Sabtu, 18 Mei 2013

Apa Itu Saka

                        
sasaran saka vol 1 - Ustaz Kazim Elias

                           Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Tentunya ramai orang dah pernah dengar cerita apa itu 'Saka'...dan ramai juga yang masih belum tahu agaknya. Disini bunda ingin berkongsi info melalui petikkan ceramah dari video Ustaz Kazim Elias berkenaan saka.

Rasanya tak salah untuk kita berkongsi hal-hal macam ni sebagai pengetahuan dan juga pedoman kita sekiranya berlaku di dalam kalangan keluarga kita atau pun diri kita sendiri.

Sedikit dari petikkan ceramah Ustaz Kazim berkenaan 'Saka' :

Saka ujud apabila ada nenek moyang kita yang terdahulu, mempelajari ilmu tertentu menggunakan khidmat Jin sebagai khadam.

Maka apabila tuan punya jin itu meninggal dunia tapi jin nya masih belum meninggal dunia dan bila ada pertalian perjanjian dengan tuan nya tadi maka dia nak supaya dia di warisi. Maka datanglah kepadanya untuk mendampingi keturunan tuannya itu.

Saka ialah jin yang telah berada dalam tubuh manusia sekelian lama dan telah sebati dengan diri orang itu.

Saka sebenarnya jin yang dibela, yang dijadikan sebagai kawan, warisan dan pembantu. Saka berlaku dengan cara sedar atau tidak sedar yang dia telah mewarisi atau di warisi.

~ Saka yang datang cara orang itu sedar dia ada saka, selalunya ada seseorang seperti datuk nenek yang memberi / turunkan sakanya  kepadanya /  anak cucunya.

Kebiasaaannya satu pemberian seperti barang-barang antik dan lama seperti contoh keris lama atau pun cucuk sanggul.

Mereka akan menjamu saka mereka dengan bertih, darah, perasap kemenyan. Orang perempuan pula memberi jin mereka menghisap darah dibahagian kaki atau membenarkan disetubuhi jin sebagai pertukaran 'Pewaris'.

~ Saka yang datang cara tidak sedar dan mereka tidak tahu pun yang mereka ada saka datang dalam bentuk mimpi:
- mimpi menyusukan bayi dengan susu badan sendiri.
- mimpi mendapat doa, mentera dan jampi.
- mimpi sakit.
- mimpi dalam bentuk kita bolih mengubati orang atau dalam bidang perbidanan.

Saka juga terbahagi kepada beberapa bahagian dan kategori:

1) Saka perubatan - perubatan menggunakan khidmat saka/jin. Apabila mereka mengubati mereka menurun dan menggunakan peralatan dari sesatu 'warna' .. kuning dan sebagainya.

2) Saka silat - yang mengamalkan ilmu persilatan...persilatan yang menggunakan jin untuk menimbulkan kegerunan orang. Mereka ini hebat dan kebal.

3) Saka hantu raya - untuk menjaga keselamatan ahli keluarga dan kebun.

4) Saka perbidanan - ilmu yang berkaitan dengan perbidanan...juga bantuan dari pelesit dan polong.

5) Saka dari kategori 'jin ifrit' - saka jenis ini paling bahaya dan susah untuk di buang...juga di kenali dengan 'hantu bajang'.

p/s: Walau apa pun, kita kembali merujuk kepada Al Quran dan hadis serta dalil, salah satu nya: surah Al Jin - ayat 6.

Wallahu 'alam..


28 ulasan:

  1. menarik info ni bunda, cikda dulu pernah kena memlalui proses membuang saka tu tapi masa berlaku tu cikda tak paham pun kenapa kena mandi bagai.. dah lama dah.. bila baca info ni baru cikda paham sikit2 dan boleh kaitkan sikit2 dengan kejadian masa tu..

    BalasPadam
  2. salam Bunda..seram sejuk pula bila bca, hrap2 dijauhkan la dari saka2 ni, kdg2 sy pn pernah mimpi bukan2..tp ptanda tu xde lah...

