Khamis, 28 Februari 2013

Ubi Kayu Rebus Dan Kopi 0...

                          



gambar google


Bismillahirrahmanirrahim..


As Salam,

Masa bunda balik kampung baru-baru ni, adik ipar bunda masak ubi kayu rebus cicah kelapa dan gula. Sedap nya ...lama dah tak makan ubi kayu rebus ni.

Bunda teringat masa kecik-kecik dulu (flash back jap),  kalau mak bunda masak ubi kayu rebus ni siap dengan beberapa bahan cicahnya. Kalau bapa bunda suka cicah dengan sambal belacan..(dengar macam pelikkan, tapi sedapp)..

Adik-adik bunda yang kecil-kecil cicah dengan gula, sedangkan bunda dan mak suka cicah dengan sambal tumis manakala opah bunda pula cicah dengan ikan masin pekasam dan sambal belacan. Minum pula kopi 0 pekat. Adohai ! nostalgia ..memang nostalgia gituuu..

Macam-macam kan...menurut opah bunda, ini lah makanan orang zaman perang dulu. Mereka pelbagaikan menu masakan ubi kayu ini kerana terpaksa. Maklum lah pada zaman perang susah nak dapat beras.

Selain dari merebus, ubi kayu juga bolih di goreng, dibuat lepat, bingka, talam ubi kayu dan getok. Ada juga yang dibuat kerepek dan pengat ubi kayu.

p/s: Agak-agaknya, anak-anak jenerasi sekarang, pernah ke dan pandai ke makan ubi kayu style orang dulu-dulu makan ni ekk?



38 ulasan:

  1. salam bunda... wah wah wah...sedapnya ubi kayu rebus tu...lama dah x makan... nak sikit boleh?

    BalasPadam
  2. SALAM BUNDA.MMMMMMMMM SEDAP..........

    BalasPadam
  3. ada juga menanaknya..nor aje yg mkn..yg lain2 mkn sikit aje lps tu tak nak dah..boleh tya "apa ni mama."

    BalasPadam
  4. sedap tu..
    sehingga kini saya masih makan ubi n minum kopi bila musim hujan

    BalasPadam
  5. sedap..saya suka ubi kayu yg tak empuk hehe..pelik...org kelantan kata ubi terendam dalam air..

    BalasPadam
  6. alahaiii bunda, feveret saya ni. kalo makan dengan kopi panas time hujan2 lagilah asyikkkk

    BalasPadam
  7. salam bunda...

    sedapnya...jarang2 dpt mkn ubi rebus..ubi ketuk byk la dijual kat gerai2....

    BalasPadam
  8. sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa!! dah lama tak makan.. my mom dulu buat cicah dengan sambal mende entah.. tapi sy suka mkn camtu je, sedap kan kan.. hehee

    BalasPadam
  9. Assalam bunda...acik pun suka makan cicah sambal belacan atau oun sambal tumis.sedap teringin pulak.

    BalasPadam
  10. mak ai...nostalgianya bunda...rasanya ada kedai kt KL yg jual ubi camni..tapi lupa kat mana :)

    BalasPadam
  11. Bunda...salam kenal dari blog with julia...wahhh sedap yer ubi kayu tuh...makanan tradisi...lama betul x menjamahyer...syukrannn :) saya follow blog bunda yg comel nih ye...follow blog julia also...:)

    BalasPadam
  12. Nyum2 sedapnyaa..tuh

    Dah lama tak makan.. ubi byk kat belakang umah tak sempat nak gi korek jek..heheh

    BalasPadam
  13. lamanya x makan ubi.. huhu.. rindu pulak nak balik kampung..

    BalasPadam
  14. Kakak org kampung memang pandai dah suka makan ubi cecah macam ini. Tapi cuma sekarang bimbang kolestrol tu yg cecah dgn sambal tumis. Sedap juga KN. Kuih-kuih tradisi juga anak kakak suka - kakak ajar mereka biar tahu itulah yg mama dia dulu makan dan membesar.

    BalasPadam
  15. sedapnya bonda..lma tak makan...

    BalasPadam
  16. sy bru je mkn..rezeki jiran bg..mmg sedap giler!

    BalasPadam
  17. lama dah tak makan....suami xsuka makan.....so xleh beli....angin katanya

    BalasPadam
  18. sedapnya, lama dah xmkn nie. Klu dulu2..kat umah mak mkn time ptg2 smbil borak2 dkt beranda...habis sepinggan xsedar hehehehe

    BalasPadam
  19. suka makan ubi kayu.cicah dengan gula dan kelapa parut jea dan sedap.

    BalasPadam
  20. owh sedapnya bunda makan ubi kayu rebus ni...nak nak cicah sambal tumis...perghhh! Lamanya dh tak makan.

    BalasPadam
  21. Pergh!! sedap ni KN...macam nak cari je esok kat pasar Tani...Okje selalu cicah sambal cilipadi ikan bilis!

    BalasPadam
  22. mak saya dulu suk taruk gula merah masa masak ubi tu..sedapnya...

    BalasPadam
  23. Cicah dengan smbal ikan bilis...sedap ~>_<~

    BalasPadam
  24. sedapnya...fmily sy suka cicah dgn susu pekat..hihi

    BalasPadam
  25. ubi kayu rebus sangat sedap kalau digoreng. makan pulak cicah sos thai. memang terangkat.

    BalasPadam
  26. puteri suka cicah dengan sambal tumis..memang sedap kan bunda :)

    BalasPadam
  27. salam bunda
    Makanan ta masa kecik dulu

    BalasPadam
  28. Sedapnya... Liza suka cicah dgn kelapa letak garam dan gula sket. Adui la, sedap

    BalasPadam
  29. ehem dah lama mama tak makan ubi kayu rebus.. ;)

    BalasPadam
  30. wah sedapnya.. macam zaman dolu2 je bunda. selalu time hujan2 kan makan ubi. ;)

    BalasPadam
  31. memang sedap, terasa nak ke kebun korek ubi kayu..best pula masuk dalam blog.Alhamdulillah selagi ada rasa nikmat..kita makanlah apa yang ada semua tu kurniaNya.

    BalasPadam
  32. astagfirullahhalazim....sungguh meresap dalam sukma ku. Ya Allah ampuni dosa2 kami dosa kami para blogger jika kami melanggario etikaMu. Mohon ya Allah lembutkan hati kami agar tidak kepada Dunia pinjaman ini. Terima kasih kalimah astagfirullahhalazim....

    BalasPadam
  33. sedap dcch dgn gula..xpun kicp tu..hehe nyummy..
    tp jrng dah mkn skrng..

    BalasPadam
  34. Sedapnya bunda.. 1st time dengaq cicah sambal belacan..
    Myra suka mkn ubi kayu rebus ni, tapi lepas tu 'berangin' sana sini..hehee

    BalasPadam
  35. musim hujan..lagi syok makan ubi kayu ni..kami selalu makan cicah dgn kelapa dicampur sedikit garam

    BalasPadam
  36. jarang mkn ubi kayu..tapi kalo mkn petg2 ngn kopi pergh mmg selera..hehe..

    BalasPadam
  37. wah gitu. kemain selera :) hmm ape ape pun, tasnim jemput semua ke belog tasnim okey. kasehchenta-tasneem.blogspot.com

    BalasPadam