Sabtu, 13 April 2013

Sakit Hapuskan Dosa...

sakit penghapus dosa..

Bismillahirrahmanirrahim..  As Salam,

Sebagai manusia biasa tiada siapa diantara kita yang tidak pernah lepas dari mendapat sakit...sedangkan Rasulullah SAW pun juga sakit, walau pun baginda seorang umat yang maksum...

Setiap penyakit itu mesti ada alasan dan hikmahnya...Allah yang maha  mengetahui dan maha pengampun.

Daripada Abdullah katanya "Aku datang mengujungi Rasulullah SAW, ketika baginda sakit...lalu kusentuh baginda seraya berkata , ya Rasulullah, demam anda bertambah teruk".

Jawab baginda "Memang demam ku sama dengan demam dua orang kamu".

Aku berkata, "Semuga anda mendapat pahala berganda pula".

Balas baginda, "semuga!"  kemudian sabda baginda pula..."Tidak ada seorang muslim yang di timpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan di hapuskan Allah akan dosa-dosanya, seperti pohon kayu menggugurkan daunnya."  (hadis riwayat muslim)

Segala bencana, penyakit, kesusahan atau kerunsingan yang menimpa tubuh badan atau akal fikiran seseorang mukmin menjadi "kaffarah" (pengampun) kekotoran dosa dan kesalahan orang yang di timpa bencana itu.

Anas berkata, Rasulullah bersabda "Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian: dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum, diuji mereka , kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha , maka dia akan berolih keredaan Allah.

Sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah." (hadis riwayat at-tirmizi dan ibn majah)

p/s: Dengan itu marilah kita bersama-sama memahami akan maksud hadis yang tersurat ini...
Wallahu'alam..

Petikan: Mastika Hadis terbitan Jakim...

28 ulasan:

  1. ramai antara kita,ingat TUHAN..rasa dekat denganNYA ketika sakit,ketika diuji...

    BalasPadam
  2. Salam Bunda..

    Ketika sakit, baru terasa betapa nikmatnya sihat kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju ngan ummiross, bila sakit baru kita Akan lebih hargai time kita sihat..

      Padam
  3. Sesekali sihat kenalah uji dgn kesakitan supaya tahu betapa masa sihat beribadat/bekerja/beriadah semua lagi selesa. Mensyukuri nikmatNya.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum bunda. tenang tasnim baca entry bunda. rasa sebak bila fikirkan emak tasnim yang sakit. tapi emak redha, emak tak pernah mengeluh walaupun tasnim rasa macam tasnim ja nak galaskan sakit yang emak lalui. sama sama doakan emak tasnim cepat sembuh. amiinn :))

    BalasPadam
  5. sakit mungkin kaffarah dosa2 kita yg lalu ... apapun, segala yang berlaku pasti ada hikmah di sebalik semuanya ...

    BalasPadam
  6. salam bunda..


    insyaAllah..akan terhapus dosa2 kecil andainya kita sabar dan redho dgn kesakitan itu...

    BalasPadam
  7. Betul bunda...bila diingat balik lamanya kita sihat dibandingkan dengan beberapa hari kita diberi sakit...malu dengan diri sendiri..

    BalasPadam
  8. benar tiada siapa yg terlepas, sesungguhnya kita dituntut agar selalu bersabar...syukran..

    BalasPadam
  9. sakit juga mengingtkn kita tntg dosa n mati......tq mengingtkn!

    BalasPadam
  10. sakit juga mengingtkn kita tntg dosa n mati......tq mengingtkn!

    BalasPadam
  11. sama2 kita muhasabah....entri yg menarik bunda... :)

    BalasPadam
  12. Astaghfirullah Al azim.. kadang2 kita terlupa bahawa stiap kesakitan yg kita alami, gugurnya dosa2 kecil dan kdg2 kita marah bila diberi ujian dan membawa kemurkaan Allah

    BalasPadam
  13. Kunjungan siang ke blognya bunda, sudah lama tidak mengunjungi blog bunda..
    rasa sakit adalah tanda saya Alloh pada mahliknya :)

    BalasPadam
  14. Terima kaseh atas perkongsian ini bunda...wan akan sntiasa bringat ttg perkara ini...Insya Allah.

    BalasPadam
  15. perasaan marah tu datang bila kita tak mampu bersabar dengan ujian Allah. sedangkan ujian tu dapat membantu kita mendekatkan diri dengan Allah. Nice entry bunda. :D

    BalasPadam
  16. Sesekali sakit akan menginsaf kan diri..
    menghapus dosa2 kecil..
    TQ sharing bunda..

    BalasPadam
  17. terima kasih bunda. mengingatkan yang kadang2 kita terlupa alpa pada Pencipta

    BalasPadam
  18. Pernah dengar kata ulamak bila Allah mahu berbicara dgn kita, dia akan timpakan sakit agar kita sentiasa mengingatiNya...
    Peringatan yg baik Bunda..

    BalasPadam
  19. erm..alhamdulillah ada juga yg nak post tentg ini. Keep it up bunda.

    BalasPadam
  20. bukan saja sakit, malah apa jua ujian yg dtg,samada kecil atau besar smuanye rhmat Allah utk para hambaNYA..demi menguji iman kita semua..apakah betul keimanan kita atau sekadar hnya ucapan dimulut semata2..

    BalasPadam
  21. setiap yg berlaku ada hikmahnya....sam juga dengan kesakitan.......
    yg penting dlm apa keadaan yg sesekali kita berpaling dari Nya...

    BalasPadam
  22. Salam Bonda..
    alhamdulillah..terima kasih atas peringatan.. sakit itu kafarah dosa kan kak? :)

    BalasPadam
  23. betul bunda... sakit penghapus dosa...

    BalasPadam
  24. ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk..

    BalasPadam
  25. sejuk je masuk blog bonda ni. :)

    BalasPadam