Jumaat, 22 Mac 2013
Petua Mendapat Anak..
Bismillahirrahmanirrahim..
As Salam,
Sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat kita ni selalu nya kepada sesiapa yang belum atau yang terlewat berkahwin ada lah yang asyik bertanya 'bila lagi nak kahwin'? terutama bagi kaum wanita.
Apabila sudah berkahwin akan ada pulak yang akan bertanya 'bila lagi nak menimang cahaya mata'?
Macam lah tak tahu pulak, semua tu kerja Allah...rahsia Allah...Lainlah kalau terang-terang memang diri yang empunya badan sendiri tak mahu anak atau merancang keluarga.
Sesetengahnya tu pulak bukan tak mahu anak...tetapi mungkin belum ada rezki...walau pun dah bermacam-macam kaedah dan bermacam rawatan pakar segala bagai diusahakannya.
Memanglah tujuan kita berkahwin untuk melahirkan zuriat dan menambah umat Nabi Muhammad SAW. Mungkin belum masa Allah nak anugerahkan. Bersabar aja lah.
Dalam masa yang sama mereka tak bolih berputus asa untuk terus berdoa dan berusaha.
Menurut apa yang bunda pernah dengar dari pengalaman beberapa orang rakan dan saudara bunda, mereka mengamalkan petua ini.
~ Dapatkan 7 biji buah kurma, kemudian diblend bersama susu kambing yang fresh.. diminum olih suami dan isteri...amalkan.
~ Atau bolih amalkan memakan 7 biji buah kurma dan minum susu kambing segar tiap-tiap hari.
~ Bagi wanita yang susah hamil, insyaAllah kalau rajin amalkan petua ini beserta dengan doa akan dikurniakan cahaya mata.
~ Bagi wanita yang rahim nya lemah dan susah hamil insyaAllah akan pulih dengan mengamalkan meminum susu kambing segar...kerana 'jin' tidak minum susu kambing. Lagi pun susu kambing makanan sunnah.
p/s: Apa-apa pun niat dan hajat kita haruslah diiringi dengan usaha, doa, tawakkal dan berserah... InsyaAllah akan dimakbulkan..
Wallahu'alam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
slm yelah bunda.sy mmg pelik dgn msykt kita yg busybody tanpa fkrkan perasan org.dah tentulah semua yg berkahwin nk ada chya mata cuma cpt ke lambat ke itu semua ursn Allah.
BalasPadamwah bgs petua tu.hrp adalah kwn blogger yg blm mempunyai baby tu blh amalkan ^^
bunda...terima kasih sebab berkongsi tips ni... boleh diamalkan ni...
BalasPadamMungkin ada sesetengah tu suka menyibuk tapi saya suka memikir yang positif, kot2 dia nak share kebahagian, ialah berkahwin kan salah satu penyumbang rasa bahagia dalam diri, then bila dah kahwin mesti lah nak tengok orang baru pulak. Agaknya begitu lah lan. Apa2 pun terpulang pada yang empunya diri.
BalasPadamAla Bunda susu kambing aje ke, saya kambing pun tak makan, inikan pulak susu dia.
ooo baru saya tau jin x minum susu kambing...
BalasPadamsyok masuk sini..hati tenang dgr zikir :)
kadang2 dah puas kita berusaha dalam segi kedoktoran maka kita ambil cara alternatif/perubatan islam...mungkin ada gangguan untuk kita tidak bolih hamil.....salah satu dari usaha..
PadamAmalkan yg panas2 pun merangsang hormon kan.. yup. apa2 pun atas kehendak Allah... :)
BalasPadambnykkan juga solat sunat, berzikir, membaca al-Quran dan tidak putus asa utk berdoa pada Allah SWT..ada orang yg da kwen 20thun lebih baru dikurnia anak..subhanaAllah..sesungguhnya manusia itu tidak dikira beriman selagi Allah belum mengujinya...
BalasPadambunda..rumah saya diserikan dengan anak2 selepas 10 tahun berkahwin. apa yg dapat saya simpulkan, setiap yg berlaku ada hikmahnya. kita telah mencuba, namun segalanya atas ketetapan dan kehendak Allah SWT juga.
BalasPadamAlhamdulillah, adik ipar bunda pulak 14 tahun baru di kurniakan anak..kini dah 3 orang dah..
PadamNina berjauhan ngn suami. Huuuu. Harap2 cpt dpt rezeki ;)
BalasPadamHuhu..cian dia..tapi org kata yg sekali2 tu yg hot..hehe..apa2 pun insyaAllah akan ada rezki tu nti...berusaha lg ye...Mungkin hujung tahun ni...plig lewat...thun dpn....nti dah ada bgtau Bunda ekk...sayang ninaz..
