Memaparkan catatan dengan label tahun baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tahun baru. Papar semua catatan

Rabu, 3 Januari 2018

SELAMAT TAHUN BARU 2018



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...


Tahun baru 2018 telah menjelma. Usia pun makin bertambah.

Banyak kenangan pahit dan manis bunda lalui sepanjang tahun 2017 yang lalu.

Harap-harap nya pada tahun 2018 ini banyak lagi kenangan manis-manis jer hendaknya.


Pada tahun 2017 lalu bunda dapat menantu perempuan pertama dan juga cucu sulung dari anak perempuan bungsu bunda.

Mungkin pada tahun 2018 ni bertambah sorang lagi cucu bunda.

Bercakap pasal cucu bunda, ingat tak dengan Aadam Nuh?.




Pada 2hb Jan 2018 semalam, genap lah usia Aadam Nuh satu tahun.

Aadam Nuh dah pandai berjalan sejak berumur 10 bulan lagi.  Aadam Nuh seorang anak yang cerdas dan aktif...macam Abang Zarif nyer jugak.

Sekarang ni Aadam Nuh sebuk nak belajar bercakap. Kadang tu ntah apa-apalah yang dia cakapkan.

Tak faham, ha ha ha..




Ingat tak lagi dengan Muhamad Zarif Omar?  Anak asuhan bunda sejak dari dia baby lagi.
Tahun 2018 ni Zarif dah nak masuk ke tahun dua dah.

Dah besar dah Zarif... dah ada handfon sendiri dah. Katanya nenek sebelah mommy dia yang bagi..

Sibuklah call Mak Noranya bagitau dia dah ada handfon sendiri.

Bunda cakap boleh ada handfon sendiri, tapi jangan sampai lalai tak baca buku n tak buat kerja sekolah pulak nanti.

Zarif cakap   "mana ada lalai, . mommy cakap kalu nak main handfon pastikan kerja sekolah siap...kalau tak, nanti nenek mintak balik"

ha ha .. tau takper..



***sampai disini dulu yer... selamat tahun baru..In Shaa Allah bunda update lagi.

Selasa, 29 Disember 2015

Selamat Tahun Baru 2016


Bismillahirrahmanirrahim, As Salam...

Tahun 2015 tak sampai beberapa hari saja lagi akan meninggalkan kita....dan tahun baru 2016 pula bakal menjelma.

Selamat tinggal tahun 2015 dan selamat datang tahun baru 2016.

Semoga kisah suka duka tahun lalu kita tinggalkan dalam seribu kenangan, dan kini kita 

perbaiki diri, usaha dan juga azam kita di tahun baru 2016 ini...

Semoga lebih berjaya, terutama dari segi amalan baik kita rohani dan jasmani...

InsyaAllah, aamiin...