Selasa, 21 Mei 2013

Khasiat Tempe..


                          Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Kalau sebut saje tempe sinonim dengan orang Jawa, orang Indonesia.  Hakikatnya sudah ramai dikalangan masyarakat kita yang kenal dan suka makan tempe. Tempe juga terdapat dalam pelbagai cara menu masakan.

Tempe adalah makanan yang di bawa dari Indonesia dan mempunyai khasiat tinggi. Ini diakui USDA Nutrient Database for Standard Reference yang menyenaraikan beberapa nutrien utama tempe. Kandungan protien dan mineral tinggi dalam tempe membantu pertumbuhan dan memperbaikki sel badan yang rosak.

Tanpa di sedari kebanyakkan khasiat keperluan badan dapat dibekalkan oleh makanan tradisional ini, malah kandungan karbohidratnya juga berfungsi sebagai sumber tenaga. Tempe juga mempunyai zat dan kebaikkan kacang soya

Tempe di percayai mengandungi vitamin B12 dan bahan antioksida semula jadi yang amat diperlukan badan. Antioksida berfungsi meneutralkan cas negatif dalam badan dan membenarkan oksigen disalurkan ke otak untuk pemperosesan maklumat.

Ragi pula adalah bahan terpenting dalam proses dalam pembuatan tempe. Bagaimana pun tempe mempunyai tarikh luput dan jangka hayat yang pendek. Faktor persekitaran seperti suhu dan kelembapan memainkan peranan penting bagi memastikan tempe dapat bertahan lama.

Tempe terdiri daripada kalori (204), protein (17 gram), lemak (8 gram), karbohidrat (15 gram), lemak (8gram), kalsium (80 miligram),zat besi (2 miligram) dan zink (0.5 miligram).

Penelitian yang dilakukan di Universitas North Carolina, Amerika Sharikat, penemuan bahawa genestein dan phyitoestrogen yang terdapat pada tempe dapat mencegah kanser prostat, payudara dan penuaan (aging).

Secara tidak langsung, pembabitan masyarakat desa dalam penghasilan tempe turut mendapat pengiktirafan dunia.  Pelbagai kajian bagi membuktikan khasiatnye dijalankan bukan saja pengkaji tempatan malah seluruh dunia.

Siapa sangka, produk yang dt anggap lapuk dan kekurangan oleh segelintir masyarakat kita sebenarnya mendapat perhatian sebagai bahan kajian saintifik. Justeru, berbanggalah dengan barangan keluaran tempatan yang ternyata tinggi khasiatnya.

p/s: SUMBER


52 ulasan:

  1. saya suka makan tempe goreng je sebab sedap. tapi goreng tu garing la,

    BalasPadam
  2. Sgt beruntung dilahirkan dibumi malaysia...byk khasiat yg tersembunyi dan kaya dgn sumber2 yg berprestasi tinggi...tempe makanan warisan yg x mengira bangsa dan umur... :)

    BalasPadam
  3. masa sy pregnant, sy penggemar tempe tegar... haha mengidam sampai sanggup mkn nasi putih dgn tempe goreng je... semua ckp anak sy anak jawa hehe... tp bila baby keluar, skang tak nak pulak mkn tempe... agaknye dah puas kot mkn dlm perot huhu...

    BalasPadam
  4. tempe mmg feberet m3h..tp ank2 ngan hubby tak suka mkn..kalo grg tempe,m3h sorang je mkn..hehe

    BalasPadam
  5. Salam bunda, saya mmg suka mkn tempe.
    Goreng atau buat sambal kering campur ikan bilis.. pergghh sodap :)

    BalasPadam
  6. klu pegi indon mesti cri kerepek tempe.. sedap.. ;)

    BalasPadam
  7. kegemaran kami sekeluarga ....

