Bismillahirrahmanirrahim..
As Salam,
Bunda rasa tentu ramai yang pernah menonton drama bersiri DAHLIA di Astro Mustika HD 134 setiap hari isnin , selasa dan rabu jam 10 malam. Drama keluarga ini yang berkisarkan dendam dan kecurangan. Watak-watak utama yang hebat yang terdiri dari Hans Isaac sebagai Razman, Dira Abu Zahar sebagai Dahlia, Raja Ilya sebagai Haliza dan Faizal Hussein sebagai Fuad seorang ahli korporat.
Drama kekeluargaan yang mengisahkan kehidupan dan perjuangan suka duka nya seorang wanita yang bergelar seorang sahabat, seorang isteri dan seorang ibu. Isteri dan ibu berkerjaya yang sangat penyayang dan yang sangat rajin dan cintakan kerjayanya sehingga dia terlepas pandang yang suami tercinta telah bermain kayu tiga dengan sahabat baik sendiri.
Kisah Razman seorang suami penyayang dan romantik yang kemudian kecundang olih pujuk rayu dan tipu muslihat seorang wanita lain. Akhirnya menjadi seorang suami yang curang dan tiada pendirian hidup untuk mempertahankan rumah tangga yang sudah sekian lama dibina olih kerana terpengaruh dengan fitnah dan belaian seorang wanita pengkianat.
Kisah yang menyentuh hati dan perasaan seorang wanita bernama Dahlia yang menjadi mangsa penipuan seorang sahabat karib dan rakan kongsi yang selama ini dipercayainya. Sahabat karib yang sangat di harapkan akhirnya sanggup merampas suami, harta dan kerjayanya.
Haliza seorang sahabat yang selama ini sangat-sangat dipercayaai Dahlia tanpa sebarang syak dan curiga, rupa-rupanya seorang yang pendendam. Sanggup menipu dan mengkianati sahabat sendiri kerana untuk mendapatkan semula seorang lelaki yang sama pernah dicintainya. Sanggup meruntuhkan rumah tangga sahabat sendiri dan merenggut kebahgiaan, kasih sayang sebuah keluarga bahgia dan memisahkan antara suami isteri dan anak-anak mereka
Kakak dan Adik, anak-anak yang masih kecil yang masih mentah untuk mengenal erti kehidupan akhirnya menjadi mangsa keadaan dendam kesumat manusia dewasa. Anak-anak ini menjadi begitu tertekan setelah mengetahui perhubungan kedua orang tua mereka putus dek perceraian. Mereka kini berada dalam dilema samada terus tinggal dengan bapa atau ibu mereka, kerana kedua-duanya mereka sayang dan saling memerlukan.
Apa daya mereka anak-anak kecil ini untuk terus memberontak atau menghalang semua ini? Apakah mereka harus terus merindui memori indah selama mereka aman dalam pelukan ibu bapa yang tercinta selama ini? Sadis dan terharu sekali menyaksikan drama ini, tak dapat di bayangkan sekiranya hal yang sama berlaku dalam kehidupan kita .
Fuad seorang ahli korporat dan juga seorang penyelamat dalam hidup Dahlia. Dia juga penasihat yang banyak membantu menguatkan semangat Dahlia untuk terus tabah dalam mengharungi masaalah dan kekalutan hidup. Sejauh mana peranan Fuad dan apakah hubungan antara mereka nanti, sama-sama kita saksikan diepisod-episod seterusnya.
Drama ini juga sedikit sebanyak telah mengangkat martabat seorang wanita untuk menjadi lebih tabah dalam mengharungi kancah kehidupan berumah tangga. Drama ini juga memperlihatkan kita bagaimana kebangkitan semula seorang wanita yang pernah di tinggalkan suami curang dan durjana dan juga telah musnah dalam kerjaya akan berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan ank-anak dan membina hidup baru.
