Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....
Bersua lagi kita di alam maya ini dengan keberkatan hari Jumaat yang penuh barokah ini...
Wahai lelaki! wanita di jadikan sebahgian dari kamu dan untuk saling melengkapi diantara kamu lelaki dan perempuan. Wanita juga dijadikan Allah s.w.t fitrahnya seorang yang lemah lembut.... ini bermakna ianya memang untuk 'dilindungi dan disayangi'...janganlah kamu sakiti mereka, sebaliknya kamu didiklah mereka kejalan Allah sekiranya mereka tersalah langkah. Jangan lah kamu menghukum hingga mencederakan mereka atas dasar melepaskan nafsu amarah kamu. Sedangkan Rasulullah sendiri bila mana hendak mendidik isteri-isteri baginda hanya memukul dengan sehelai lalang yang lembut dan ringan.
Berbahgia sungguh bagi wanita-wanita yang dikurniakan suami yang beriman lagi soleh....kerana ia dapat memimpin keluarganya ke 'Jannah'. Bawalah bekalan yang berharga ke 'sana'...jangan hanya didunia kita kaya tetapi miskin di 'sana' ... dan janganlah didunia kita dah miskin, tetapi di 'alam sana' nanti kita menjadi 'terlalu miskin'...seimbangkanlah kedua-duanya.
Bak kata Prof. Muhaya dalam program 'Tanyalah Ustazah' Orang lelaki, ia itu para suami kena ingat, sebelum kamu mengambil isteri kamu untuk dinikahi dulu, dia adalah seorang anak kepada ibu bapanya. Seorang anak yang telah dibesarkan dengan baik dan sempurna dengan penuh kasih sayang. Seorang anak yang mungkin telah diberi pelajaran tinggi hingga kemenara gading dengan seribu kesulitan dan kepayahan. Dengan itu janganlah kamu persiakan dan abaikan mereka.
Memang benar, seorang wanita itu sebelum berkahwin 'syurganya dibawah telapak kaki ibu'....apabila sudah berkahwin 'syuganya dibawah telapak kaki suami'. Janganlah kamu para suami mengambil kesempatan atas tiket itu. Sayangilah isteri kamu. Jangan sekali-sekali kamu menghina dan menyakiti mereka. Jadilah seorang suami yang budiman, penyayang dan sebagai 'Imam' yang baik untuk anak isteri kamu.
Prof. Muhaya juga menyarankan agar sebelum bernikah apa kata diadakan 'perjanjian' antara keduanya bakal suami dan isteri. 'Bahawasanya antara kedua kamu tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat dalam menjalani bahtera rumah tangga yang mana akan merenggangkan pula hubungan antara anak dan orang tuanya. Berjanjilah agar diberi kelonggaran antara ketaatan kepada suami dan ibu bapa....selagi ianya tidak melanggar hukum. Bertolak ansurlah antara kamu suami isteri agar tiada siapa antara kamu akan mengecilkan hati kedua ibu bapa kedua belah pihak'.
![]() |
image google... anak2 hanya akan faham perasaan ibu bapa setelah mereka sendiri menjadi ibu bapa |
Sebagai anak, sekiranya pernikahan kalian tanpa restu orang tua, maka janganlah terus menambah dosa kamu. Pulanglah...berjumpa dan mohon keampunan dari orang tua kamu . Sekeras-keras mana hati dan kemarahan mereka... mereka tetap perlu dihormati dan jangan lah terus-terusan menjadi anak derhaka,..pulanglah, mohonlah keampunan dari mereka. InsyaAllah suatu hari nanti Allah akan melembutkan hati mereka untuk menerima kamu anak dan menantu mereka. Janganlah setelah mereka berdua sudah tiada didunia ini lagi baru kamu ingat untuk meminta ampun, masa itu air mata darah sekali pun dah tak guna lagi.
Bagi wanita yang bergelar isteri, turuti dan patuhi serta hormatilah perintah suami kamu selagi mana ia tidak bercanggah dan melanggar hukum-hukum Allah. Jadilah seorang wanita dan isteri yang berakhlak mulia, bijak dalam pengurusan rumah tangga, makan minum suami dan anak-anak. Pandai menjaga hati suami dan kedua ibu bapa dan kedua mertua. 'Pangkat dan degree' seseorang wanita atau isteri itu tiada nilai selagi dia tidak 'bijak' dan 'berakhlak mulia' disisi lelaki bernama suami....isteri-isteri kena ingat tu. Perlu menjadi seorang yang 'bijak'... Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.
Baik lelaki atau wanita yang bergelar suami dan isteri, sekiranya rumah tangga yang dibina tak seindah seperti yang diimpikan...seandainya suami/isteri yang baik dan penyayang yang didambakan selama ini berubah hati...maka segeralah muhasabah diri. Carilah dalam diri kamu sendiri dimana silapnya. Mungkin itu atas dosa-dosa lampau kamu...dosa terhadap ibu bapa kamu, tuhan kamu....maka segeralah bertaubat.
Seperti kata Ustaz Kazim....bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan mertua pula, janganlah berterusan melayan rajuk dihati...sekiranya benar pun anak menantu kamu telah menyakiti hati kamu ...berilah peluang kepada mereka untuk meminta ampun dan maaf. Jadilah ibu bapa yang baik, penyayang dan pengampun. Tunjukkan lah contoh yang baik sebagai orang tua kepada anak menantu kita. 'Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih'...kerana merekalah bakal penyambung jenerasi kita di masa hadapan. InsyaAllah tuhan akan memberi rahmat dan kedamaian hati buat kita. Semoga jenerasi kita hidup rukun damai dan berkasih sayang selamanya. ...InsyaAllah...
![]() |
image google... jadilah ibu bapa contoh...binalah sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah |
Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t amat luas dan tiada batas sempadannya...Subhanallah.... tiada makhluk dapat menandingi kasih sayang Allah. Sebaliknya kasih sayang kita sesama kita pasti mengharapkan balasan kasih sayang juga. Ini kerana Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi"
Nabi s.a.w bersabda lagi " Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi s.a.w) adalah orang yang paling baik diantara kalian kepada isteri ku". [1621] Sahih Ibnu Majah.
Dari Ibnu Abbas r.a :
Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada
isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara
kalian kepada isteri ku.” [1621] Sahih Ibnu Majah
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Dari Ibnu Abbas r.a :
Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada
isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara
kalian kepada isteri ku.” [1621] Sahih Ibnu Majah
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Binalah sebuah keluarga 'Sakinah Mawaddah Wa Rahmah'...
***Secebis kisah yang selalu berlaku dalam kehidupan berumah tangga...semoga menjadi pedoman dan peringatan buat diri ini dan kita semua...InsyaAllah...