Selasa, 26 Mei 2020

Salam Syawal 2020M/1441H



 Assalamualaikum sahabat2 dan anakanda2 yang bunda kasihi.  Selamat menyambut Syawal  tahun 2020 Masihi dan 1441 Hijrah.

Hari ini 26 May 2020 adalah hari raya ke tiga  kita sambut pada tahun ini.

Di tahun ini juga kita beraya mengikut normal baharu PKPB (perintah kawalan pergerakkan bersyarat).

Apa pun suasana raya kita kali ini,  yang penting silaturahim tetap ujud walau pun di jarak jauh.

Tahun ini ramai diantara kita tidak dapat balik beraya dikampung.  Oleh kerana kerajaan larang untuk melepasi sempadan. Demi menjaga penularan Covid-19 yang masih belom pulih sepenuhnya.

Sambutan raya pun hanya dibenarkan pada hari pertama sahaja, dengan mengikut kawalan jarak dan tidak ada perhimpunan beramai2 lebih dari 20 orang dalam satu masa.

Tak apa lah, semua itu demi keselamatan kita dan keluarga kita juga kan.



Begitu juga bunda, hari pertama cuma berkumpul sesama anak menantu dan cucu2 bunda sahaja.


Tiada kunjung mengunjung, tiada berjalan ziarah kerumah masing2 dan jiran tetangga.


Inilah sedikit suasana hari raya dan famili pada tahun ini.


Dengan juadah yang serba ringkas, ada yang bunda masak dan ada yang anak menantu yang bawa, makan sama2, bergambar dan berborak sesama kami.

Sebelom maghrib masing2 bersurai, balik tempat masing2.


Yang penting "Two  Little Heroes" bunda ni ada. Riuh juga suasana dengan gelak ketawa mereka..ada yang tumpahkan sebalang biskut, ada yang menangis, berkelahi berebut mainan. Riuh rendah, kecoh..walau pun baru dua orang.


Walaupun tak bersama, di pagi raya kami bervideo call..dari Taiping Perak dan Kajang Selangor. Gambar Ayahanda Bunda Abdul Aziz bin Mohd Jani...di kirim oleh adik bunda. Seorang Warga Mas (pencen askar/1979), yang berusia 86 tahun. Semoga bapak sehat selalu.."orang sayang bapak"


Budak kerinting, Muhammad Zarif Umar ni pagi2 sepii dah wasap bunda (mak noranya) wish Selamat Hari Raya...siap hantar gambar lagi.. Dulu masa bunda masih di Cheras kami berjiran, kini setelah bunda berpindah ke Kajang...jarang sangat dapat berjumpa. Apa lagi time PKP ni.




Bunda sendiri pada hari raya pertama tak berapa sehat.  Apa2 pun bunda terhibur dengan kehadiran mereka dan dengan karenah cucu2 bunda.

Raya kedua kami di kediaman masing2. Tiada lagi ziarah kemana2. Rehat dekat rumah sahaja. Masih patuhi PKPB.



****rayanormalbaharu

40 ulasan:

  1. Selamat hari raya Bunda..maaf zahir batin..terhibur dgn telatah cucu2..moga Bunda kembali sihat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya..maaf zahir batin..aamiin

      Padam
  2. Salam raya PKPB
    Maaf zahir dan batin

    BalasPadam
  3. Selamat hari raya. Maaf atas salah silap kata di ruangan komen atau pos tulisan yang kurang menyenangkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam aidil fitri..sama2 kita saling bermaafan.

      Padam
  4. Salam bonda. Selamat hari raya maaf zahir dan batin.

    BalasPadam
  5. SALAM AIDILFITR BUNDA N FMLI MAAF ZHR BTN

    BalasPadam
  6. W/salam Bunda. Selamat Hari Raya Aidilfitri... ya raya tahun ni 'kita jaga kita'

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya Idul Fitri, mohon maaf lahir dan bathin

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih, sama2 kita bermaafan. salam aidul fitri buat mbak.

      Padam
  8. Selamat hari raya Bunda..maaf zahir batin.

    BalasPadam
  9. Salam aidil fitri bonda, trmkasih sbb ziarah raya kt 'umh'saya,hihi.
    Meriah rumah dgn kehadiran cucu2 yg comel2 tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahun ni kita banyak ziarah raya melalui alam maya, video call bagai..hihi..pkpb..

      Padam
  10. Salam Aidilfitri Bonda Nora.

    Maaf Zahir dan Batin.

    Dah besar2 cucu2 Bonda ya.
    ZARIF pun dah besar.

    Take Care.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea Zarif dah besar dah...dah 10 tahun dah..

      Padam
  11. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat Bunda Nora sekeluarga

    BalasPadam
  12. Salam aidil fitri buat Bonda Nora sekeluarga. Walaupun sambut dalam PKP, tapi masih terasa suasananya. Alhamdulillah. Mudah-mudahan tahun berikutnya suasana kembali pulih seperti tahun-tahun lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam juga buat Amie, betul tu semoga ditahun2 hadapan kita dapat beraya seperti biasa..
      Terima kasih sudi singgah ke Blog bunda yg tak seberapa ni..😄🌹

      Padam
  13. Salam Aidilfitri. Tetap meriah suasana raya. Alhamdulillah

    BalasPadam
  14. Salam Aidil Fitri buat Bonda sekeluarga.......

    BalasPadam
  15. masih lagi dalam Syawal ni..
    Salam Aidilfitri.. take care =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi singgah..take care too..

      Padam
  16. Assalamualaikum Bunda.. Selamat Hari Raya. Follow Bunda #1403. Semoga Bunda dikurniakan kesihatan yang berpanjangan. Amiinn.. take care Bunda. =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..terima kasih follow bunda dan sudi ziarah blog usang bunda ni..
      Selamat hari raya..

      Padam
  17. Still tak terlambat kot. Selamat Hari Raya Aidilfitri bunda

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya..terima kasih sudi singgah..

      Padam
  18. Salam Syawal Bunda... masih di bulan Syawal ni :)

    BalasPadam
  19. Kami pun tak beraya mana. Duduk rumah je. Tahu2 syawal pun dah habis. Tggu raya haji pulak.

    BalasPadam
  20. Thats Awesome Article !

    JOKERDANA - Bandar Judi Online terbesar dan terpercaya se-Asia.


    dengan bonus menarik yang ada di dalam nya, ayo segera daftarkan dan dapatkan bonus beserta event yang ada di kami.




    SLOT

    SPORTBOOK

    BONUS

    JOKERDANA

    BalasPadam