. nmpk sedap la..
    bru tahu psl sambal hitam ni mkn dgn nasi lemak
    nanti blh cuba jgk buat sambal ni

    BalasPadam
  17. Macam rasa sedap je sambal ni. nank kena cari resepini, cuba..

    BalasPadam
  18. Is xpernah makan lagi... tapi kalau pasai belimbing buluh... mak is memang suka sang at 😊😊😊

    BalasPadam
  19. smbl hitam ni mmg sedap..
    yaya da makan bnyk kali dah..mak yang buat..
    makan ngn nasi or roti la sedap..mkn begitu sje pon xde hal..^,^
    tapi belimbing buluh tu xtau la pulak ade..heee

    BalasPadam
  20. saya tak pernah makan dan buat pun bunda wpun kat kg ada pkoknya dan buahnya terbiar sbb saya baru saja tahu kebelakangan ni . harap dpt buat gak satu hari nanti ...

    BalasPadam
  21. Biar rupa tak cantik asal rasa sedap. Kak zai belum pernah makan.

    BalasPadam
  22. dulu2 masa aruah mak ada pernah juga buat sambal dengan belimbing buluh ni,tp sambal merah..yg hitam tak pernah pulak rasa..tergoda tengok nasi lemak bunda,tempe tu yg peberet tu.hehe

    BalasPadam
  23. Pernah dengar tapi tak pernah merasa lagi sambal hitam ni Bunda.. mmg kombinasi yg menyelerakan tu klu dgn nasi lemak.. pasti sedap.. :)

    BalasPadam
  24. Sukanya..sdppp tu

    kna dgn nsi lmk pns2...emmmm

    BalasPadam
  25. Selalu dengar cerita tentang kesedapan sambal hitam ni, tapi belum pernah sekali pun rasa dan memang teringin sangat nak rasa...

    BalasPadam
  26. macam sedap je nampak tu Bunda... tak pernah makan lagi sambal belimbing hitam ni... :)

    BalasPadam
  27. TAK PERNAH LAGI SAYA MAKAN SAMBAL HITAM,...

    BalasPadam
  28. Salam Bunda, saya belajar makan sambal itam ni dgn biras saya, dia org pahang, mmg sedap la.. ade belimbing mmg ngam, tapi versi saya takde belimbing, saya ganti dgn asam jawa, hahaha.. bila teringin sangat saya buat sendiri la.. nak beli cam tak berbaloi je sis, tak jumpe yg betol2 sdap, hahahaha....

    BalasPadam
  29. Assalam Bunda..
    saya belum pernah makan sambal hitam belimbing buluh ni.. tapi pernah dgr nama sambal ni..
    mesti rasanya masam2 belimbing kan.. :)

    BalasPadam
  30. saya cukup suka makan sambal hitam ni
    mungkin sebab lahir dekat pahang...hehe
    ni tengok aje pun dah buat rasa lapo

    BalasPadam
  31. Selalu dgr, tp blm pernah rasa. Klu ada dpn mata ni, mesti terliur.

    BalasPadam
  32. Farah tak pernah makan la bunda.. huhuhu... tengok macam sedap jer.. nak kena try la kalau mcmni..=D

    BalasPadam
  33. Dah lama simpan resepi sambal hitam belimbing buluh ni, tapi sampai la ni tak terbuat lagi....

    BalasPadam
  34. tau x bunda...air liur sy dah menitik niiiiiii

    BalasPadam
  35. sedapnye bunda...teliur lieya puase2 ni bunda....mane nak cari sambal itam nieh...

    BalasPadam
  36. Bundaaaaa, makcik teringin nak rasa sambal hitam ni....boleh tolong bagi contact utk meng-order nya?

    BalasPadam
  37. sambal pahang ni kalau cicah dengan lemang pun sedap
    serba serbi sedap..
    cicah lempeng pun boleh :)

    BalasPadam
  38. Assalammua'laikum bunda, terima kasih entri ini, ada pembetulan no wassap saya, 013 286 1045

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam MJ....dah ada pembetulan diatas tu...ok tq...

      Padam
  39. bulan puasa lepas..inilah lauk pembuka selera, makan dgn nasi masih panas..

    BalasPadam
  40. Makan dengan nasi hangat sedap ni bunda..

    BalasPadam
  41. Masa balik malaysia hari tu, pergi umah adik kat pahang..inilah makanan saya request setiap hari berpinggan2 boleh habis.

    BalasPadam
  42. macam sedap je bunda.. dah laa belimbing buluh tu masam..
    selalu makan masak lemak cili api jer..:)

    BalasPadam
  43. Ros belum pernah rasa lagi sambal hitam ni.. tapi ada seorang kawan ros yang pandai buat.. selalu tengok kat fb je la. hihi..

    BalasPadam
  44. Sama2 bunda... Seronok rasanya bila bunda dpt rasa sambal hitam.... terima kasih utk entri ni... sekurang2nya kita dpt tolong bisnes rakan2 yg merupakan surirumah sepenuh masa... :D

    BalasPadam
  45. salam bunda..
    cma tak pernah lagi merasai 'keenakan' sambal hitam ni..
    kecoq lioq dibuatnyeeee

    BalasPadam
  46. Belimbing jiran depan rumah banyak tu KN teringin pulak nak buat sambal pahang ni ...kot yelah rajin haha

    BalasPadam
  47. Salam..kami ada menjual Sambal Belimbing Hitam Siblings Homemade...Jika berminat boleh hubungi kami atau melawat fb dan blog kami...

    Roslina - 013 9945803...

    Facebook :https://www.facebook.com/pages/Sambal-Belimbing_Siblings-Homemade/684402898275573

    Blog : http://siblingshomemade.blogspot.com/

    100 gram - RM6.00
    200 gram - RM11.00
    500 gram - RM27.00
    1 kg - RM50.00
    *Tidak termasuk postage.
    *COD - Sekitar Kuala Lipis dan Raub...

    BalasPadam