Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
semasa bunda balik kampung bulan lepas bapak tengah sibuk bertukang menyiapkan rumah 'SiComel' anak kucing yang baru di belanya...Bapak jumpa SiComel dipasar, ada 4 beradik semuanya, SiComel satu-satunya 'jantan'...masa tu SiComel baby lagi dan tengah menyusu ibunya...
Pada mula-mulanya bapak tak sampai hati jugak nak pisahkan dengan ibunya...oleh kerana bapak nak jugak seekor untuk di bela maka bapa minta dengan taukeh ikan kat pasar yang selalu beri makan kucing-kucing kat situ makan.....
Sehari dua bawa balik SiComel... sibuklah bapak belikan makanan dan susu
khas untuk anak kucing seperti SiComel...bapak juga sibuk bertukang
untuk buatkan rumah / sangkar untuk SiComel...sebab dia kecil lagi,
takut pulak ia lari atau hilang...
lagi pun SiComel tak biasa lagi dengan
suasana tempat baru...anjing pun banyak, takut pulak dimakan dek
anjing...
 |
bapak sibuk bertukang siapkan rumah sicomel...
nampak sangat sicomel cepat mesra dan serasi dengan bapak dan anak2 saudara bunda |
Bapak memang suka bela kucing, sebelum ini pun dah dua ekor kucing belaannya hilang dan mati...kucing bapak yang dua ekor dulu pun namanya SiComel jugak...warnanya pun sama...kuning dan jenis kampung berekor panjang...
Dah lama bapak nak cari ganti SiComelnya dulu, kini baru berjumpa yang hampir sama rupanya...Bapak pernah bercerita, SiComelnya dulu cerdik dan penyayang sangat...bila bapak bercakap dan bermain-main dengannya ia seakan mengerti dan faham sangat...
Bila bapak tak sihat dia akan datang keatas badan atau kaki bapak sambil seakan-akan memicit dan mengurut bapak...Sejak arwah mak bunda sakit dan bapak asek berulang alik ke hospital, IJN, dan selalu tinggalkan rumah maka SiComel pun terabai...
Hingga pada suatu hari setelah beberapa lama bapak tak berjumpa dan melayan SiComel...tiba-tiba dia muncul...bermain-main dan pandang tajam beberapa kali kemuka bapak...seakan nak beritahu sesuatu...bapak bertanya balik.. "kenapa kamu asek pandang aku macam tu?'...
Keesokan harinya bapak dapati SiComel dah tak bernyawa lagi...mulutnya berbuih dipercayai keracunan makanan...Masa tu bapak sedeh sangat....menangis bapak...lama jugaklah bapak bermuram kerana kehilangan SiComelnya yang dulu...
Kini bapak dah dapat pengganti SiComel baru...nampak sangat keceriaan dan keterujaan bapak...
 |
rumah baru sicomel dah siap... |
Pernah dengan bergurau bunda tanya kat bapak..."kenapa mesti Si Comel jugak namanya?...kenapa tak Si Comot ke...Si Jebat ke....Si Mamat ke?" ... "ha ha ha" ketawa besar bapak sambil menjawab...."bapak suka nama Si Comel tu, mengingatkan bapak pada dua ekor kucing bapak Si Comel yang dulu tu"...
Tak kisahlah bapak asalkan bapak bahgia dengan teman baru kesayangan bapak ni sudahlah...dan jadi tempat bapak berborak dan bermain bila kesunyian...
*** Pernah juga dengar orang cakap...haiwan peliharaan seperti kucing, anjing dan kuda dapat menjadi terapi kepada seseorang pesakit...apa lagi orang tua macam bapak...
.....wallahu'alam.....