    BalasPadam
  3. Nice info... Zmn moden tp makhluk halus hidup mcm kita gak... Smp kiamat..

    BalasPadam
  4. tq share ye bunda..takut gak..

    BalasPadam
  5. Menakutkan aje bila kakak baca ini KN. Bayangkan kalau anak dia tak tahu ada saka masuk kerana keturunan kesian juga sebab dia tak salah. Tapi kalau tak buat syaratnya apa jadi pada anak/cucu itu agaknya ye. Dah macam drama pulak kan..

    BalasPadam
  6. thx for sharing Bunda...walaupun kita di zaman moden...tp benda2 ni masih wujud...mintak dijauhkan..

    BalasPadam
  7. Sesuatu yg kita tidak ketahui...mungkin terjadi pd kita. Jika kita kuat iman pasti sukar ianya terjadi...

    BalasPadam
  8. IM selalu peringatkan ibu_suri semasa dia masih sihat dulu. kalau ada permintaan dari keluarga abahnya untuk diperturunkan saka jangan terima.

    IM tidak mahu nanti keturunan IM menanggung susah dek pusaka pelik dan tak mendatangkan faedah di akhirat ini.

    BalasPadam
  9. moga kita semua dijauhkan. katanya amat sukar nak buang saka ni sebab dah turun temurun...

    BalasPadam
  10. takut sebenarnya dengan saka2 ni, minta dijaukan...

    BalasPadam
  11. terima kasih berkongsi bunda.. bahaya betul penangan saka.. semoga kita semua dijauhi dari benda ni..

    BalasPadam
  12. Salam,
    ingatkan tag segmen la tadi..hahaha
    setiap manusia ada saka...saya bersama rakan saya di universiti pernah menganjurkan program saka, penceramah masa itu namanya Ustaz Wan..Sentiasa mengamalkan ajran islam dengan baca Al-Quran, selawat dll supaya dapat menghindarkan diri daripada saka..

    BalasPadam
  13. info menarik
    aku belum pernah jumpa
    tapi kata orang hantu raya pandai menyamar
    entah...

    BalasPadam
  14. memang terjadi dalam keluarga saya..makcik saya yang kena. sian kat dia. tapi alhamdulilah, semakin pulih.

    BalasPadam
  15. cara dapat saka melalui mimpi tu menakutkan la Bunda.huhu..moga2 dijauhkan dari benda2 macam itu..takut..

    BalasPadam
  16. takutnya la,, sedeyh lak fikirkan ustaz kazim nak bersara daripada berceramah. :'( tq bunda for visiting my blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..bunda ada baca paper..bunda suke dengar ceramah Ustaz Kazim ni...selalu tengok dalam you tube atau dalam tv..

      Padam
  17. kite singgah sini BUNDA! :)
    rajin2lah mengaji, berzikir.. itu pendinding diri kita.. :)

    BalasPadam
  18. Saka ni menakutkan la bunda...

    BalasPadam
  19. warisan turun termurun tu yg bahaya....

    BalasPadam
  20. kbnykan saka ni kturunan..trun tmrun kan bunda..?

    BalasPadam
  21. bab2 ni KA mmg seram sejuk sikit !

    BalasPadam
  22. AJ penah tengok sorang student kene saka harimau masa AJ keje kat sekolah.....
    Takut tengok...
    Apapun nice sharing Bunda..
    Baru AJ tau lebih mendalam pasal saka ni..

    BalasPadam
  23. Salam Bunda..
    huhu.. no 2 tu cma ada..tp bukan saka.. bukan jugak ilmu kebal..
    tenkiu 4 shairng bunda :)

    BalasPadam
  24. perkongsian yg menarik bunda...syukran :)

    BalasPadam
  25. salam Bunda..
    info yg menarik.


    Ustaz Kazim ni abg ipar kpd biras saya.

    BalasPadam
  26. Susah hati plak bila baca entry ni. Sebab wan juga selalu mimpi pelik2.

    BalasPadam