Semoga drama ini akan menjadi iktibar dan panduan dalam hidup kita berumah tangga di dunia realiti ini. Tak sabar untuk menyaksikan sambungan episod-episod yang seterusnya nanti.
drama yang sangat menyentuh perasaan dan emosi..
BalasPadamkalau ada faizal hussein berlakon memang best
PadamNew Entry "Percutian ke Hong Kong - Macau Day 5 Part 6"
X tgk lagi..nnti leh la usha2 cite ni :)
BalasPadamha.. cite ni la yg slalu dlm iklan 2 ae.. nnt bole cuba layan.. :)
BalasPadamSalam JN,
BalasPadamMacam best pula baca sinopsis cerita ini. Tapi kak ani jarang tengok drama bersambung2 ni, seksa nak tunggu habis. Akak tengok drama yang habis sekaligus jer.
Sayangnya kakak tak pernah mengikutinya tapi baca dari paparan yg KN berikan nampak sangat impressive mesti rating penontonnya tinggi. Ini diadaptasi dari novel juga ke KN? Sebab banyak drama yg dari novel sekarang ni. Kalau dari novel kakak nak cari novelnya:)
BalasPadamtak pasti pulak..
PadamMcm menarik tp sop x tgk.. heheh
BalasPadamSalam Bunda,,
BalasPadamcma skip2 baca sinopsis tu.. :)
tp isi dia menarik..byk pengajaran..
untung la yg ade astro.. cma tak der.. huhu..
saya follow drama ni dari oman. mmg best tapi mana ada poligami kak? ke last2 berpoligami?
BalasPadamooo ye, t.kasih
Padambiasa dengar kawan2 bercerita pasal drama ni tapi saya tak pulak ingin mengikutinya
BalasPadamMacam best cerita ni kan Bunda..tapi sy dah ketinggalan byk tu yg tak tengok..sllu juga dgr kawan2 bercerita..:)
BalasPadambolih tgok kat you tube..
Padambaca sinopsisu aje dah tau best citer tu..tp saya tak pernah tgk..selalu nya waktu sebelum tu tgk keje2 skull ank yg kecik pas tu makan ubat terus tdo..sesekali tu layan jgk movie sampai kul sebelas tu pun dah kira lewat sgt..sakit kepala dah..
BalasPadamassalamualaikum bunda...
BalasPadamsaya tak pernah baca novel sepanjang hidup...tak pernah tgk cerita hindi atau tamil sampai tamat...tak pernah ikuti drama bersiri...hehehe....
rasa nak cuba membaca novel tgk mcmana..
assalam bunda..SA x berapa minat tgok citer konflik mcm ni...serik nak tgok..hehehe...
BalasPadamTgk iklan dier kat tv mcm best..tp x sempat nk tgk lagi..
BalasPadamntah sempat ke idak nak nonton ni.
BalasPadamkalau anak tak layan katun si bapa pulak nak layan bola. last bilik tido le tempat yang paling best. hahaha
ooh bunda suka tgk drama2 yg byk konflik ye...hehe kalau sy lebih suka yg santai2 je....
BalasPadamKN, sekarang ni ramai yang tengah gila menonton drama Teduhan kasih TV3, slot akasia. Mmg best...Dan romantik.
BalasPadambunda tengok jugak.. yg tak tahan bahasa mak n kakak tiri tu...geram sangat..kira menjadilah kan lakunan dorang..
PadamSy jrg tgok drama :) xbrapa suka sgt tgok tv..slmat menonton ye bunda..
BalasPadamsuka sgt cite dahlia ni..
BalasPadamPernah tengok cerita ni. Kerana cinta, manusia sanggup buat apa je..
BalasPadamNi crite novel ke dik
BalasPadampenah tgok sekali lalu...heee
BalasPadamtp jrng tgok..=D
saya sekeluarga mengikuti tiap episode cuma tak bestnya sebab masa setengah jam dan iklan pun byk. Sekejap aje dah nak habis.
BalasPadam