Memaparkan catatan dengan label penghulu segala air. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penghulu segala air. Papar semua catatan

Jumaat, 20 Mac 2015

Khasiat Dan Adab Minum Air Zam Zam..

ehsan google



 Bismillahirrahmanirrahim... As Salam,


Salam Jumaat untuk kalian semua.. di sini ada sedikit pencerahan untuk kita sama-sama berkongsi...agar sama-sama juga kita mendapat manfaatnya...

Apa Itu Air Zam-Zam

"Air zam zam adalah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga , dan paling disukai.  Allah S.W.T telah memberi minum dan menolong putra kekasihnya. Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s dengan air zam zam.  Maka begitulah, pertolongan yang seperti itu juga bolih diperoleh oleh orang-orang selepas baginda termasuk juga kita jika meminumnya dengan niat ikhlas akan berolih manfaat yang sama. Ramai para ulama' telah meminumnya kerana sesuatu hajat., dan mereka berhasil memperolehinya."

Khasiat Minum Air Zam-Zam

Pengarang kitab Al' Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zam-zam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit 'buta'   Dengan izin Allah S.W.T hamba itu sembuh.

Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, Al-Futhi Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zam-zam. 

Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata "Hal ini dicuba olih ulama' dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat samaada dunia atau pun akhirat. Alhamdulillah, semuanya akan tercapai."





Adab Minum Air Zam-Zam

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zam zam antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah katanya, "Seorang lelaki telah datang menemui Ibnu Abbas,  "Tuan datang dari mana?"  Lelaki itu menjawab,  "Saya baru lepas minum air Zam-zam"
Tanya Ibnu Abbas lagi, "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya?"  Lelaki itu tidak menjawab , sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas, "Bagaimanakah caranya wahai Ibnu Abbas?"

Maka Ibnu Abbas pun menjelaskan, "Apabila minum air Zam-zam hendaklah menghadap khiblat, sebutkan nama Allah S.W.T (baca bismillah) dan bernafas diluar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah S.W.T (baca alhamdulillah) . 

Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda  "Perbezaan diantara kita dan orang-orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka (meneguk) air Zam-zam ."



***Hadis riwayat Addara Qutni dan Ibnu Majah