Padamnice sharing bunda...
BalasPadamsyukurlah sy dah dpt 4 anak...dah cukuplah tu...pakcik nak berehat...
BalasPadamSama lh kita 4 jgk...zaman skarang utamakn quality dr quantity...
PadamAslmkum, tips yg bagus bunda, masa sy, berbanyak berdoa dlm sujud, minta ibu doakan, bila nak anak perempuan pun berdoa, bila org ckp shape perut mcm dpt anak lelaki, sy tetap kata inshaaAllah perempuan :)
BalasPadamLagi satu tips yg bunda dengar...kalu nk anak comey..selain doa surah yusuf..kita tamwpal n sllu tengok gamba2 bb comey...wallahu alam..
PadamTerima kasih bunda atas perkongsian ni....
BalasPadamSaya dah ada 3 anak, tapi kalau boleh mmng nak tambah lagi....
Tq sharing Bunda.. :)
BalasPadamwalaupun rezeki itu daripada Allah , tapi tips2 ni adalah salah satu usahakan bunda... =) terima kasih bunda... kalau nk amalkan boleh kan even ena ni bukannya dah kahwin
BalasPadamehem2 amik ilmu nnti certia dgn bkl bini..bahhaha
BalasPadampernah dengar ada orang guna petua ni.. patutlah orang Arab beranak ramai.. (dari isteri yang ramai ???)
BalasPadamTerima kasih Bunda, perkongsian yang amat berguna :)
BalasPadamtrime kasih bonda.. sangat berguna info ni. bukan untuk yang dah kawin je.. bahkan yang bakal pengantin pun same. hehe
BalasPadamyang penting berusaha kan bunda :)
BalasPadamAs Salam Bunda...ju suka minum susu kambing brand stevia semasa mengandung...alhamdulilah anak xd jaundis sbb amalkan susu kambing dari awal sehingga bersalin bunda...bgus tips nih bunda...kurma dan susu kambing teman baik :)
BalasPadamsemua tu kan makanan sunnah..tidak bolih dinafikan lagi kebaikkannya..
Padamterima kasih bunda ..masa saya nak sangat anak dulu, saya mmg slalu makan kurma dan susu ..walaupon bukan hari hari, tapi kerap lah jugak ..alhamdulillah, dapat Adriana ni :) ..
BalasPadamthanks bunda sharing tips ni... inshaallah lisa cuba amalkan ... :) doakan lisa yer...
BalasPadammemang susah nk puaskan hati manusia bunda..lepas satu2 tanya..
BalasPadamPetua yang sangat bagus.. TQ share info.. yer Bunda
BalasPadamusaha tangga kejayaan :-)
BalasPadamInsyaallah akan saya cuba, semoga Allah memberi rezeki.
BalasPadamTerima kasih bonda.
alhamdulillah terima kasih bunda berkongsi..saya lah salah seorang yang diduga dengan ujian ini..
BalasPadamassalamualaikum ... terima kasih bunda bagi petua nih ...
BalasPadaminfo yg menarik
BalasPadamSusu kambing tu yg saya tak ler minum tu...kikiki
BalasPadamTapu tak per..anak dah ada 2 ketul...haha
saya suka blog dari hati bunda, tenang je
BalasPadamTip yg amat berguna utk sy... terima kasih byk2...
BalasPadamtips yg bagus ni bunda....boleh cuba kepada sesiapa yg berkenaan....
BalasPadamsalam bunda...
BalasPadaminsyaAllah..petua yang baik...
alhamdulillah dapat ilmu dan petua yang islamik..bagus ni sebarkan..
BalasPadaminfo petua yang bagus dan perlu sebarkan..tq
BalasPadamgd sharing ni bunda tq
BalasPadamtq bunda..pernah juga mendegar tentang ini.
BalasPadambagus tips bunda.. thanks kak. hehe.. ehem. saya belum lagila tapinya.. hehe.
BalasPadamdoakan sy yer... saya pun masih berusaha menambah zuriat lagi...
BalasPadamberusaha dan berdoa.. InsyaAllah akan diperkenankan Nya..
PadamBunda..terima kasih bunda...doakan buat intan juga ya...terima kasih bunda
BalasPadammoga intan juga diperkenankan Nya..aamiin
Padaminfo menarik..tq bunda=)
BalasPadamNew Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5"