Jumaat, 20 Mac 2015

Khasiat Dan Adab Minum Air Zam Zam..

ehsan google



 Bismillahirrahmanirrahim... As Salam,


Salam Jumaat untuk kalian semua.. di sini ada sedikit pencerahan untuk kita sama-sama berkongsi...agar sama-sama juga kita mendapat manfaatnya...

Apa Itu Air Zam-Zam

"Air zam zam adalah penghulu segala air, paling mulia, paling berharga , dan paling disukai.  Allah S.W.T telah memberi minum dan menolong putra kekasihnya. Nabi Ismail bin Nabi Ibrahim a.s dengan air zam zam.  Maka begitulah, pertolongan yang seperti itu juga bolih diperoleh oleh orang-orang selepas baginda termasuk juga kita jika meminumnya dengan niat ikhlas akan berolih manfaat yang sama. Ramai para ulama' telah meminumnya kerana sesuatu hajat., dan mereka berhasil memperolehinya."

Khasiat Minum Air Zam-Zam

Pengarang kitab Al' Aqdus Sameen mendedahkan bahawa seorang hamba di Makkah yang bernama Ahmad Abdillah Asy-Syarifee meminum air zam-zam dengan niat mahu menyembuhkan penyakit 'buta'   Dengan izin Allah S.W.T hamba itu sembuh.

Pengarang kitab itu turut menjelaskan bahawa gurunya, Al-Futhi Abdul Rahman Abil Khair al-Fasi menceritakan Al-Imam an-Nawawi pernah berkata sesiapa yang mempunyai hajat akan tercapai keinginan selepas meminum air zam-zam. 

Perkara yang serupa pernah dibangkitkan oleh Tahzibul Asma Wal-Lughat yang berkata "Hal ini dicuba olih ulama' dan golongan soleh untuk mencapai segenap hajat samaada dunia atau pun akhirat. Alhamdulillah, semuanya akan tercapai."





Adab Minum Air Zam-Zam

Terdapat beberapa adab atau peraturan bagaimana meminum air Zam zam antaranya:

Daripada Abdullah bin Abi Mulaikah katanya, "Seorang lelaki telah datang menemui Ibnu Abbas,  "Tuan datang dari mana?"  Lelaki itu menjawab,  "Saya baru lepas minum air Zam-zam"
Tanya Ibnu Abbas lagi, "Adakah tuan minum itu mengikut cara yang sepatutnya?"  Lelaki itu tidak menjawab , sebaliknya bertanya pula kepada Ibnu Abbas, "Bagaimanakah caranya wahai Ibnu Abbas?"

Maka Ibnu Abbas pun menjelaskan, "Apabila minum air Zam-zam hendaklah menghadap khiblat, sebutkan nama Allah S.W.T (baca bismillah) dan bernafas diluar bijana, kemudian baru teguk lagi, dan (sesudah selesai minum) ucapkan pujian kepada Allah S.W.T (baca alhamdulillah) . 

Sesungguhnya Rasulullah SAW ada bersabda  "Perbezaan diantara kita dan orang-orang ramai (kaum munafik) ialah bahawa mereka itu tidak suka (meneguk) air Zam-zam ."



***Hadis riwayat Addara Qutni dan Ibnu Majah




37 ulasan:

  1. Assalamualaikum bunda,
    Zam-zam dari segi bahasa memberi maksud melimpah. Sesuai dengan keadaannya yang tidak pernah habis sejak dari dahulu lagi. Air zam-zam memang terbukti mempunyai banyak khasiat sebagaimana kajian yang telah dibuat. Sangat bagus, cuma bimbang juga jika kita minum dan berharap pada air. Sedangkan para generasi terdahulu minum air zam-zam tetapi harapan kepada Allah SWT (saya mengingatkan diri saya)

    BalasPadam
  2. assalam bunda,...air zamzam memang banyak khasiatnya kan ...
    tapi sekarang ni saya agak keliru bila melihat banyak dah air zamzam dijual ....boleh ke?

    BalasPadam
  3. Salam bunda...pagi...

    Sy dh jmpa byk pengedar penapis air...modal dorng semua sama...mst air dorng yg terbaik..air org semua kekurangan...tp 1 yg dorng semua setuju:air zam zam tetap terbaik...haha mana boleh lawan,ciptaan manusia vs ciptaan Allah kan...

    BalasPadam
  4. Satu lagi yg menarik perhatian ialah minum air zam-zam disunatkan berdiri mengadap qiblat berbanding minum air biasa kita dilarang utk berdiri. Bila sebut air zam-zam juga pasti minda kita tak dpt lari dari teringat sejarah/kisah bagaimana terpancutnya air istimewa kurniaan Allah ini dan yg pasti khasiatnya tidak ada tolok bandingnya. Usah kata molekulnya bahkan ianya juga tidak pernah surut sehingga kini.. miracle kejadian Allah buat kita merenung kebesarannya kan KN...

    Entri menarik buat semua. Tahniah KN:)

    BalasPadam
  5. Assalam bunda..terima kasih sudi berkongsi

    BalasPadam
  6. SALAM JUMAAT..AIR ZAM ZAM ALLAH HADIR TIKA SITI HAJAR N ANAKANDANYA NABI ISMAIL ASKEHAUSAN DITENGAH KEGERSANGAN PADANG PASIR...RIBUAN TAHUN TELAH BERLALU NAMUN AIR ZAM-ZAM TERUS MENGALIR WALAU TELAH DIMINUM RIBUAN JUTA UMAT ISLAM SEJAK LAMA..SUBHANALLAH..N3 TERBAIK.

