Jumaat, 27 Februari 2015

Keluarga Sakinah

image google....
dijadikan wanita untuk saling melengkapi
bagi kaum lelaki..


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

Bersua lagi kita di alam maya ini dengan keberkatan hari Jumaat yang penuh barokah ini...

Wahai lelaki! wanita di jadikan sebahgian dari kamu dan untuk saling melengkapi diantara kamu lelaki dan perempuan. Wanita juga dijadikan Allah s.w.t  fitrahnya seorang yang lemah lembut.... ini  bermakna ianya memang untuk 'dilindungi dan disayangi'...janganlah kamu sakiti mereka, sebaliknya kamu didiklah mereka kejalan Allah sekiranya mereka tersalah langkah. Jangan lah kamu menghukum hingga mencederakan mereka atas dasar melepaskan nafsu amarah kamu.  Sedangkan Rasulullah sendiri bila mana hendak mendidik isteri-isteri baginda hanya memukul dengan sehelai lalang yang lembut dan ringan.

Berbahgia sungguh bagi wanita-wanita yang dikurniakan suami yang beriman lagi soleh....kerana ia dapat memimpin keluarganya ke 'Jannah'.  Bawalah bekalan yang berharga ke 'sana'...jangan hanya didunia kita kaya tetapi miskin di 'sana' ... dan janganlah didunia kita dah miskin, tetapi di 'alam sana' nanti kita menjadi 'terlalu miskin'...seimbangkanlah kedua-duanya.

Bak kata Prof. Muhaya dalam program 'Tanyalah Ustazah'   Orang lelaki,  ia itu para suami kena ingat, sebelum kamu mengambil isteri kamu untuk dinikahi dulu, dia adalah seorang anak kepada ibu bapanya. Seorang anak yang telah dibesarkan dengan baik dan sempurna dengan penuh kasih sayang. Seorang anak yang mungkin telah diberi pelajaran tinggi hingga kemenara gading dengan seribu kesulitan dan kepayahan. Dengan itu janganlah kamu persiakan dan abaikan mereka. 

Memang benar, seorang wanita itu sebelum berkahwin 'syurganya dibawah telapak kaki ibu'....apabila sudah berkahwin 'syuganya dibawah telapak kaki suami'. Janganlah kamu para suami mengambil kesempatan atas tiket itu. Sayangilah isteri kamu.  Jangan sekali-sekali kamu menghina dan menyakiti mereka.  Jadilah seorang suami yang budiman, penyayang dan sebagai 'Imam' yang baik untuk anak isteri kamu.

Jangan lah ada antara kamu baik isteri atau suami cuba memisahkan kasih sayang seorang anak dengan kedua ibu bapanya.... hanya kerana kamu benci mereka tidak merestui hubungan kamu berdua. Walau apa saja alasan kamu, ingatlah bahawa isteri atau suami kamu wajib dan tetap akan menghormati dan menyayangi kedua ibu bapanya.  Kerana merekalah yang telah melahirkan dan membesarkan isteri atau suami kamu sebelum ini. Jangan sampai untuk menghulurkan sedikit wang belanja kepada ibu atau bapa pun perlu takut dan sembunyi-sembunyi dari pengetahuan pasangan kamu.

Prof. Muhaya juga menyarankan agar sebelum bernikah apa kata diadakan 'perjanjian' antara keduanya bakal suami dan isteri. 'Bahawasanya antara kedua kamu tidak meletakkan syarat yang terlalu ketat dalam menjalani bahtera rumah tangga yang mana akan merenggangkan pula hubungan antara anak dan orang tuanya. Berjanjilah agar diberi kelonggaran antara ketaatan kepada suami dan ibu bapa....selagi ianya tidak melanggar hukum. Bertolak ansurlah antara kamu suami isteri agar tiada siapa antara kamu akan mengecilkan hati kedua ibu bapa kedua belah pihak'.


image google...
anak2 hanya akan faham perasaan ibu bapa
setelah mereka sendiri menjadi ibu bapa
 
Sebagai anak, sekiranya pernikahan kalian tanpa restu orang tua, maka janganlah terus menambah dosa kamu.  Pulanglah...berjumpa dan mohon keampunan dari orang tua kamu . Sekeras-keras mana hati dan kemarahan mereka... mereka tetap perlu dihormati dan jangan lah terus-terusan menjadi anak derhaka,..pulanglah, mohonlah keampunan dari mereka.  InsyaAllah suatu hari nanti Allah akan melembutkan hati mereka untuk menerima kamu anak dan menantu mereka. Janganlah setelah mereka berdua sudah tiada didunia ini lagi baru kamu ingat untuk meminta ampun, masa itu air mata darah sekali pun dah tak guna lagi.

