Bismillahirrahmanirrahim
As Salam,
Sekarang ni cuaca tak menentu, kadang-kadang panas terik dan kadang-kadang hujan lebat. Tapi kebanyakkannya ramai yang merungut selalu hujan. Begitu juga di tempat bunda pun tiap petang selalu hujan, siap dengan kilat petir sekali. Ialah dah masuk penghujung tahun kan.
|
Taufan Sandy : New York Hampir Tenggelam |
Sesetengah tempat pula ada yang dilanda ribut. Banyak rumah musnah, atap terbang melayang. Itu tak termasuk beberapa negara luar pula yang di landa taufan besar. Dalam berita baru-baru ini berkenaan Taufan Sandy yang melanda New York.
Yang menarik perhatian, taufan pun ada nama. Dari mana terdapatnyer nama-nama taufan ni pun tak tahu, ...bagi pakar pengkaji cuaca dan yang sewaktu dengannya saja yang tahu. Nama-nama taufan yang diberikan, cantek-cantek pulak tu, antaranya Taufan Katrina, Andrew, Megi, Katsana, Greg dan banyak lagi.
|
Taufan Sandy Mengganas Di A S |
Kebanyakannya pakai nama-nama perempuan. Takder pulak nama-nama melayunyer. Nama jer cantek, tapi...bahananyer..mengerikan..Nauzubillah..
Walau apa pun fenomena alam ini, yang pasti semua itu kehendak NYA.. Kun Fayakun!..
Jom kita sama-sama banyakkan bertaubat dan beristighfar....Astaghfirullahhalaziimm.. Selain itu kita perlu tahu bahawa:
|
berdoalah diwaktu hujan turun, nescaya jarang ditolak |
~Imam An Nawawi berkata bahawa "Penyebab doa pada waktu hujan tidak ditolak atau jarang di tolak ialah kerana pada saat itu, sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim".. (Fathul Qadir 3/340) ~
Jangan pula ada diantara yang mengamalkan, apabila mendengar kilat petir sabong menyabong diiringi dengan hujan lebat, mereka membakar asap kemenyan dan ditambah dengan kulit bawang dan cili kering. Kononnya bau2an dari membakar bahan-bahan itu boleh menghalau hantu syaitan..
p/s: Jangan percaya, semua itu karut..KHURAFAT..
Wallahualam...
tempat ina di Seri Iskandar ni mmg sepanjang mggu ni hujan petang.malam terasa sejuk nyaman.
BalasPadamSeri Iskandar Perak ye Ina..kpg akak kat Taiping lagi pulak, parents akk ckp sampai masuk air rumah..kesian dorang, mmg umah bapak tu tanah rendah, klu hujan siap2 lah..
Padamkat sabah pun sama juga petang2 hujan slalu...tak ketinggalan dgn petir skali sampai nak online susah...
BalasPadamtambahan kat sabah tu berhampiran laut sulu btul tak Seri?
PadamTempat saya kawasan Batusangkar juga cuaca tak menentu. Kita berharap, wilayah kita dijauhkan dari taufan2 yg ganas seperti yg terjadi di amerika sana...
BalasPadamsalam blogger...
InsyaAllah Pak Guru..
PadamSubhanallah :(
BalasPadamMaha Suci Allah..
Padamtempat saya hujan je ...cuaca mendung pastu panas terik..
BalasPadamye ke..Alhamdulillah..
Padamyup..mendung je sekarang
BalasPadambiasalah sekarang Arjuna..
Padambest entry ni :)
BalasPadamtd baru je mimpi pasal taufan..takut~
Nur, mimpi hanya mainan tidur..
BalasPadamsalam ziarah.. bonda thanks cos jengok blog sy :) done be ur follower :P bes info2 bonda :P
BalasPadamtq follow bunda zulhanif..
Padamoo..baru tahu ada jgk manusia yg prcaya bnda2 kurafat cmtu..alang2 dah singgah,baik Noor follow je..hehe..thx singgah blog sy.
BalasPadamnoor, tq follow..
Padam