Sabtu, 23 Mac 2013

Makhluk Jin..

gambar hiasan

                                     Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Sebagai manusia yang beriman kepada Allah dan rasulnya kita mestilah yakin akan kewujudan perkara-perkara ghaib.  Selain dari makhluk yang dinamakan manusia...makhluk yang bernama jin, syaitan dan iblis juga adalah makhluk ciptaan Nya.

Seumpama kejadian pelbagai makhluk Allah, seperti malaikat daripada cahaya, manusia daripada tanah, begitu pula hakikat kejadian jin di cipta daripada ' api ' Berdasarkan dalil yang termaktub dalam al Quran  surah : (ar Rahman :15 )

Jin adalah hakikat bukannya satu mitos. Mempercayai perkara ghaib merupakan salah satu daripada tuntutan akidah. Maka perlulah menjadi kepercayaan orang-orang yang bertaqwa.

Dalam masyarakat kita makhluk ini dikenali dengan panggilan  'makhluk halus.' Ini kerana sifatnya yang tidak bisa dilihat olih mata kasar malahan tidak juga dapat di kesan olih mana-mana pancaindera yang lima.

Hakikatnya, kewujudan makhluk ini diakui mengancam kehidupan manusia. Bapa mereka yang asalnya bernama Azazil bersumpah dihadapan Allah akan memusnahkan keturunan Adam. Olih kerana sifat dengki dan egonya maka ia telah dilaknat Allah lantas dipanggil 'iblis'.

Sejak kebelakangan ini kita semakin menyedari bahawa telah banyak kes yang melibatkan secara langsung makhluk ini dalam bentuk pelbagai gangguan dan serbu satu macam penyakit. Antaranya kes-kes kerasukkan, barah yang ganjil, penyakit anggota badan yang tidak dapat dikesan olih mana-mana doktor malah pakar sekali pun.

Al Quran tidak ketinggalan dalam mengubati penyakit yang di sebabkan makhluk halus. Mempercayai kitab adalah salah satu daripada usul akidah atau rukun iman.

Firman Allah Taala dalam surah (al isra' :82)...maksudnya : Dan kami turunkan dari al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.

Makhluk-makhluk halus adalah satu realiti yang wujud dalam alam maya ciptaan Allah Subhanahu wa taala. Kehadirannya di alam manusia jelas tersebut di dalam al Quran dan as Sunnah dan kekal sehinggalah tibanya hari kiamat kelak.

Tidak terlihat bukan bermakna tidak wujud. Kewujudan jin sendiri telah di iktiraf olih Allah Taala sehingga sebuah surah di dalam al Quran di beri nama dengan ' al Jin' !!!...
(surah al Jin : 1 - 9 )

sumber:
Dari buku Ustaz Sharhan Shafie..Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus.

41 ulasan:

  1. Tapi ada manusia yg degil taknak percaya kewujudan makhluk halus ni...

    BalasPadam
  2. mereka (jin) mmg ada bersama2 dgn kita...cuma penglihatan manusia yg terbatas menyebabkan kita tak dapat tgk mereka....mata manusia ni gelombang handphone/astro/dsb pon tak boleh nak nampak...inikan pulak jin

    BalasPadam
  3. assalam bunda....

    ada juga org yg diberi kelebihan blh melihat makhluk halus ni dan ada juga yang berdamping dgn makhluk ini atas tujuan yg tidak baik...wallahualam....

    BalasPadam
  4. ada penyakit yang tak dapat dikesan oleh doktor. nak kena berikhtiar juga dengan mereka yg punya kebolehan. namun...iktikad kita, setiap baik buruk yg datang semua dari Allah dan kesembuhannya jua dengan izin Allah..

    BalasPadam
  5. Benda2 ghaib wajar kita percayai tapi malangnya ada manusia bertunjangkan makhluk halus ni padahal kita khalifah dunia ni...

    BalasPadam
  6. perkongsian yang amat baik dan bermanfaat bunda..syukran

    BalasPadam
  7. salam bunda,
    perkongsian yg amat baik
    hanya yg penah mengalami je akan benar2 percaya kewujudan makhluk ghaib ini
    :)

    BalasPadam
  8. Thanks kak bunda. Apa pun kita kene percaya, kuasa Allah mampu mengatasi segala kemungkinan. Berubat adalah salah satu cara bagi mereka yg mengalami gangguan tp jangan salah tempat berubat sudah la kan.