Bagi wanita yang bergelar isteri, turuti dan patuhi serta hormatilah perintah suami kamu selagi mana ia tidak bercanggah dan melanggar hukum-hukum Allah. Jadilah seorang wanita dan isteri yang berakhlak mulia, bijak dalam pengurusan rumah tangga, makan minum suami dan anak-anak. Pandai menjaga hati suami dan kedua ibu bapa dan kedua mertua.  'Pangkat dan degree' seseorang wanita atau isteri itu tiada nilai selagi dia tidak 'bijak' dan 'berakhlak mulia' disisi lelaki bernama suami....isteri-isteri kena ingat tu. Perlu menjadi seorang yang 'bijak'... Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Baik lelaki atau wanita yang bergelar suami dan isteri, sekiranya rumah tangga yang dibina tak seindah seperti yang diimpikan...seandainya suami/isteri yang baik dan penyayang yang didambakan selama ini berubah hati...maka segeralah muhasabah diri.  Carilah dalam diri kamu sendiri dimana silapnya. Mungkin itu atas dosa-dosa lampau kamu...dosa terhadap ibu bapa kamu, tuhan kamu....maka segeralah bertaubat.
 
Seperti kata Ustaz Kazim....bagi mereka yang bergelar ibu bapa dan mertua pula, janganlah berterusan melayan rajuk dihati...sekiranya benar pun anak menantu kamu telah menyakiti hati kamu ...berilah peluang kepada mereka untuk meminta ampun dan maaf. Jadilah ibu bapa yang baik, penyayang dan pengampun. Tunjukkan lah contoh yang baik sebagai orang tua kepada anak menantu kita. 'Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih'...kerana merekalah bakal penyambung jenerasi kita di masa hadapan. InsyaAllah tuhan akan memberi rahmat dan kedamaian hati buat kita.  Semoga jenerasi kita hidup rukun damai dan berkasih sayang selamanya. ...InsyaAllah...

image google...
jadilah ibu bapa contoh...binalah sebuah keluarga
sakinah, mawaddah wa rahmah


Rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t  amat luas dan tiada batas sempadannya...Subhanallah.... tiada makhluk dapat menandingi kasih sayang Allah. Sebaliknya kasih sayang kita sesama kita pasti mengharapkan balasan kasih sayang juga.  Ini kerana Nabi s.a.w pernah bersabda  "Sesiapa yang tidak mengasihi, maka dia tidak akan dikasihi"

Nabi s.a.w bersabda lagi " Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi s.a.w) adalah orang yang paling baik diantara kalian kepada isteri ku". [1621] Sahih Ibnu Majah.
Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.” [1621] Sahih Ibnu Majah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Dari Ibnu Abbas r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya, dan aku (Nabi saw) adalah orang yang paling baik di antara kalian kepada isteri ku.” [1621] Sahih Ibnu Majah

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Binalah sebuah keluarga 'Sakinah Mawaddah Wa Rahmah'...



***Secebis kisah yang selalu berlaku dalam kehidupan berumah tangga...semoga menjadi pedoman dan peringatan buat diri ini dan kita semua...InsyaAllah...



47 ulasan:

  1. Sebak saya membacanya...menitis airmata..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab berkenaan keluarga.. anak2 dan ibu bapa ni memang menyentuh hati dan perasaan kita kan...

      Itulah yang ustaz2 dan ustazah kat tv tu selalu ceramahkan...

      Padam
  2. pengajaran dan kisah untuk pedoman.terima kasih bonda kerana berkongsi..

    BalasPadam
  3. Begitulah KN.. hidup kita sebagai manusia andai penuh dgn kasih dan sayang pasti akan indah jadinya. Bahagia di dunia dan akhirat
    Apalah guna bahagia dgn isteri atau suami saja tetapi mereka yg di sekeliling kita jauh dari kasih dan sayangnya - pasti kerugian bukan di dunia saja tetapi akan di akhirat juga sebab doa-doa mereka yg sayang pasti panjang dan membantu ketika tiadanya kita di dunia ini.

