Ahad, 14 Julai 2013

Sembang Ramadhan...

sekadar gambar hiasan
Kisah ini sekadar perkongsian untuk kita sama-sama muhasabah diri. Mungkin kalian juga pernah berhadapan dengan orang-orang seperti mereka dalam situasi begini.

Yang baik ambil sebagai tauladan dan yang tak baiknya cuba lah perbaikki dan bertanya lah kepada mereka yang lebih arif.

Jom kita hayati sembang-sembang ramadhan antara tiga orang ibu ini selepas selesai majlis Tadarus AlQuran.


Ibu 1 : Aku heran betul lah kan, anak-anak si Ana tu,  umo dah 9 tahun 10 tahun baru nak belajar puasa penuh. Lakinya ustaz...dari kecil tak asuh ke anak-anak tu?

Ibu 11 : Ye ke?  Anak si Ana bini ustaz Lan tu ke?...anak-anak aku umo 5  6 tahun aku dah ajar dah... sekerat hari pun okey lah tu.. Yang tadika tu tahun lepas dua hari jer ponteng ...tu pun sebab tak bangun sahur..Yang 10 tahun tu tak pernah tinggal lagi,  lepas berbuka, malam aku halau gi terawikh pulak...

Ibu 1 : Samalah dengan anak-anak aku...aku cakap,  kalau sape tak posa jangan harap mama nak sediakan makanan.  Mama penat, mama posa... Yang dah sekolah tu aku pakse dorang.. sape posa penuh mama bagi seringgit sehari...

Ibu 11 : Anak-anak si Ana tu, tak malu ke? kawan-kawan sebaya berposa penuh... budak-budak kecik pun tahan berposa... anak aku yang tadika tu dah dua hari kita posa ni tak pernah merengek pun nak berbuka ....kalau penat sangat aku suruh tido..

Ibu 111 : Korang ni posa ke tak? elok-elok datang sini nak cari pahala kan...korang tau tak..bab-bab posa untuk anak-anak ni kita kene MENDIDIK dorang bukan MEMAKSA.  Terang elok-elok kat dorang kenape kita kene posa. Bukan hanya sebab nak ikut-ikut orang atau nak upah...

Semalam aku tengok anak ko langgah coke sebotol lepas balik sekolah agama ko tau ke tak? Petang semalam,  lagi 10 minit nak azan berbuka,  korang aku tengok masih dok tepi jalan berborak jer... korang tak siap untuk anak ngn laki korang berbuka ke?

Tak payah lah bab posa jer korang nak kerah anak-anak korang... sedangkan solat fardhu hari-hari tu ada ke korang pakse anak-anak korang...Ada tak korang bantai anak-anak korang kalau tak solat? 

Korang pun aku tak pernah nampak pun kat surau semalam... ooo mungkin korang terawikh kat umah kot ...Alhamdulillah..

Ibu 1 & Ibu 11 :  @$%?... berlalu pergi...


p/s : Nabi SAW bersabda: "Bukanlah puasa itu menahan diri daripada makan dan minum sahaja, akan tetapi puasa itu juga menahan diri daripada berkata-kata dengan perkataan-perkataan yang kotor dan kata-kata kesat". 

Hadis riwayat Bukhari & Muslim..




72 ulasan:

  1. Senario yang biasa kita jumpa dalam kalangan melayu muslim begini lah.. :)

    BalasPadam
  2. betul tu bunda..bukan menahan dri lapar dn dahaga sahaja..tpi segala-galanya..=)

    BalasPadam
  3. nice story
    kadang sibuk suruh anak puasa tp x terang kenapa kena puasa
    plg x elok suruh puasa tp solat x suruh
    Sop pun baru melatih anak2 puasa :)

    BalasPadam
  4. salam bunda ..
    aby pun join tadarus juga .. taip2 mlm abis pukul 12 lebih .. kena pulun lebih sikit sbb mcm biasa mlm 27 kena khatam .. tu yg masih lg berjaga pai wktu ni .. tang sembang2 hajjah2 tu ..
    seelok nya dalam bulan ramadan ni crita yg baik2 jer ..sebelum tengok anak org .. kena tengok anak kita dulu .. klu ada kekurangan atau kurang enak .. kita doa jer agar anak2 org lain tu dilembutkan hati utk mendengar kata2 org tua ..