    BalasPadam
  7. Perkongsian ilmu yg bermanfaat Bunda.. terima kasih kongsi. :)

    BalasPadam
  8. terima kasih atas perkongsian ni...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    BalasPadam
  9. kita minum terus ja...tpi selawat dulu

    BalasPadam
  10. Air zam zam mmg bnyk khasiatnya. Bagus juga jika ada dijual sbb sekurang2nya bolehlah kita di sini minum selalu. Saya ada beli juga di kedai berdekatan cuma tak larat beli selalu sbb harganya agak mahal. Klulah ada cara rendahkan kos tu bagus juga, untung sikit sudahlah asal lepas gaji. Yg pnting ibadah juga tu kan. Yelah, nak transport air zam zam tu pun mmg kos kan.. klu kita nk ambil sendiri haruslah keluar kos umrah paling murah.. itu pun cuma dpt bawa balik tong kecil je.

    BalasPadam
  11. T kasih atas perkongsian ini Bunda.. Salam berkat di hari Jumaat yg mulia ini.. :)

    BalasPadam
  12. Nice sharing Bunda.. pertamakali Nurul minum air zam-zam dulu, Nurul pelik dengan rasanya yang payau..

    BalasPadam
  13. Air zam-zam tiada bandingan. Air terbaik dimuka bumi ini. Sudah tentu perlukan adap utk meminum air istimewa ini. Komen Kak Zakie terbaik!

    BalasPadam
  14. masa nak beranak ritu pun sempat mnm air zam2..alhamdulilah cepat je kuar baby hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. 10 tahun lepas semasa arwah mak bunda nak buat pembedah jantung bypast...kami usaha dapatkan air zam zam...kebetulan ada kawan baru balik Mekah...dia bagi 2 botol mineral besar...

      Mak minum sebelum dan selepas pembedahan..membantu proses penyembuhan...Subhanallah...

      Padam
  15. Terima kasih bunda...perkongsian ilmu terbaik ttg dunia air zam zam...rindu nak minum air zam zam di Makkah fresh tak terkata

    BalasPadam
  16. perkongsian yang baik bunda
    moga Allah bagi rezeki nak minum air zam-zam
    dalam masa terdekat ni..insha Allah
    rindu nak minum :)

    BalasPadam
  17. syukran berkongsi ilmu..air zam zam, air beralkali paling berkhasiat di dalam dunia..Subhanallah, nikmat Allah kpd umat manusia..

    BalasPadam
  18. betul ke stiap dari kita kalau minum air zam zam ni berbeza rasanya
    .pnah terjadi pada yan..kawan yan minum payau..yan minum manis

    BalasPadam
  19. Khasiat zam-zam tak boleh dipertikai. Cuma ramai mereka yang minum pakai langgah (teguk) saja tanpa tau adabnya...

    BalasPadam
  20. Nak beli di malaysia ni ada lak yg tipu tipu..aduhaii

    BalasPadam
  21. Salam Bunda, terima kasih utk perkongsian ilmu yg bermanfaat :)

    BalasPadam
  22. Air yang tiada tandingannya. Dari segi kesihatan sudah sedia maklum kebaikkannya.

    Betul kata kakzakie minum air zamzam ada adapnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang begitulah adab2nya minum air zam zam...seperti selalu ustaz2 dan ustazah selalu ceramah...bukan macam minum air biasa ...

      Walaupun kita dapat air zam zam yang pure kalu tak beradab...tak der makna nya...macam minum air mineral biasa jer...

      Padam
  23. rindu nak minum air zam2 sejuk. Kalau kat sana madang minum air zam2 tapi tak la sampai 3liter sehari. sebab kelebihan air zam2 memang meghilangkan dahaga. Stok air zam2 dah tinggal stgh botol.. Susah plak nak dapat kat msia ni. Sebab slalu minum air zam2 minum air biasa pun baca doa air zam2 jg..

    BalasPadam
  24. Air zam-zam ni dikatakan tinggi kadar alkalinya, eluk untuk orang gastrik seperti saya...ada jual kat farmasi, mahal juga harganya. Waktu minum tu duk asyik ingat...betul ke air zam-zam ni....

    BalasPadam
  25. ada satu ketika tu tgn my abg ipar luka kena pisau . besar la juga . darah pun byk keluar . jadi my kakak ambil air zam zam , bacakan doa , tiup kat air zam zam dan sapu pada luka . alhamdulillah , dgn izin Alla, darah berhenti dan luka jadi rapat ...

    BalasPadam
  26. terimakasih Bunda diatas perkongsian ini..

    BalasPadam
  27. nice sharing bunda
    ramai sebenarnya yang kurang arif mengenai khasiat apatah lagi adab
    saya sendiri pun baru tahu mengenai adab minum air zam-zam ni =)

    BalasPadam
  28. teringin nak minum air zam-zam ni di tanah haram,, harap suatu hari nanti Allah swt memanggil saya ke sana,, aminn

    BalasPadam
  29. owh begitu yah adab adab minum arit Zam Zam itu.. saya baru mengetahuinya...Obat Jelly Gamat Gold G

    BalasPadam
  30. Okje pernah terbaca....minum air zam zam sunat berdiri betul ke KN?...

    BalasPadam
  31. untuk mereka yg gastrik elok minum air zamzam diblendkan dgn kurma.. insya-ALLAH..

    BalasPadam
  32. terima kasih atas perkongsiannya,bunda.semua peringkat umur elok minum air zamzam kan.

    BalasPadam