    BalasPadam
  8. aiza suka makan tempe.. goreng rangup2 pun sedap.. :D

    BalasPadam
  9. Bunda...saya suka sangat makan tempe goreng garing..sedappp

    BalasPadam
  10. salam..
    wah, anna suka sangat..
    kalo anna, anna akan letak kunyit banyak lagi..
    hahhaha, sedapppp... :)

    BalasPadam
  11. Ya.. Saya suka tempe.. Semua jnis mskn de tempe sy mkn..hehe..

    BalasPadam
  12. Saya suka mkn sambal tempe... em sedapnya!

    BalasPadam
  13. saper tak makan tempe..sangat rugi..kan..kan..kan..

    BalasPadam
  14. Umi suka sgt lah tempe ni

    BalasPadam
  15. Baru malam tadi kakak goreng tempe poting kecik-kecik tumis dgn cili padi dan bawang dan ikan bilis goreng lepas tu curah kicap - sedap tau KN. Makan bukan fikir sebab khasiat tapi sedap hihi...

    BalasPadam
  16. as salam bonda,
    alhamdulilah, tempe goreng memang fav. kami sekeluarga terutama anak-anak yang umur 2 tahun dan 3 tahun.
    sselalunya memang goreng sahaja. tapi kalau balik kg memang emak buat sambal goreng.

    BalasPadam
  17. salam bunda......

    yan hari2 makan tempe tengah diet banyak ambil protin so...tempe lah jadi mangsanya....he heee....dulu tak makan biasa lah bukan jawo....orang utara mana mau makan.....

    BalasPadam
  18. salam bunda….wah!!!byk rupanya khasiat tempe ni. tak rugi la kalau suka makan kan. btw yg ros tahu sebelum ni makan tempe dgn konsisten blh membuatkan seseorang pandai (allahualam)

    BalasPadam
  19. Salam Bunda.
    tempe, makanan kegemaran nisah ni..
    suka yang goreng tapi tak garing. makan dengan sambal belacan dan bilis goreng. sedap.. tak lupa bersama nasi panas..

    BalasPadam
  20. tempe mmg berkhasiat,..tapi saya tak suka..napa ntah..

    BalasPadam
  21. Salam Bunda..
    Dulu, cma geli mkn tempe sbb dgr hasutan kawan2.diorg cakap, org buat tempe tu pijak kacang soya dgn kaki tak berbasuh la..pastu tak basuh bersih2 la..

    lepas dari sekolah menengah,kwn dgn org jawa..hari2 die bagi mkn tempe.. siap kene sedas:-' ala..skrg teknologi dah maju.guna mesin,ssh nk jumpa teknik2 lama tu.kalau ade pun, xdelah teruk sangat sampai pijk ngan kaki'

    hehe..sampai la sekarang ni cma suka mkn tempe.. sambal tempe, tempe bilis,lemak tempe,tempe goreng.. ngap satu kali! :)

    BalasPadam
  22. Gorengpun sodap ni. Masa nak raya lak susah nak dpat sebab semua buat masak lodeh. Hehe

    BalasPadam
  23. kalau amal mkn tempe boleh awet muda..mgkin kandungan proteinnya yg tinggi..

    BalasPadam
  24. sejak dah kawin ni pandai mkn tempe
    sedap kut...mmg fevret...smggu tu sure ada beli tempe wat goreng ngan sayur..sedapnyerrrr

    BalasPadam
  25. waduh waduh si tempe ini. memang sedap buk... kalau di goreng saja pun saya bedal licinnnnnnnnnnnnn...

    BalasPadam
  26. Salam Bunda.
    Hehehe berbaloi2 kan tempe ni, mujur kat sini senang dapat.

    BalasPadam
  27. assalam bunda...

    sy suka sgt tempe ni....tak mkn nasipun tak apa...ratah tempe je...