    BalasPadam
  5. Ingatlah...ajar anak solat dulu, baru berpuasa kerana anak yang menjaga solat sudah pasti akan menjaga puasa..tetapi anak yang berpuasa belum tentu menjaga solatnya.

    Terima kasih bunda berkongsi kisah kepincangan masyarakat kita yg perlu diperbetulkan.

    BalasPadam
  6. MaşaAllah! Allah kabul etsin! :)

    BalasPadam
  7. urmmmm.. lumrah sikap orang kita kat mana2pun.. :(

    BalasPadam
  8. betol 2..mindidik yg pntg..bkan memaksa..lgpn dlam islam pn xde pksaan..jganlah ada yg duk kutuk2 bulan Ramadhan ni..xpsal2 dpt dosa..

    BalasPadam
  9. selamat berpuasa bunda

    mana2 pon bunda mesti a da

    BalasPadam
  10. peringatan yg baik sgt ni bunda. terima kasih, insyaAllah akan jaga segala kelakuan & pertuturan sebaik mungkin

    BalasPadam
  11. Hahaha mengata dulang, camtu la. Hahahaha kepoh kan anak orang, anak sendiri tak sedar lebih teruk. Allahhuakbar...

    BalasPadam
  12. bukan sahaja menahan lapar dan dahaga tapi perbuatan dan percakapan juga perlu dijaga. Kisah yang menarik ni bunda :)

    BalasPadam
  13. tak elok mengumpat especially dlm bulan posa ni..

    BalasPadam
  14. bagus cerita ni bunda...banyak pengajarannya....salah orang semua dia nampak salah sendiri tak nampak...biasalah lumrah manusia...kena ingat meningati sesama kita selalu~

    BalasPadam
  15. selalunya macam tu la.. berpuasa sekadar menahan lapar dan dahaga je.. kisah yang memberi pengajaran..

    BalasPadam
  16. segenap sudut tingkah laku kene jaga apabila menjelang Ramadhan...


    * jemput join contest PM yer Bunda...:)

    http://www.papamifz.com/2013/07/contest-review-blog-papamifz-com.html

    BalasPadam
  17. Perkara biasa di kalangan kaum melayu yang tipikal

    BalasPadam
  18. sempga dijadikan pedoman untuk kita semua...menarik cerita nie...

    BalasPadam
  19. betul tu.ramai yang berpuasa, menahan lapar dan dahaga tapi tak mampu menahan mulut daripada mengumpat dll.

    BalasPadam
  20. Perkongsian yg menarik...smOga iadi pengajaran utk kira semua..puasa bukan saja menahan diri dari lapar dan dahaga tapi lebih dari itu...

    BalasPadam
  21. betul tu.... lapar dan dahaga ni, insya Allah boleh kawal. Tapi, yang lain-lain tu yang lebih mencabar sebenarnya

    BalasPadam
  22. sebab tu diam lebih elok.hehehe :)

    BalasPadam
  23. berpuasa biarlah sebenar benarnya berpuasa

    BalasPadam
  24. Scenario yg sering terjadi betul tu KN. Tapi yg paling sedih solat tak diajar sedangkan ianya mudah tapi puasa dipaksa. Kesian kan budak-budak sedangkan kita yg dewasa pun lapar...

    Jadikan teladan...

    BalasPadam
  25. penuh pengajaran kisah ni bunda
    moga dapat renungan bersama

    BalasPadam
  26. As salam.
    Bestnye citer ni. Byk pengajaran yg boleh kita ambil

    BalasPadam
  27. jadikan iktibar...yang positif diikuti yang negatif tinggalkan....

    BalasPadam
  28. terima kasih atas pesanan ini bunda...

    BalasPadam
  29. Betul tu kan.. Berpuasa sepatutnya mendidik jiwa kita..

    Moga amalan kita diterima, aminn

    BalasPadam
  30. =) insyaAllah..jika x tinggal solat ..puasa pun sama... =)

    BalasPadam
  31. untuk pengajaran kite semua..tq kak atas perkongsian..
    moga kite tidak seperti mereka...