    Moga kita sentiasa mendapat dan mampu memberi kasih sayang bukan kepada ibu-bapa saja bahkah sesama umat, rasulullah dan Allah juga.

    BalasPadam
  4. insyallah bonda

    BalasPadam
  5. Salam Jumaat Bunda.. semoga sentiasa sihat walafiat disamping keluarga.. in shaa Allah

    BalasPadam
  6. SALAM JUMAAT..SESIAPA SAJA BERHAK MERASAI KEBHGIAN BERKELUARGA XKIRA BERADA DIPIHAK MANA...

    BalasPadam
  7. Terima kasih KN....
    Kita juga anak, isteri , menantu dan satu hari kita akan jadi ibu mertua ....moga kita akan menjadi terbaik antara yang terbaik bagi semua gelaran tukan KN...
    Moga ayah KN cepat sembuh ye

    BalasPadam
  8. tiap2 hari masih belajar mennjadi ibu & isteri yang baik, InsyaAllah...

    * blog lia da private, kalau sudi nak baca lagi, bole la drop emel address di emel marlia171@gmail.com

    BalasPadam
  9. pengajaran yang menarik...tak jemu membaca pada diri sendiri yang telah bergelar isteri ,ibu ,anak ,menantu dan bakal mertua satu hari nanti...terima kasih bunda.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pedoman untuk diri bunda juga walaupun setakat ini belum lagi jadi mertua belum lagi ada anak menantu...

      Padam
  10. Thanks bunda atas perkongsian dan peringatan.

    BalasPadam
  11. ha..ha..Bunda...semuga kita mendapat menantu yang baik baik serta dapat menjadi mertua yang terbaik..nekcik dah tak dapat jadi menantu terbaik lagi dah..tapi alhamdulilah syukur kerana pernah mndapat kasih sayang ibu mertua...kih kih..pak mertua tak sempat jumpa....

    BalasPadam
  12. mendoakan smoga kita mnjadi anak/ibu/isteri yg terbaik dan taat kepadaNYA amin

    BalasPadam
  13. terimakasih bunda, mudahan kita menjadi yg terbaik pada insan2 yg kita sayangi, sebak sayu hati bila membaca ni

    BalasPadam
  14. Setuju bunda. Perkahwinan tanpa restu ibubapa tiada gunanya.

    Setuju juga mengenai tidaklah seorang anak itu merasai penat perih ibubapanya sehingga mereka menjadi ibubapa

    BalasPadam
  15. Saya setuju benar dengan ayat di atas tu....anak2 hanya akan faham perasaan ibu bapa setelah mereka sendiri menjadi ibu bapa....dulu2 masa remaja mak selalu ucapkan ayat ni kepada saya..puncanya sebab saya selalu tegur ibu yang asyik masuk je sebelah abang walaupun berkali-kali abang buat salah....dia tidak pernah marah..tetap berlembut saja...

    BalasPadam
  16. Perkahwinan yg didirikan biarlah atas dasar ikhlas dan kasih sayang yg tulus.. in shaa Allah, pasti diberkati hendaknya. Satu masa nanti kita pun akan melalui proses spt ibu bapa dan datuk nenek kita juga kan. Semoga kitaran tersebut sentiasa dalam kitaran yg baik buat ibu bapa, buat kita juga buat anak2 dan seluruh keturunan kita.. Mendalam perkongsian Bunda ni.. T kasih Bunda.. :)

    BalasPadam
  17. Terima kasih bunda diatas perkongsian. Semoga kita dapat menjadi orang yang baik2 buat semua.

    BalasPadam
  18. :'-C lepas baca nie terus call mak...

    BalasPadam
  19. perkongsian yg menarik
    bersyukur sgt Allah swt bagi kami suamiisteri peluang utk merasai
    smga kita semua mnjdi yg terbaik

    BalasPadam
  20. Bunda,

    Satu peringatan yang amat baik. Bukan sahaja untuk mereka yang bergelar anak, malah suatu peringatan juga buat mereka yang bergelar ibu dan bapa. Terima kasih......

    Dan terima kasih juga kerana masih menjengok blog saya biar pun telah agak lama juga tiada pengisian.

