Isnin, 26 November 2012

Pengertian Berkhatan

                 Bismillahirrahmanirrahim

As Salam,

Setiap hujung tahun dalam musim cuti sekolah begini sinonim lah dengan anak-anak lelaki awal remaja untuk dikhatankan. Dimana-mana sahaja ramai yang mengadakan acara berkhatan.  Seperti didalam berita tv selalu memaparkan acara berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan disesuatu tempat dan masjid.

proses berkhatan secara moden

Apa Itu Berkhatan?

Berkhatan ialah prosedur membuang lebihan kulit dibahagian alat sulit lelaki atau perempuan. Ia bertujuan 'membersihkan' kawasan tersebut dari kuman dan sebarang jangkitan.

Apa lagi dalam agama islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri.  Menurut majoriti ulama Imam Shafi'i, Ahmad dan sebahgian pengikut Imam Malik hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Imam Hanafi pula mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardhu. Berkhatan disunatkan pada umur 7 tahun hingga umur baligh (10- 15thn).


salah satu alat digunakan oleh doktor dalam proses berkhatan
Dari Sudut Saintifik.

Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman bahkan dapat menghindari penyakit kelamin. Jika dahulu ia dilakukan secara tradisional oleh tok mudim, kini berkhatan dilakukan oleh doktor-doktor diklinik atau hospital. Alat teknologi moden lebih mudah, bersih dan cepat.

Kaedah dan alat moden ialah seperti kaedah laser dan jahitan. Alat-alatnya seperti alisklamp, taraklamp dan smartklamp.

Tak hairanlah sekarang ini ramai bangsa asing pun sudah mendapat kesedaran dan faham dari persepsi lama tentang berkhatan. Kini mereka juga ikut menghantar anak-anak lelaki mereka untuk berkhatan.

34 ulasan:

  1. asalam..masa cuti sekolah ni panjang masa paling sesuai berkhatan bagi yg belum..tq

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah, ank CiM yg sulung dh khatan masa 8thn saing dgn cousin dia 6 & 7 thn cuti sek. yg lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye ke..Alhamdulillah..cuti thn ni tentu boleh enjoy ..

      Padam
  3. info yang baik kak :)

    done follow sini :)

    BalasPadam
  4. bukan sahaja lelaki yang kena bersunat tetapi perempuan pun kan bunda?? tapi perempuan masa kecil2... terima kasih tentang info ni

    BalasPadam
  5. Postingan yang sangat bagus, Entry yang Thest
    sangat bagus dan saya menyukai
    terima kasih telah berbagi

    BalasPadam
  6. org lua pon ade wat jgk ea?
    umm adela..tp xrmai kan..heee (tau2 je;p)

    BalasPadam
  7. terima kasih ye untuk perkongsian ni :)

    BalasPadam
  8. info yang baik kak... dapat tambah ilmu pengetahuan.. =)

    BalasPadam
  9. ambil pengetahuan...anak saya perempuan....dah taknak tambah dah.....

    BalasPadam
  10. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lanjut lawati blog shop kami:
    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    BalasPadam
  11. orang utara, seawal 5@6 tahun dah dikhatankan. sebelah selatan, kdg2 sampai 12 tahun baru berkhatan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo yeke..tak tau pulak..anak2 lelaki bunda 12 tahun n 11 thn berkhatan..

      Padam
  12. Bila tiba cuti sekolah ramailah yang akan berkhatan. Ingat lagi dulu sebelum khatan mesti nak makan sedap2 sebab lepas tu makan nak kena jaga. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang2 tu ada yg buat kenduri dulu, makan dulu sedap2..esoknyer berarak bagai, pastu 'potong'..

      Padam
  13. Kenangan meraung lepas berkhatan masih berada segar dalam pikiran ini. Nak makan yang sedap-sedap tak boleh -,-''

    #entry baru..Silalah menjamu selera kurma di blog saya. kenapa? Jom laa~

    http://ketuabintangku.blogspot.com/2012/11/my-life-syukur-haji-wa-hajjah.html

    BalasPadam
  14. anak bujang sorang aje , seb baik dh selamat lama dah berkhatan ni hehehe

    BalasPadam
  15. betul betul. baru baru ni dengar dah ramai yang hantar anak depa berkhatan utk tujuan kesihatan... =)

    BalasPadam
  16. berkhatan style dulu yg paling best!!! siap mandi air bomba tgh2 padang....... he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. oo ye ke..bkn ke berendam kat sungai mcm zaman atok2 kte dulu lg best..yelah kt bndar..bomba jer la ganti kn?..

      Padam
  17. siap ade alat khas lagi nak berkhatan..dah makin maju skg ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb tu bdk2 skrg tk dpt rse suke duke berkhatan yg sbenarnye cm zmn dulu2..

      Padam