    BalasPadam
  32. betul tu bonda... elok2 pahala puasa kita jd zero bila duk sibuk cerita hal org kan !

    BalasPadam
  33. itulah masalah masyarakat ktia , tak mampu jaga mulut

    BalasPadam
  34. mulut org betapa sukar nk tutup...padahal tak tahu hal sebenar...

    BalasPadam
  35. BUNDA,

    Assalamualaikom. Terima kasih kerana melawat blog saya. Tanpa saya sedari komen Puan tersekat di inbox SPAM. Mujur saya buka dan mendapati komen Puan di situ.

    Apa pun terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh! bolih jadi macam tu pulak ke...yang pasti bukan komen SPAM ye..

      Padam
  36. moga moga pahala puasa kita semua tak hancur jadi debu... :)

    BalasPadam
  37. Susah nak atasai mslh ni selagi tak sedar dan bertaubat. Lagipun kalau dah ada geng yg sekepala pulak, lagilah menjadi-jadi. Perkara ni dah menjadi rutin harian sesetengah org, sbb tuh susah utk dihindari. Kdg-kdg dia sndr tak sedar pun dan dia rasa macam biasa jerk, tak berdosa. Mohon Allah ampunkan kita semua juga yer.

    BalasPadam
  38. Salam Bunda....salam kenal dari Yani. Kunjungan balas utk Bunda yang sudi menjengah blog Yani.....terima kasih!

    BalasPadam
  39. betul tu bunda..org dok berpuasa mereka sibuk menganyam ketupat!

    BalasPadam
  40. salam bunda..
    hai, macam2 la ngan org2 kita ni kan..

    BalasPadam
  41. that soo true bunda..puasa ni mcm2 nk kena tahan.pejam je lah mata dgn tutup lah mulut kalau xda benda elok nak cakap :)

    BalasPadam
  42. Betul tu Bunda.. kenalah puasa skali mata, telinga & mulut..
    moga mendapat keberkatan dibulan mulia ni..
    tak nak lah puasa yg sia2...

    BalasPadam
  43. selamat berpuasa bunda.. semoga berkah ramadhan ini sampai dihati kita.. Amin..

    BalasPadam
  44. salam bunda...puasa bukan saja tahan lapar dan dahaga..kena tahan hati dan telinga malah mata sekalipun

    BalasPadam
  45. Itulah yg lawaknya org2 yg bernama Melayu ni....posa (tak makan dan minum) bukan main jaga, tapi bab solat ramai yg solatnya berterabur...Ramai juga wanita yg berpuasa krn taat pd perintah Allah, tapi perintah Allah tentang tutup aurat tak mau taat pula.. Surau dan masjid pula kalau solat tarawih sentiasa penuh (sekurang2 minggu pertama dan kedua), tapi bila waktu solat fardhu, surau dan masjid sepi.. Paling ramai bila solat Raya, sampai ke tangga ada yg bersolat. Pelik kan,seperti sebahagian kita lebih mengutamakan yg sunat dari yg fardhu....

    BalasPadam
  46. Betul tu bunda,,,satu hal sekadar menahan lapar dan dahaga,,,satu hal lagi..kita kadang tidak mengutamakan yang lebih utama..paksa anak puasa kemain lg,,padahal baru 6-7 thn..tapi tak solat tak utamakan pulak..

    BalasPadam
  47. mcm tak lengkap kalau berpuasa tp soaltnya kemana.. ya ALLAH..jauhkan..

    BalasPadam
  48. ambik kan kene sedasssss........... pose tahan lapo dengan dahage... dapat penat je le...... apepun BUNDA selamat berpose....

    BalasPadam
  49. perut berpuasa tapi mulut pulak yg tak puasa..huhu

    BalasPadam
  50. Salam Bonda..

    sungguh sinis bunyinya.. tp mmg betul..biarlah mereka faham bukan dgn kita yg memaksa.. :)

    BalasPadam
  51. part macam tu saya lebih rela angkat kaki taknak dengar.. kita pun ada anak, jadi kalau boleh takmo nak cite hal orang lain.. lebih suka jaga kain sendiri..

