Jumaat, 28 Disember 2012

Sagu Gula Melaka

                            Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Sekali ini bunda nak bagi resipi manisan, iaitu sagu gula melaka.  Rasanye ramai yang pernah makan dan dah tahu membuatnye..  Tak apalah kita cuba try resipi bunda punya pula yer..

Bahan2 untuk masak sagu:-

@  1 gelas sagu (sagu mata ikan/bunda guna sagu warne hijau yg rm2.00 sepeket tu) 
@  air secukupnyer untuk merebus sagu.
@  secubit garam halus.
@ 1 helai  daun pandan di ikat.


cara-cara masak sagu:-
         Cuci sagu sampai bersih, masak dengan air + garam dan daun pandan se hingga sagu jernih dan masak kental. Buang daun pandan. Cepat-cepat tuang masuk dalam loyang atau acuan kecil-kecil. Biarkan sejuk dan keras. Boleh masuk dalam peti ais.


Bahan2 untuk masak air gula melaka:-

@  seketul gula melaka (di hiris-hiris kecil supaya cepat hancur bila dimasak)
@  sedikit gula putih  (untuk tambah kemanisan nya)
@  Air secukp nya.
@  sehelai daun pandan di ikat.

Cara-cara masak air gula:-
          Satukan kedua gula, air (jangan terlalu banyak) dan daun pandan. Masak, kacau diatas api kecil sampai gula larut. Apabila kelihatan likat tutup api.  Buang daun pandan. Boleh lah ditapis dan di sejukkan.

@  1 tin susu cair untuk di makan dengan sagu. (tak perlu di masak)


Semasa menghidang, letak seketul atau beberapa potongan sagu dalam mangkok. Kemudian curah susu cair dan air gula melaka secukupnya.(terlupa pulak nak ambil gamba air gula melaka). SIAP ..dah boleh di makan.  Selamat mencuba.

p/s: Kalau suka, susu cair boleh di ganti dengan air soya bean atau santan yang di masak dengan sedikit garam halus. Tapi bunda lebih suka makan dengan susu cair,  lagi sedap.
      
     

32 ulasan:

  1. sedapnyaaa kak.. selalu salut dengan kelapa kan kak.. mak sy suka buat warna merah.. serius, dah lama tak makan kuih sagu

    BalasPadam
    Balasan
    1. yg tu kuih sagu, sllu warne merah..yg tu manis n digaul kelapa makan cmtu jer..yg ni tawar makan ngn susu n air gula..berkuah..

      Padam
  2. kuih ni sedap sangat dan mak selalu masak masa raya. tapi nak kena betul2 sukatan dia.kadang2 terlalu lembik, tak best. kadang2 terlalu keras, pun tak best jugak ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kuih ni lbh sedap dmakan time bln puasa...apalagi musim panas...mkn sejuk2...baru best..sejuk jer tekak..

      Padam
  3. uikk.... terliur aih bundaa... hehehe...

    BalasPadam
  4. alahai bunda....
    tengok pun sedap, apatah lagi kalau rasa kan..

    nisah dulu selalu buat ni, letak dlm peti ais.. petang2 sikit dah sejuk baru mkn.. nak2 time panas.. aduhai.. lega tekak hehhee

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu nisah..kuih ni tak perlu abl byk2 sekali..just utk pencuci mulut..sbb dia manis n lemak..

      Padam
  5. Lama tak makan sebab takde jual di kedai, hahaha....nak buat simple sangat tapi tak terbuat jugak, huhu

    BalasPadam
  6. nanti bln puasa buat..bunda pun suka mkn ms bln puasa..

    BalasPadam
  7. pasal makan sy tak kan tak bace punya...mesti sedap...hihihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saiful ni mesti org yg suke makan yek?..hehe..

      Padam
  8. ermm sedap yang nih hari tuh kami ada buat. terbaik toq. tapi manis lah hhihoho

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg manis, kalu yg diet n yg kencing manis tu..jgn ambil byk2..

      Padam
  9. best ssgt ni..tp saya gnti susu tu dgn santan..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. blh jer, kalu org tua2 dulu mmg gune santan, masak taruh garam skit...mcm kuah badak berendam tu..lemak2 masin n manis..sedap gak..

      Padam
  10. Macam mudah je, kena try ni...

    BalasPadam
  11. wahh senang jgk kan nk wat bunda..?
    lama xmkn sagu....

    BalasPadam
  12. sedap..sedap..sedap..nanti bole cuba..tq kak nora

    BalasPadam