    BalasPadam
  21. yang penting jaga agama
    insha Allah boleh jaga rumah tangga sakinah
    al-Quran cahaya rumahtangga
    merujuk pada bacaan dari sebuah majlah
    solusi atau al Islam..
    yang baik kita kongsikan
    thanks bunda untuk perkongsian ini :)

    BalasPadam
  22. salam bunda ..
    wlu agak panjang tp berbaloi membaca ..
    BaitiJannati ..
    moga kediaman kita bagaikan syurga dgn kemeriah anak2 yg memulikan kita , dn rumahtangga kita didalam lindunganNya

    BalasPadam
  23. Salam Bunda.
    Perkongsian yang sangat baik. 'Sejuk' bila baca.
    Suami isteri, kehidupannya saling melengkapi. Semoga sama-sama dapat membentuk keluarga sakinah. In shaa Allah.

    BalasPadam
  24. betul tu kak ibu ni dia akan menagis apabila berkaitan apa saja dgn anak tapiiii ank nangis bila mak nya dah takde kt dunia ni kan T__T perkongsian cerita yg baik

    BalasPadam
  25. duri ranjau kehidupan
    anak-anak msih beljr.. tk tahulh nti..

    BalasPadam
  26. terima kasih bunda share ilmu rumahtangga,, banyak pengajaran yang dapat saya pelajari darinya,,

    BalasPadam
  27. Dalam kehidupan berumah tangga ni memang perlu ada tolak ansur..

    BalasPadam
  28. salam bunda...
    perkongsian yang menarik...

    BalasPadam
  29. Saya juga mengimpika sebuah keluarga yang sakinah. Doakan saya ye kawan-kawan untuk mengakhiri zaman bujang pada April 2016. Insyaallah..

    BalasPadam
  30. JIKA AGAMA ADALAH TERAS, INSYA ALLAH AKAN KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA

    BalasPadam
  31. Syukran berkongsi ilmu hidup bersuami isteri...

    isteri memendam rasa bila suami tidak hiraukan ibubapa isteri, walaupun ada kisah yg anak tak balik masa bapa meninggal kerana tidak dapat izin suami utk keluar rumah, kemudian si anak bermimpi bapanya masuk syurga, tapi sebagai manusia yg lemah, kita tak sanggup berbuat demikian...ibubapa tiada galang ganti..

    BalasPadam
  32. nice sharing bunda...
    sebak membacanya...

    BalasPadam
  33. Assalamualaikum bunda.
    Baik lelaki maupun wanita, masing-masing mempunyai peranan. Demikianlah sekiranya mereka memenuhi peranan masing-masing, maka semuanya akan terlihat baik dan indah. Tentunya contoh yang terbaik untuk kita adalah junjungan mulia Rasulullah saw.
    Terima kasih bunda atas coretan yang sangat bermanfaat ini. Mudah-mudahan ia menjadi pelajaran kepada kita semua...

    BalasPadam
  34. satu peringatan yang baik bunda... adakah baik seorang menantu yang menhalang suami/isteri dari berbaik dengan ibubapa mereka, adakah baik seorang besan menghasut anak nya supaya membenci keluarga pasangan anaknya... menyatukan keluarga bertujuan memperbesarkan silaturrahim... suami kena menghormati isteri dan keluarga dia begitu juga sebaliknya...

    BalasPadam
  35. Terima kasih Bunda atas peringatan yang diberikan...amat bermakna...sebagai seorang anak, isteri dan mak kepada anak2....terkesan sgt rasanya...

    BalasPadam
  36. suka perkongsian dari BUNDA ni..boleh di jadikan panduan like JM yang masih bujang nih

    BalasPadam
  37. terima kasih atas perkongsian ini bunda...hampir menitis air mata membacanya..

    BalasPadam
  38. Memang bahagia kalau dapat suami yang beriman & soleh tu sebab dia akan sentiasa mengingatkan kita tatkala kita lalai memikirkan dunia.

    BalasPadam
  39. semoga bila saya melangkah ke alam rumahtangga , semuanya berjalan sepertimana yg diharapkan ...

    BalasPadam
  40. Betul tu bila dah jadi ibubapa baru faham pengorbanan ibubapa kita diberi masih hingga kita pun sendiri dah jadi ibubapa.

    BalasPadam
  41. Sharing is Caring...terharu sy baca, terasa...

    BalasPadam
  42. perkongsian yang baik . baca buat kali kedua

    BalasPadam
  43. nice sharing bunda
    ramai di antara kita yang terlupa bend ayang disebutkan di atas
    si isteri lupa si suami perlu mendahulukan mak kandungnya
    si suami pula alpa bahawa mak kandungan adalah syurga dia sehingga ke akhir hayat

    BalasPadam