Isnin, 5 November 2012

Study Smart..

                Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Bermula hari ini anak-anak kita akan menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia  (SPM).  Seramai 472, 541 calon berdaftar dijangka mendudukki peperiksaan itu bagi tahun 2012.
                         
gambar hiasan pelajar didewan peperiksaan

Sudah tentu ibu bapa juga merasa debarannya. Apa yang perlu dilakukan ibu bapa selain berdoa dan tawakkal, perlu juga memantau kesihatan tubuh dan menu harian  anak-anak mereka. . Pastikan anak-anak ambil sarapan dahulu sebelum kesekolah. Jangan ambil makanan terlalu pedas dan berlemak. Ambil banyak sayuran dan buahan. Pantau jadual peperiksaan anak-anak dan barang keperluan atau alat tulis mereka mencukupi.
          
jawab soalan dengan tenang
Bagi anak-anak pula, harus diingat supaya tidur awal dan tenang sewaktu didewan peperiksaan. Sebelum keluar rumah minta restu dan keampunan daripada semua orang terutama ibu bapa. . Buat yang terbaik. Ingat! Peperiksaan SPM inilah yang akan menentukan kemana arah tuju masa depan kamu, samaada terus menyambung pengajian atau kecundang diseparuh jalan.

pelajar-pelajar amalkan Doa Ini..

Berdoa sebelum memasukki dewan peperiksaan. Sekiranya sepanjang setahun ini kamu telah tekun belajar dan mengulang kaji InsyaAllah tiada apa yang perlu digusarkan. Yang pasti kamu telah Study Smart Not Study Hard.

Berusaha, Berdoa, Tawakkal, Redha Dan Pasrah.
                                                                                                                                                                

11 ulasan:

  1. salam super sahabat,
    tetap semangat dan sukses selalu ya
    ditunggu kunjungan baliknya :)

    BalasPadam
  2. Teringat masa menduduki exam SPM ni. Serius, sangat takut! Alhamdulillah saya telah memperolehi keputusan 5A 3B 1C.

    BalasPadam
  3. hope adik2 yg ambik spm bole jawap dengan tenang hehe ,hope jugak adik angkat n cousin dpt jawab amin.

    BalasPadam
  4. teringat helmet motor kene curi time sedang exam spm. huhu

    BalasPadam