Khamis, 29 November 2012

Belum Sampai Seru..?

                              

belajar daripada mereka yang lebih arif

 Bismillahirrahmanairrahim..  As Salam,

Disini bunda nak tanya kalian semua, pernah tak dengar orang sebut perkataan seperti tajuk diatas?..'Belum sampai seru'...Bunda rasa ramai yang biasa dengar kan?..Tak kisahlah walau dalam apa situasi sekali pun...kadang-kadang dalam nada bergurau, kadang-kadang serius. 

Mungkin dalam satu situasi apabila ada yang bertanya..."kawan-kawan , adek-adek kau semua dah kahwin,  kau bile lagi ni?"... " belum sampai seru lagi, ada jodoh kahwin lah.."
atau " kau bile pulak nak ke Mekah, buat umrah ke haji ke?.. " belum sampai seru lagi...tengoklah nanti.."  atau " kau ni bilelah nak pakai tudung ? "..." tunggulah dulu..belum sampai seru lagi kot " 

Hai ! kalau di fikir-fikir kan balek..apa bende nyer yang nak di ' Seru ' , apa maksud 'Seru' tu? Yang peliknyer..kita yang mendengar ni pun kebanyakkan nyer tidak pulak ada yang nak menyangkal atau nak perbetul kan balek maksud dan pengertian 'Seru' tu.  Atau, memang  tak ada diantara kita yang berani atau pun memang kita  masing-masing jahil?

Bukan ke seruan dah ada dalam Quran yang turun 1400 tahun dahulu. Apa salah nya kalau kita cuma jawab..."In Shaa ALLAH..tolong doakan saya"..atau tidak pun kita just bersangka baik
jerlah....mungkin mereka ikhlas nak tahu dan bertanya. Itu lebih baik.

So lepas ni jom sama-sama kita belajar  untuk memperbetulkan hal-hal yang dipandang remeh ini dan merujuk kepada mereka yang lebih arif...supaya kita akan mendapat ilmu yang lebih bermanfaat dunia dan akhirat.

Wallahualam...

31 ulasan:

  1. betul tu kena praktikkan ucapan In Shaa Allah tu

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang berguna kepada ramai pihak. terima kasih

    BalasPadam
  3. terima kasih ye sebab berkongsi :)

    BalasPadam
  4. kak nora,setiap Muslim terikat dgn 3 seruan. Pertama, seruan mendirikan solat. Kedua, seruan haji (lafaz talbiah) dan ketiga, seruan (panggilan) maut. Tak taulah bab aurat bila orang kata "belum sampai seru"...

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa2 pun kita kene merujuk kpd yg lbh Arif..tkut2 kita tersilap langkah dan kpercayaan..wallahualam

      Padam
  5. tu alasan pada yg tak nak bertudung...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama2 kita saling ingat mengingati, bkn nk cari slh sesiapa, siapalah kitakn..tetapi tak slh utk menegur secara baik..

      Padam
  6. anna suka ustaz azhar idrus nya ceramah... ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunda pun, cara dia ceramah, santai tp menyengat..

      Padam
  7. Yup. Betul segalanya dengan izin Allah. =)

    BalasPadam
  8. mungkin 'seru' yang di ucapkan tu perlu di selidik... apa yang mereka maksudkan.. mungkin 'belum tiba masanya'.. 'aku belum bersedia' dan pelbagai lagi tafsiran... apa2 pun kita jangan mudah menghukum... kita perlu lihat pendekatan yang lain... dosa tetap dosa tapi kaedah untuk mentarbiah bukan dengan menghukum...

    Kongsi Apa Saja

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu, sbb tu kita perlu cerdik, berani, berhemah utk bersuara memperbetul n memahami keadaan,jgn hanya mencari salah sesiapa..

      Padam
  9. hm..bab-bak hukum hakam agama mmg tak boleh amik mudah atau dipandang remeh..kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu SU..kalu perlu rujuk kpd yg lbh arif..

      Padam
  10. seru tu dah lama.... cuma tak buat jer...... thanks for sharing.....

    BalasPadam
  11. kak nora... apa kata kita tukar jawapan...

    "bila kau nak ke Mekah?" TOLONG DOAKAN SAYA...

    "bila kau nak kawin?" TOLONG DOAKAN SAYA...

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yg sepatut nyer..tp kdg2 org2 yg brtanyer ni pn buat kte stress jg..bab2 jodoh ni takkan x fhm2 kot..sensitif kan..

      Padam
  12. tu la..btul jgk kan..teringt dulu mse blum matang, pernh jgk perkataan tu keluar sbb blum bhijab lgi..tp da dewasa ni..Alhmdlh..ade kesedaran skit..heee ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. bak kata ustaz azhar..pakai tudung tak wajib tapi menutup aurat tu wajib..

      Padam