Isnin, 1 April 2013

Perihal Kehidupan Jin..

                    

buku Ust.Sharhan bin Shafie

 Bismillahirrahmanirrahim...As Salam,


Ini adalah lanjutan dari entry bunda sebelum ini perihal makhluk halus ia itu Jin,  yang di petik sumber dari buku Ust. Sharhan bin Shafie 'Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus'.

~ Asal Usul Jin:

Seumpama kejadian pelbagai makhluk Allah di muka bumi ini, seperti malaikat daripada cahaya, manusia daripada tanah, begitulah hakikat kejadian JIN dicipta daripada API.

Ini berdasarkan dalil yang termaktub dalam Al Quran maksudnya:

Dan DIA  (Allah) menciptakan jin daripada nyalaan api...(ar-Rahman, 15)
Dan kami (Allah) menciptakan jin sebelum (Adam)  dari api yang sangat panas. (al-Hijr, 27)

~ Jenis-jenis Jin:

Sebagaimana kejadian pelbagai spesis flora dan fauna, pelbagai kaum dan puak dalam kejadian manusia, begitu lah juga dengan kejadian jin.

Ada jin yang berkedudukan kelas atasan dalam sistem kemasyarakatan jin berdasarkan kelebihan  dari sudut kekuatan.

Mereka menganut pelbagai agama seperti islam, keristian, yahudi dan sebagainya. Berpegang kepada pelbagai ideologi dan fahaman.

Di riwayatkan dalam sebuah hadith dari Abu Tha' labah rodiayallahu anhu bahawa Rasulullah SAW telah bersabda...

maksudnya:  'Jin itu mempunyai tiga jenis, satu jenis yang mempunyai sayap yang berterbangan diudara, satu jenis yang berupa ular dan anjing dan satu jenis yang berpindah randah.

~ Tempat Tinggal Jin:

@ Jin mengutamakan tempat-tempat yang sepi daripada manusia.
@ Jin mengutamakan tempat-tempat yang kotor.
@ Biasa juga tinggal ditempat-tempat yang berlubang.
@ Jin juga tinggal ditempat yang terdapat kotoran dan buangan binatang.

~ Makanan Dan Minuman Jin:

Terdapat hadith-hadith sohih yang menyatakan bahawa jin juga makan dan minum seperti kita. Antara makanan makhluk jin :

@ Tulang
@ Kotoran Binatang
@ Asap

~ Waktu Jin Iblis Berkeliaran:

Dalam hadith Sohihain dari Jabair, beliau bersabda bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

Apabila malam menjelang, maka tahanlah anak-anak kalian kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran pada saat itu.

Apabila malam sudah gelap gelita maka lepaskan lah mereka dan tutuplah pintu serta sebutlah nama Allah kerana sesungguhnya syaitan tidak membuka pintu yang tertutup.

Tutuplah bekas-bekas air dan sebutkan nama Allah sekalipun dengan meletak sesuatu keatasnya dan padamkan lampu-lampu kalian.

Keldai adalah sebahgian binatang yang bolih melihat syaitan. Hukum meminta bantuan daripada jin adalah haram.

p/s: Lantaran itu dapat di fahami bahawa manusia adalah sebaik-baik kejadian. Martabat manusia adalah lebih tinggi daripada golongan jin, andainya manusia itu beriman dan beramal solih.

Wallahu'alam.


28 ulasan:

  1. kesimpulannya siapa yg hisap rokok dia adalah Jin :)

    BalasPadam
  2. info yang sangat bermanfaat kak....tq sharing

    BalasPadam
  3. Terima kasih berkongsi bunda. Jin mahkluk mmg ada kelenihan. Tapi juga mahkluk ciptaan Allah. Jadi hanya perlu takut pada yg ESA sahaja.

    BalasPadam
  4. kalau sebut jin...anak2 tak takut..sebut ja hantu...berkerut muka hehe

    BalasPadam
  5. slm bunda.teringat lak satu hr tu uncle beli buku ttg dunia jin.saya dan sepupu pakat baca ramai2 dan akhirnya duduk rapat2 sbb terasa naik bulu roma.pak kal mata x leh nmpk,kan sbb jin berada di merata2 huhu..

