Jumaat, 29 Mac 2013

Tarbiyah Diri...Buang Aktiviti Lagha...

Prof. Dr. Muhaya

                                Bismillahirrahmanirrahim

As Salam,

Rasanya sudah ramai yang mengenali beliau, seorang perunding motivasi, doktor pakar mata (lasik) dan seorang personaliti hebat, ia itu Prof Dr Muhaya.

Apabila masuk ke Facebook beliau kita akan di hidangkan dengan pelbagai kata-kata motivasi, ilmu menjaga mata fizikal, mata hati dan ilmu bagaimana untuk reset minda kita.

Ini adalah di antara petikkan kata-kata hikmat beliau. Harap sama-sama lah kita ambil sebagai satu tarbiyah diri dan keluarga kita.

" Nasihat diri sebelum menasihati orang lain. Betulkan diri sebelum betulkan orang lain. Jom sangka baik kepada semua orang.

Lihat post kita di facebook, itulah kita. Lihat kawan-kawan kita di facebook, itulah kita. Lihat siapa kita follow di twitter, itulah kita.

Unfollow mereka yang banyak melakukan perkara lagha. Setiap tweet mereka mungkin mengganggu kita. mencari redha Allah,  dan masa kita terlalu berharga untuk melihat aktiviti orang lain.

Untuk apa kita nak tahu apa orang lain buat. Elok sibuk perbaikki diri dengan mencari ilmu dan tarbiyah diri dan keluarga hingga tidak ada masa membaca twitter yang tidak berfaedah.

Lihat komen di twitter, jika tidak ada ilmu dan tarbiyah alangkah sia-sia mata kita yang Allah kurniakan digunakan pada perkara yang tidak memberatkan timbangan dipadang mahsyar.

Jom audit. Lihat betapa banyak masa kita ada bila kita buang semua aktiviti lagha. Bila Allah beri kebaikkan kepada hamba Nya akan kurang perkara laghanya.

Jika ada masaalah teruskan cari ilmu jangan harap jawaban dari sesiapa akan selesaikan masaalah kita selagi jiwa kosong dan minda kecil.

Jom unfriend dan unfollow twitter perkara lagha."

p/s:  Prof Dr Muhaya juga terkenal dengan tagline beliau  " Celik Hati, Rawat Rohani "


32 ulasan:

  1. salam bunda...

    terima kasih atas nasihat yang berguna..
    Alhamdulillah..
    dalm FB saya semua kawan perempuan saya..ada dua lelaki jer..
    (abang dengan adik..hihihi)

    twitter pon saya jarang buka..
    biasa saya bukak blog jer..hihihhi
    biarlah orang kata saya forever alone..
    sekadar menjauhkan benda yang mungkar..hihihi..^^

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Bunda

    terima kasih atas kongsian ini

    BalasPadam
  3. fb kita kwn sekolah dulu jer...ada skadar tengok prkembangan kwn..tak update status pun.

    BalasPadam
  4. Salam Bunda....terima kash atas perkongsian ni

    BalasPadam
  5. slm bunda.sy mmg minat kat prof.hr tu pesta buku islam pjaya prof lambat sgt sampai kat booth buku dia,sy byk tmpt lain nk gi ms tu,teringin sgt nk beli buku n mta signature dia huhu....

    BalasPadam
  6. terima kasih atas perkongsian ni bunda... ena pun tak terlepas dari perbuatan yang lagha ni.. masyaAllah

    BalasPadam
  7. saya pun suka baca post Prof di facebook... banyak perkongsian utk kita muhasabah diri :)

    BalasPadam
  8. salam bunda...memang ada kebenarannya pun...

    Prof Muhaya salah satu fave saya...

    BalasPadam
  9. salam bunda..saya kadang kadang tak berani nak tengok rancangan dia ni sebab kebanyakan nya sebijik sebijik kena kat diri kita balik...

    BalasPadam
  10. salam bonda.....

    yan salah seorang peminat setia rangcangan resep minda DR Muhaya.....suka dengar ilmu2 yang di sampaikan mudah di fahami.....

    BalasPadam
  11. asalam..
    nampaknya saya tak ada twetr..fb dan blog ja..tahniah & syukran pada dia

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..sesekali sempat gak tengok rancangan resep minda Dr Muhaya =)

    BalasPadam
  13. tq ..good info baru tahu...

    BalasPadam
  14. salam bunda =)

    baru juga kenal dgn prof.dr.muhaya..
    sebb dengar program motivasi diri dekat IKIM.FM..sgt suka dgr cra dia mnympaikan motvsi..amat bg kesan pda org yg mndengar..^_^

    BalasPadam
  15. betul tu Bunda...org kata rakan yg baik dapat memberi kita kebaikkan jugakan?

    BalasPadam
  16. "jangan bajet bagus"..saya suka bila dia sebut perkataan itu..

    BalasPadam
  17. Salam bunda...thanks utk peringatan...

    Rasa bersalah kdg kala...

    BalasPadam
  18. assalamualaikum ... respect kat dia yang seorg dr pakar mata blh jadi pakar motivasi ...

    BalasPadam
  19. btl gak tu kan..

    BalasPadam
  20. terima kasih mengingati,...nnt akan semak semula..

    BalasPadam
  21. saya tenang dgr zikir "subhanallah" di dalam blog bunda ni

    BalasPadam
  22. tk atas pengkongsian ini

    BalasPadam
  23. assalamualaikum bunda...

    sypun suka ikuti prof Muhaya ni...selalu buat sy berfikir sendiri...

    BalasPadam
  24. as salam bunda,
    sye pun suka dgr motivasi drp Prof Muhaya ni...Message yg disampaikan sgt bermakna...Jom audit diri.. :) Nice entry bunda..

    BalasPadam
  25. salam bunda
    Lawatan tirana aduka di hari minggu.

    BalasPadam
  26. Tq so much untuk nasihat ni yek Bunda...

    BalasPadam
  27. sy pon suka dengan prof ni :)

    jom sama2 audit

    BalasPadam
  28. Kata2 beliau memang banyak pengajrannya untuk kita perbaiki diri.

    Terima kasih sudi berkongsi.

    BalasPadam
  29. suka sangat kat Prof ni :)

    BalasPadam
  30. Oh..baru tahu serba sikit pasal prof nie..hehe..betul tu..kalau kita friend/follow mereka2 yang selalu hidangkan benda2 yg lagha..kadang2 kita boleh dibrainwash ikut sama ..huhu...jadi jalan pnyelesaiannya kena unfriend.unfollow la .. :)

    BalasPadam
  31. Betul tu.kena check n betulkandiri kita dulu n keluarga. Siapa kawan2 kita,itulah kita.so, mmg kena pilih sahabat ygbaik n byk ajak buat kebaikan

    BalasPadam