    BalasPadam
  9. terima kasih info ni, benar kita wajib berpegang teguh pada kalimah Allah agar tidak ikut mereka ke jalan yang sesat. Dirikan solat dan zikir akan menjadi perisai diri..insha Allah

    BalasPadam
  10. salam bunda
    Manusia yg berperangai sperti jin pun ada..
    Info dari bunda amat padat.

    Terima kasih bunda sudi melawat ta.

    BalasPadam
  11. tq share this bunda

    BalasPadam
  12. salam bunda, Selagi kita berpegang pada ajaran Islam, insyaallah selamat dunia akhirat.

    BalasPadam
  13. terima kasih selalu jenguk blog saya dan komen..

    BalasPadam
  14. Saya pernah menemui pelbagai entiti misteri sepanjang hidup saya, sebahagiannya ada saya catatkan dlm blog saya. Yg tak terakhir berlaku di kediaman saya kira2 pukul 3 pagi ketika musim Euro 2012 akhir tahun lepas dan lepas itu awal tahun ini di sebuah stesen Petronas di Alor Setar. Kata orang bila Allah membuka hijab, kita berpeluang menemui benda2 pelik itu. Jika diberi peluang saya tak mahu melihat mereka lagi...

    Nota: Terima kasih kerana sudi menjejaki blog saya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman...bukan niat untuk menakut2kan sesiapa tapi sekadar berkongsi info untuk kita semua faham dan yakin akan kewujudannya makhluk ini....tunggu akan ada bahagian kedunya nanti...insyaAllah...

      Padam
  15. assalam KN..thanks atas perkongsian..mama selalu dengar ceramah ustaz sharhan ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam..itulah bunda ada beli beberapa buku ustaz dan cdnya...

      Padam
  16. Terima kasih. Banyak yang saya tak tau tentang ini.

    Selal nampak nama bunda kalau saya blogwalking

    BalasPadam
  17. thanks share. byk ilmu berguna ni.

    BalasPadam
  18. Bukan mudah untuk mempercayai benda yang tidak terlihat dgn mata kasar ini. Namun Jin juga makhluk Allah. Ianya wujud dan perlu dipercayai kewujudannya. jgn dipersoalkan kewujudannya.

    BalasPadam
  19. dulu rasanya kurang percaya....
    sekarang kena rajin amalkan bacaan al-quran...
    tq kongsi ilmu yang berguna ini...

    BalasPadam
  20. sebaik2 jin adalah sejahat2 manusia...

    BalasPadam
  21. As Salam Bunda..
    terima kasih Bunda atas perkongsian ini.
    jarang-jarang Nisah baca perihal Jin ni.
    sekarang lebih jelas

    BalasPadam
  22. TQ Bunda share info yang berguna ini..

    BalasPadam
  23. Tq bunda. kite tak nampak tapi wajib percaya... kdg2 rasa beruntung sebab tak pernah alami.. mungkin Allah tahu saya tak cukup kuat untuk hadapi, ada yang pernah saya dengar boleh rasa@nampak walaupun sekilas...

    BalasPadam
  24. Terima kasih bunda untuk info ni. Alhamdulillah saya bertuah sebab Allah tak buka pandangan saya untuk nampak benda-benda macam ni.

    BalasPadam
  25. itu lah kak,saya dengar kanser ni berpunca dari benda tu jugak..sebab sampai sekarang tak tau punca yang sebenar-benarnya..wallahualam..

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah sebab IM tak seperti kawan IM - blogger Warna-Nostalgia yang boleh melihat makhluk halus. Macam semalam, katanya makhluk tu berbau busuk!

    BalasPadam
  27. Info yang menarik ni bunda..walaupun tak nampak, kita wajib percaya :)

    BalasPadam
  28. tengkiu share yer bunda...

    BalasPadam
  29. makhluk halus ni ada yg baik dan jahatkan... termasuklah jin ni...

    BalasPadam
  30. terima kasih share yer bunda...:))

    BalasPadam
  31. hnya yg tertentu sja boleh melihatnya...

    BalasPadam
  32. benda2 nie semua mmg wujud.dlm quran pun ada.jadi kenalah percaya kewujudannya

    BalasPadam
  33. Ada yg terlebih taksub hinggakan demam sedikit terus dikatanya ada org hantar jin dlm bentuk santau dsb.

    BalasPadam
  34. kita kan wajib percaya..sbb itu pun ciptaan Allah..nasib baik kita dilindungi 'hijab' kalau nampak la jin2 nie..tak tahu la nak kata apa..huhu..moga kita semua diberi perlindungan dari Nya dari gangguan shaitan,jin dan kaum kerabatnya..amin.. :)

    BalasPadam