    BalasPadam
  28. tak terkata nak cakap apa suka kalu tampe kita goreng2 garing pastu bt sambal best gak

    BalasPadam
  29. Salam Bunda, bagaimana nak hubungi anda bagi tujuan pengiklanan? Bolehkah kami letakkan iklan di blog anda?
    Sila emel kami di theng@weeclicks.com.my. Terima kasih,
    Theng

    BalasPadam
  30. Good info nie Bunda... Saya dulu xmkn pun tempe tp sekarang dah pandai makan.. :D

    BalasPadam
  31. salam bunda.. wah tempe..lama x makan.. susah nak jumpa ka sini.. kalau ade pon mahal..hehhe.. balik nanti nak suruh mak masak tempe jugak lah..^^

    BalasPadam
  32. saya klu ada tempe , dah x tgk lainnya dah . tempe saya suka buat sambal . tumbuk cili padi + bwg putih . pastu tumis dengan bwg besar mayang . pastu masukkan tempe . perghhh ... mertua lalu pun tak sudi pelawa . nanti tak cukup ... hahahaaa

    BalasPadam
  33. pak mertua saya pandai buat tempe tapi kenapa ya saya tak terfikir nak belajar dari dia?? baru terfikirlah bunda...

    BalasPadam
  34. tetiba rasa nak makan sambal tempe... mana la nak cari.. tapi tempe mmg sdap :)

    BalasPadam
  35. puteri suka sambal tempe. Goreng garing pun sedap :)

    BalasPadam
  36. selalunye sahabat2 krole kat sni kata mam tempe ni buat awet muda...hihihi..rupenye ada kajian dari universiti carolina~~~krole mmg mnt mam tempe...terutamanya bla masak sambal hm...sok nak p belilah~hihihi

    BalasPadam
  37. BUI MMG SUKA MAKAN TEMPE GORENG...MCM MAKAN KEROPOK..^_^

    BalasPadam
  38. salam Bunda..hehe..saya suka makan..walaupun tak ada darah jawa.tapi makanan jawa mmg sedap2 belaka..hehe

    BalasPadam
  39. Anak sy suka mkn tempe tp maknya x suke. Ikut sape entah lah. Kitaorng satu rumah x suke.

    BalasPadam
  40. Sedap ni Bunda..
    Nak pulak cecah dengan sambal kicap..
    Terangkat... =D

    BalasPadam
  41. sedapnya tempe goreng..dah lama xmakan

    BalasPadam
  42. bunda : aslkm..terima kasih sudi jengah blog sambil tinggalkan komen..hehe.. ckp pasal tempe ni sya dlu sgtla tak suka..org kedah mana la ada tempe sgt..last2 bljr di selangor hari2 menu kat cafe tu tempe ja..huhu..terpksa makan sampai suka sgt skrg ni...hehe

    BalasPadam
  43. sedapnya..dah lama x makan..

    BalasPadam
  44. Nina memg pencinta tempeee

    BalasPadam
  45. suke tempe goreng..hihi =)

    BalasPadam
  46. nik sejak kwen ngn org johor ni dah mula suka tempe.sedap sgt.

    BalasPadam
  47. mmg byk khasiatnya tempe ni....hehe baik utk kecerdasan minda jugak sebab ada b kompleks....cuma sy tak berapa gemar sgt...

    BalasPadam
  48. salam..
    tempe mmg bnyk khasiat..
    tp tgok cra msak jgk la kan bunda,..
    kalo goreng,kurng khasiat la..tgi kalori..huhu

    BalasPadam
  49. wah.banyak khasiat rupanya. tp sy x reti makan. c x ngam pulak dengan tekak ni.tapi mak dan aunty2 sy suka makan.

    BalasPadam
  50. sedapnye tempe. goreng garing dgn ikn bilis. yum yum. :)

    BalasPadam
  51. sampai sekarang tak pandai makan tempe..tapi ada khasiat pulak kan

    New Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 5"

    BalasPadam
  52. Best2. Start belajar makan tempe masa belajar kat Melaka dulu..

    BalasPadam