    BalasPadam
  52. Itulah kebanyakan kita dok paksa2 puasa bukan main tapi bab solat anak2 kita ambik ringan. Antara sebab saya malas nak bersidai dengan jiran2 takut terlajak cakap.

    BalasPadam
  53. banyak pengajaran dr cerita nih kan kak.....terlalu cri slah anak org ank sndri buat slh xsdar

    BalasPadam
  54. salam Bunda..gitulah budaya setgh-setgh org2 melayu kita ni...sibuk ngna hal rumahtangga org lain.Semoga Ramadhan ini akan menginsafkn kita...InsyaAllah

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum bunda.

    Agama Islam sbnrnya mudah. Tapi kita yg memilih untuk menyukarkan. Sudah terang dikatakan, didik anak ttg solat dahulu, tpi kita sibuk suh dia puasa. Lalu, puasa entah kemana, solat pun tunggang terbalik.

    InsyaAllah, bila kita menjaga solat, benda2 lain turut terjaga. Kalau tersesat skalipun, tak lari mana jauhnya.

    BalasPadam
  56. Salam Ramadhan Bunda.. Elok la kita berckp benda yang perlu saja kan.. Kalau lagi byk kita ckp, lagi byk yg salah akan terkeluar kan.

    BalasPadam
  57. tulah bunda kan..susah hati anak tak puasa tapi ambil enteng kalau anak tak solat. tu yang banyak terjadi, orang puasa tapi tak solat kerana puasa tu dah bukan dianggap tanggungjawab tapi budaya..

    BalasPadam
  58. memang kita akan jumpa golongan sebegini bunda......

    BalasPadam
  59. kebanyakan kita masih tak bersihkan hati sepenuhnya.itu sebab terjadi seperti sketsa di atas,kan bunda :)

    BalasPadam
  60. Berpuasa bukan setakat menahan lapar & dahaga je kan bunda. :)

    BalasPadam
  61. Well said Bunda...
    Saya baru first time singgah sini.
    Mendidik anak-anak solat tu lagi penting. Paksa anak puasa sbb sebulan je setahun tapi kurang paksa anak solat sebab tiap-tiap hari kena solat. Mungkin sbb tu sekarang ramai org puasa tapi tak solat. Tapi org yg tak tinggal solat takde tg tak puasa saya rasa. Cara didik anak tu dah tak berapa betul kan...

    BalasPadam
  62. salam bunda.
    tipikal melayu begitu lah. gosip dan mengata saja tak kira bulan apa pun

    BalasPadam
  63. Tulah pasal bunda.... tak mo komen banyak2 ni hehe

    BalasPadam
  64. betul sangat bunda, banyak yang macam tu sekarang kan...moga kita belajar daripadanya

    BalasPadam
  65. hmm.. semoga dpt dijadikan pengajaran utk kita semua..

    BalasPadam
  66. hihihi ahli mesyuarat tingkap mmg topik2 panas camtu la yg suka dibincangkan....

    BalasPadam
  67. mmg tipikal...bila tiba puasa, sibuk paksa anak2 puasa...tp bab solat...tak apa, tunggu besar sikit...hemmmm... tekankan solat tu, insyaAllah, dgn sendirinya mrk akn mudah berpuasa...

    BalasPadam
  68. betul..same2la kita jga anggota bdn kita lebih2 lagi mulut ni..kan tgh bpuasa..elok2 dpt phala,jd dpt dosa pula..kan ke sia2 je pose tu jd nye..kan bunda..

    BalasPadam
  69. Excellent lah Bunda. :-). Thank you.

    BalasPadam
  70. Terbaiklah entry ni Bunda..penuh pengajaran...sebaiknya jaga lah lidah ketika berpuasa...kalau tak sia2 je menahan lapar dan dahaga...

    BalasPadam
  71. Betul tu. Solat itu tiang agama. Jadi, kalau runtung tiang itu runtuhlah rumah iman kita.

    Solat itu wajib. Alangkah eloknya kalau kita kerjakan kedua-duanya sekali.

    BalasPadam