Memaparkan catatan dengan label kepal. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kepal. Papar semua catatan

Sabtu, 14 Februari 2015

Ais Kepal..


image dari google


Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam.....

Salam hujung minggu kalian, sekarang ni dah masuk musim panas, ramai yang mengidap batuk dan demam. Kita perlu minum banyak air kosong. Jangan banyak minum ais dan kurangkan aktiviti luar  rumah.

Bila musim panas begini, dalam dok lepak-lepak tengok berita tv tentang pemergian TGNA, tiba-tiba  fikiran bunda terimbau kenangan masa lalu , zaman sekolah menengah. Kalau tengok pada tajuk diatas, bagi mereka yang lahir dalam tahun sebelum 50an hingga lewat 60an mesti tahu dan pernah merasa ais kepal ni. Tahun-tahun selepas tu rasanya dah kurang dah kot.

Bunda masih ingat lagi...  pada awal 70an semasa bunda dalam sekolah menengah rendah masih ada ais kepal ni di jual ditepi-tepi jalan.  Kebiasaan nya dijual oleh peniaga cina yang pakai basikal roda tiga.

Mereka selalu berada di simpang-simpang jalan sekolah. Apabila budak-budak balik sekolah memang berpusu-pusu dan berebut-rebutlah mereka pergi beli ais kepal. Selain dari tu ada juga ais krim potong dan sengkuang calit. Yang dikatakan ais kepal tu ialah dari ketul ais batu yang disagat dengan alat penyagat ais secara manual kaedah macam ais mesin yang ditadah dalam mangkok untuk dibuat ABC tu.

Cumanya ... ais sagat tu kemudian di kepal-kepal mampat sebesar bola tenis dan disiram air gula sirap keliling bebola ais...ada juga perisa sarsi...kadang tu dicampur kedua-dua perisa tu sekali ikut permintaan.


gambar google.....yang ni pun dah moden sikit...
ada yang manual lagi tu yang bentuk macam pahat  ketam kayu yang  macam tukang kayu
guna tu... takder pulak bunda cari kat google..

Dah tu diletak dalam kertas, siap untuk dijamah...harga dia masa tu tak silap bunda dalam seposen dua jer kot...tak pasti , tak ingat.... Sambil berjalan pulang sekolah sambil nyonyot ais kepal tadi. Nak dikatakan sedap sangat tu , tak lah juga, tengok pada kemanisan dan perisa sirapnya dan juga cuaca. Macam cuaca panas sekarang ni memang lakulah... memang sedaplah...sejuk jer tekak sementara nak sampai rumah.

Mungkin masa tu tak banyak lagi minuman dan makanan segera macam sekarang ni. Sekarang ni dah ada macam-macam pilihan. Selain ABC, dah ada ais blended, cool blog, tutty fruity dan macam-macam lagi...bunda pun tak reti nak menyebutnya.

Sekarang, kalau ada pun ais kepal ni mungkin tak banyak macam dulu lagi, mungkin dah di upgradekan menjadi lebih canggih dan dinamakan lain pula.  Mungkin  tak ramai pun yang tahu dan tak ramai pun yang  sedar akan kehadirannya dan asal usulnya pun. Mungkin juga sekarang ni cara buat dan perisanya pun lebih sedap dan pelbagai...dan dijual direstoren-restoren terkenal bukan ditepi-tepi jalan lagi.

Katanya  ada satu restoren kat Ipoh masih ada dijual ais kepal ni, bunda pun tak pasti area mana, dengar cerita jer...Cer tanya ngan mak ayah atau atok nenek kalian...mereka pasti tahu apa itu ais kepal.


***apa pun ais kepal ni menjadi kenangan manis zaman sekolah bunda dulu....yang anak-anak sekarang juga anak-anak bunda sendiri pun tak pernah merasainya...nostalgia betul..