Sabtu, 29 September 2012

Hutang Wajib Dibayar..

              Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,


Insentif dalam bentuk diskaun akan diperkenalkan bagi memudahkan proses pembayaran balik PTPTN. Diskaun 20% daripada jumlah pinjaman kepada peminjam yang menyelesaikan hutang sekali gus dalam tempoh setahun bermula 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013.

Bagi mereka yang membayar secara konsisten mengikut jadual diskaun 10% setahun akan diberi. Perdana Menteri mengingatkan peminjam bahawa hukum membayar hutang adalah wajib. Pinjaman PTPTN adalah satu amanah. "Ia adalah satu keistimewaan, bukan satu hak."

Sehingga Februari lalu, PTPTN meluluskan pinjaman kepada 1.95 juta pelajar untuk melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara, membabitkan peruntukkan lebih RM44 bilion. Daripada jumlah itu . kira-kira 70% peminjam melunaskan pinjaman melalui kaedah bertolak ansur .

Dalam pada itu Najib menyifatkan cadangan untuk memansuhkan keseluruhan PTPTN adalah perbuatan yang tidak bertanggung jawab. Beliau mempersoalkan cadangan itu dan betanya siapakah yang akan menanggung lebih RM30 bilion hutang PTPTN jika ia ingin dimansuhkan.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut mencadangkan pelepasan cukai sedia ada kepada ibu bapa yang mempunyai anak diinstitusi pengajian tinggi daripada RM4,000 seorang kepada RM6,000 seorang mulai tahun taksiran 2013.

Bagi menggalakan sikap menabung untuk pendidikkan, pelepasan cukai RM3,000 bagi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sedia ada juga akan dinaikkan kepada RM6,000.

sumber: BH Sabtu.



4 ulasan:

  1. rezeki hujung tahun..dapat bonus..bestnyerr..

    BalasPadam
  2. Kalau harga petrol turun kan bagus? Harga barang pasti turut turun. Tak lah mak ayah, paklong, pakngah dan atok nenek di kampung sakit kepala mcm sekarang...

    BalasPadam