Selasa, 1 Januari 2013

TAHUN BARU 2013

                                    Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Tahun baru masihi 2013 telah menjelma.. Agak-agak dimanakah dan kemanakah kita atau anak-anak kita atau rakan-rakan kita berada pada detik menjelang tahun baru itu yer?

Kebiasaannya apabila masuk saja ketahun baru setiap tahun maka ramailah diantara kita menanam semangat baru dan azam baru. Apakah azam kita tahun lepas telah terlaksana?

Sekiranya belum , teruskan dulu usaha untuk menunaikan azam yang masih belum terlaksana, supaya tak bertepek-tepek.  Berazam sahaja tanpa usaha untuk merialisasikannya tidak kemana juga akhirnya.

Belajar untuk mendisiplinkan diri kita  membuat sesuatu atau pun azam dengan satu matlamat untuk melaksanakannya seperti niat dan impian asal. Ibarat kata 'jangan hanya hangat-hangat tahi ayam sahaja.'

Dengan usaha dan semangat baru marilah sama-sama kita menyambut TAHUN BARU 2013 ini dengan hati yang lapang untuk menjadi yang lebih baik. Baik dari segi fizikal, mental juga sahsiah diri dan hidup kita.

p:s Selamat Tahun Baharu 2013 !

60 ulasan:

  1. Hidup penuh semangat:D
    Selamat Meraikan Tahun Baharu,
    Moga tahun ini memberikan jutaan keberkatan buat kita semua:)

    BalasPadam
  2. Selamat tahun baru :)
    Semoga tahun ini akan memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan dalam hidup kita semua :)

    BalasPadam
  3. semoga 2013 bakal menyinari hidup awak yea :) semoga segala azam juga tercapai . amin .

    BalasPadam
  4. hepy new year juga..semoga apa yg dirancang menjadi realiti

    BalasPadam
  5. selamat tahun baru jugak bunda!!! =)

    BalasPadam
  6. Salam Bunda..
    Alhamdulillah, melangkah kita di hari yang baru.
    semoga Bunda semakin bahagia untuk tahun2 akan datang. (^_~)

    BalasPadam
  7. Selamat menyambut kedatangan 2013. Semoga 2013 menjanjikan kecemerlangan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. begitulah harapannya..amiin..tksh en Anif..

      Padam
  8. Selamat Tahun Baru 2013, KN!

    BalasPadam
  9. selamat tahun baru ek , sedap lagu blog nih :)

    BalasPadam
  10. selamat tahun baru jgk kak...ya betul belajar mndisiplinkan diri~dan cuba sedaya upaya utk merelisasikan tiap azam yang dibuat,jangan main azam2 jew~

    BalasPadam
  11. Selamat tahun baru.. ehhee :)
    Salam kenal dari eiqa.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal dan selamat tahun baru juga dari Bunda utk Eiqa..

      Padam
  12. assalamualaikum....slmt thn baru ye...moga sukses..terimakasih sudi datang menjengah saya...

    BalasPadam
  13. Salam n HaPPy NeW YeaR 2013....moga masihi ini dunia tidak dicerobohi oleh pihak zionist khusus pada pelestine

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam, In Shaa Allah...amiin..

      Padam
  14. moga thun ni lbih bhgia brbanding thun lalu..

    BalasPadam
  15. xde azam..cuma harap tahun ni akn lebih baik dri thun lepas...
    dan dpt tmbh lgi bnyk amaln dan kogsikan lebih bnyk prkra
    yg bmnfaat utk smua org..heeee =D InsyaAllah

    BalasPadam
  16. selamat tahun baru sis :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat tahun baru juga utk Sop..

      Padam
  17. Betul tu KN...semoga kita berjaya mendisiplinkan diri kita untuk memenuhi azam kitakan!

    BalasPadam
  18. selamat tahun baru kak.. amin.. semoga tahun ni lebih baik dari sebelum2 ni.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selamat tahun baru juga utk Ainaa bunda ucapkan..amiin

      Padam
  19. tahun masehi ni 2013 tak ada apa azam , sbb dah azam waktu Maal hijrah hari tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus lah tu..jgn byk sgt berazam tp tak pndai nk lunaskan..

      Padam
  20. hepi 2013. moga 365 hr yg mndtg lbh baik dr 365 hr yg sudah

    BalasPadam
  21. selamat tahun baru kak... moga thn baru ni lebih baik dr thn2 yang sudah... amin...

    BalasPadam
  22. selamat baru tuk kak nora sekeluarga..

    BalasPadam