Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ucapan. Papar semua catatan

Khamis, 30 Julai 2015

Ragam Zarif Dan Kad Ucapan Raya



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Dipagi lebaran kedua Zarif datang kerumah bunda dengan sebalang biskut raya lengkap berpakaian baju melayu rayanya. Dia cakap nak beraya dengan Mak Nora. Dia datang sorang......mummy anta depan gate. Biasalah Zarifkan...rumah bunda ni rumah keduanya.


Bila dah berjumpa dengan anak-anak bunda siaplah Zarif kena buli. Sessi bergambar pun bermulalah. Pada mulanya Zarif mahu jer ikut gaya dan posing yang diarahkan...lama-lama bila dah penat mulalah datang bosan dan mengada-ngadanya tu.


Biasalah kalau Zarif dah berjumpa dengan anak-anak bunda...siap kena peluk cium sampai lemas dia. Di hari raya ketiganya Zarif datang lagi...lepas makan, anak-anak bunda bawa dia keluar berjalan raya...bunda tak ikut...ada tetamu.|


Kad ucapan raya dari blogger Iryanti Ahamad (pink besar), dari blogger Cma Shiema (yang tengah hijau),
dan dari  blogger Yana Yani (putih)..

Bukan hanya kad tapi Iryanti ada selitkan juga sebuah buku zikir kecil untuk Bunda....manakala sampul dan
ang pau tu dari Cma untuk Zarif...
untunglah Zarif dah dua tahun dapat ang pau dari aunty Cma yer...




***Begitulah ragam Zarif dipagi raya bersama bunda dan anak-anak... juga ucapan terima kasih Bunda kepada yang menghantar kad ucapan raya untuk Bunda...
Saaayang kalian semua....




Jumaat, 30 Januari 2015