Assalamualaikum sahabat2 dan anakanda2 yang bunda kasihi. Selamat menyambut Syawal tahun 2020 Masihi dan 1441 Hijrah.
Hari ini 26 May 2020 adalah hari raya ke tiga kita sambut pada tahun ini.
Di tahun ini juga kita beraya mengikut normal baharu PKPB (perintah kawalan pergerakkan bersyarat).
Apa pun suasana raya kita kali ini, yang penting silaturahim tetap ujud walau pun di jarak jauh.
Tahun ini ramai diantara kita tidak dapat balik beraya dikampung. Oleh kerana kerajaan larang untuk melepasi sempadan. Demi menjaga penularan Covid-19 yang masih belom pulih sepenuhnya.
Sambutan raya pun hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja, dengan mengikut kawalan jarak dan tidak ada perhimpunan beramai2 lebih dari 20 orang dalam satu masa.
Tak apa lah, semua itu demi keselamatan kita dan keluarga kita juga kan.

Begitu juga bunda, hari pertama cuma berkumpul sesama anak menantu dan cucu2 bunda sahaja.
Tiada kunjung mengunjung, tiada berjalan ziarah kerumah masing2 dan jiran tetangga.
Inilah sedikit suasana hari raya dan famili pada tahun ini.
Dengan juadah yang serba ringkas, ada yang bunda masak dan ada yang anak menantu yang bawa, makan sama2, bergambar dan berborak sesama kami.
Sebelom maghrib masing2 bersurai, balik tempat masing2.
Sebelom maghrib masing2 bersurai, balik tempat masing2.
Yang penting "Two Little Heroes" bunda ni ada. Riuh juga suasana dengan gelak ketawa mereka..ada yang tumpahkan sebalang biskut, ada yang menangis, berkelahi berebut mainan. Riuh rendah, kecoh..walau pun baru dua orang.
Walaupun tak bersama, di pagi raya kami bervideo call..dari Taiping Perak dan Kajang Selangor. Gambar Ayahanda Bunda Abdul Aziz bin Mohd Jani...di kirim oleh adik bunda. Seorang Warga Mas (pencen askar/1979), yang berusia 86 tahun. Semoga bapak sehat selalu.."orang sayang bapak"
Budak kerinting, Muhammad Zarif Umar ni pagi2 sepii dah wasap bunda (mak noranya) wish Selamat Hari Raya...siap hantar gambar lagi.. Dulu masa bunda masih di Cheras kami berjiran, kini setelah bunda berpindah ke Kajang...jarang sangat dapat berjumpa. Apa lagi time PKP ni.
Bunda sendiri pada hari raya pertama tak berapa sehat. Apa2 pun bunda terhibur dengan kehadiran mereka dan dengan karenah cucu2 bunda.
Raya kedua kami di kediaman masing2. Tiada lagi ziarah kemana2. Rehat dekat rumah sahaja. Masih patuhi PKPB.
****rayanormalbaharu
Raya kedua kami di kediaman masing2. Tiada lagi ziarah kemana2. Rehat dekat rumah sahaja. Masih patuhi PKPB.
****rayanormalbaharu