    BalasPadam
  6. salam bonda, ema singgah kejap jer..nak gerak ke Shah Alam pula...tetiba baca tajuk jin...hehehe...

    BalasPadam
  7. tq share ye bunda!

    BalasPadam
  8. Terima kasih berkongsi ilmu ni ya Bunda...
    memang kena tahu juga alam ghaib ni...

    BalasPadam
  9. Terima kasih Bunda, perkongsian yang bagus..

    BalasPadam
  10. masa saya kecil2 dulu, mak selalu pesan, orang perempuan mandi kena pakai kain basahan. alasannya, takut jin jatuh hati kat kita. realitinya..mereka ada disekeliling kita dan nampak kita cuma kita saja tak dizinkan Allah untuk melihat mereka. Agaknya kalau mata kita tak terhijab..mau saja berselimut sepanjang waktu, takuttttt

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang betul tu..gune kain basahan takut jin jatuh cinta kat kita...sebelum tido, kebas2 dulu tempat tido...takut2 kita tertido atas dia...sebab mungkin dia sedang berbaring2 di tempat tido tu...

      Padam
  11. Terima kasih juga...perkongsian yang baik untuk saya

    BalasPadam
  12. salam bunda
    Terima kasih atas post yg bagus ini.

    BalasPadam
  13. assalamualaikum ... masa kecil - kecil dulu , bila masuk pukul 7 ptg jer , mak mesti suruh tutup tingkap dan pintu walaupun hari blm gelap lagi . alasannya nanti ada hantu ! ... maka yg dimaksudkan adalah jin ... betul ! martabat kita lbh tggi dr jin . nape kita nak sujud kat mrk lak ... sujudlah pada Allah yg satu ...

    BalasPadam
  14. salam bunda =)

    Iblis juga sudah bjnji pada Allah SWT akn membawa manusia,ank cucu Adam ini bersamanya ke dlm neraka Jahannam..Iblis dan kaumnya xkan dpt mengganggu manusia tnpa izin-NYA..same2la kita sentiasa medekatkan dri dgn Allah,menyebut nama-NYA selalu agar sentiasa dilindungi dri kjhatan Iblis laknatullah ni..

    perkongsian yg baik bunda..me ksih.. =)

    BalasPadam
  15. Pernah beli buku..nie.. :)

    BalasPadam
  16. Terima kasih bunda..
    dapat lagi Ilmu dr sini ttg Jin ni..
    Nak cari lah buku ni..:)

    BalasPadam
  17. Terima kasih KN atas perkongsian ini. Kita kena ambil tahu tentang perkara ini kerana jin boleh mengganggu sesiapa sahaja. Seorang anak saya mengalami gangguan dalam usia yang masih muda. Kini hanya ayat-ayat al-quran yang menjadi penawar..

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 anak salmi dah sembuh...jangan ambil enteng pekara ni..segrta dapatkan pakar perubatan islam..

      Padam
  18. terima kasih untuk info ni bunda..

    BalasPadam
  19. terima kasih bunda untuk perkongsian ni.. :)

    BalasPadam
  20. betul tu..kalau kita terleka sikit ja..senang sangat si jin n shaitan nak masuk dalam diri..bahaya.. sekecil2 zarah pun senang nak masuk..hehe..tapi kita ni mudah sangat cuai kan..sya pun tak terkecuali..ambil mudah sangat..

    BalasPadam
  21. thankz for the info. ada yg baruu tauu :)

    BalasPadam
  22. Tq bunda.perkongsian yg bagus.kita ni selalu leka.saling mperingati sesama manusiakan,itu amalan mulia

    BalasPadam
  23. Info yg bagus...ketika mat salih cuba menyingkap misteri UFO mereka terlupa dlm dunia kita juga sememangnya ada makhluk lain yang berkongsi hidup di planet ini dan dia ialah jin, iblis dan syaitan...

    BalasPadam
  24. baguz info ni......ada kn mengena jugk dgn entry k.ani terapi. ruqyah syariah tu. kebetulan pulak ye.......hehehe....

    BalasPadam
  25. tq bunda share info psl jin ni..seram pulak m3h

    BalasPadam