Khamis, 1 Ogos 2013

Pusara Dilebuhraya...



Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Ramadhan telah hampir berlalu pergi dan Syawal pula semakin menjengah. InsyaAllah pada hari khamis 8hb Julai 2013/1434 Hijrah, umat islam akan menyambut perayaan Aidil Fitri.

Pada hujung minggu ini sudah tentu ramai yang beransur pulang kekampung halaman, samaada dengan kenderaan sendiri mahupun dengan pengangkutan awam seperti bas ekspres , kereta sewa atau keretapi.


Berhati-hatilah semsa memandu, pastikan kenderaan anda dalam keadaan baik. Begitu juga dengan pemandu pastikan kesihatan anda dalam keadaan baik dan cukup tidur.

Dalam perjalanan pergi atau balik nanti pastikan merancang dulu perjalanan anda, samada sebelah pagi atau petang..dan anda sendiri mesti cukup rehat.



Bagi mereka yang menggunakan kenderaan awam seperti bas ekspres, pihak berkuasa telah mengeluarkan notis agar memastikan ada dua orang pemandu yang bergilir dalam perjalanan nanti.

Memastikan pemandu tidak mengambil alkohol sebelum memandu. Pihak berkuasa akan memantau keatas pemandu-pemandu yang melangar undang-undang.

p/s:

Pandulah Dengan Berhemah...

" Ingatlah ibu bapa dan keluarga yang sedang menunggu anda. Ingatlah anak isteri yang masih memerlukan anda."

Pastikan Anda Selamat Sampai Kedestinasi...

.... Sedetik kelalaian anda ...anda pasti mengundang musibah...ambillah iktibar dari tragedi-tragedi  yang telah berlaku...agar pada tahun ini tiada lagi  'Pusara Dilebuhraya'....

          ...Selamat Hari Raya Aidil Fitri...Maaf Zahir Dan Batin...

72 ulasan:

  1. betul tu..berhati2 la dijalanraya..

    BalasPadam
  2. Assalam bunda =) sy igt lg raya yg dlu2..bas tertembung bas..ngeri jga la xcident 2..hargailh org yg tersyg..memandu dgn berhemah..

    BalasPadam
  3. setiap hari..pasti ada yg terkorban dijalanraya...ngeri membacanya..

    BalasPadam
  4. Assalam bunda..semoga semuanya selamat diperjalanan pergi dan balik

    BalasPadam
  5. Insha Allah selamat pergi dan balik perjalanan kita semua ye bunda :)

    BalasPadam
  6. ingat lah org yg tersayang
    hati2 memandu balik kg


    bunda, suka pergi spa tak ?
    ada lulur spa dan produk spa yg di supply ke spa-spa di sini

    http://www.d-homespa.blogspot.com

    BalasPadam
  7. assalamualaikum..bunda :)

    kemalangan yg melibatkan bas..paling menyedihkan sbb yg terkorban selalunya ramai.

    BalasPadam
  8. Salam BUNDA..

    ngerinya kemalangan yg berlaku di highway..

    BalasPadam
  9. kena selalu awas dan peka..ngeri jugak tgk foto2 kemalangan mcm ni..

    BalasPadam
  10. kena hati2 dijalanraya kerna malang x berbaukan !

    BalasPadam
  11. seronok pun ada risau pun ada bila nak balik kampung beraya ni bunda

    BalasPadam
  12. Ngeri tgk.. btl tue bunda.. berhati2 la di jalan raya..kalau rasa mengantuk jangan diteruskan perjalanan..seeloknya berhenti la berehat dulu..

    BalasPadam
  13. Ya Allah.ngeri sgt tgk..berhati2 di jalan raya...baca doa sebelum memulakan perjalanan

    BalasPadam
  14. mudah2an kita semua dijauhkan lah dari musibah.. amin.. selamat hari raya bunda.. :)

    BalasPadam
  15. mmg ngerila gambar2 tu.. kpd yg memand jgn ikut emosi sgt.. ingatlah yg tersyg yer..

    BalasPadam
  16. kekadang kenderaan kita ok jer , tapi kenderaan org lain yg langgar kita . Semuanya atas kehendak Allah jua . yg ptg jgn lupa baca doa sebelum bergerak ...

    BalasPadam
  17. Salam Bunda,,,


    huhuhu...scarynye tgk darah2 tu.. :(
    terima kasih atas peringatan..cma klu balik kpg sealu jadi co pilot..huhuu

    BalasPadam
  18. blog ini terpilih utk soalan tag.

    http://sweetgurlzlovecat.blogspot.com/2013/08/11-things-about-me.html

    BalasPadam
  19. betul tu apa yang bunda katakan... ingatlah orang yang tersayang

    BalasPadam
  20. Tiap2 tahun mesti ader berita camnie kan sedih tgk nyer...

    BalasPadam
  21. betul tu bunda.. berhati-hati ketika memandu.. semoga selamat tiba ke destinasi yang dituju..

    BalasPadam
  22. betul tu bunda, berhati2x la dijalan raya..

    BalasPadam
  23. Kadang2 kita pandu elok, ada manusia yang pandu mcm baru pegang stereng... Yang jadi mangsanya pengguna yang tak bersalah.. Pandulah dengan penuh kerayaan, bukan kebanggaan..

    BalasPadam
  24. ya Allah sedihnyaa . Ngeri sgt . apa2 pon kita semua kena hati2 di jln raya .

    BalasPadam
  25. SubhanaAllah...ngerinya bunda...kadang-kadang tu pemandu ni dah berhati-hati tapi disebabkan ada pemandu lain yang gopoh...terbabit sama...amalkanlah doa sebelum memandu kenderaan insyaAllah selamat hendaknya~

    BalasPadam
  26. berhati hati dijalan raya ..
    jangan biarkan yg disayang menyambut dengan tangisan

    BalasPadam
  27. Setiap tahun nak raya ada saja kemalangan yg membabitkan nyawa. Yg peliknya kemalangan yg berlaku hampir semuanya kpd org kita.. Innalillahi wainnahirojiun..

    BalasPadam
  28. subhanallah kasihat sekali korba nya

    BalasPadam
  29. berhati hati dalam berkendara kunci utama selamat

    BalasPadam
  30. Ngerinya...
    kadang2 kita berhati2....
    tapi org lain yg tak berhati2..

    baru2 ni pun adik sdara maut dalam kemalangan jalan raya....

    :(

    BalasPadam
  31. Mcm iklan plak . Hehe . Btol tuh sis . Pantulah dengan selamat dan ingatlah org yg tersyg ;)

    BalasPadam
  32. ngeri la gambar-gambar tu.
    Kemalangan tak berbau. Biasanya berpunca dari sikap EGO kita. Bukan saja cukup rehat, tapi mental cukup waras untuk memandu juga faktor penting perlu diambilkira sebelum memandu.

    BalasPadam
  33. Mmg sentiasa kena beringat. Biar lambat asal selamat. Peringatan yg baik bunda

    BalasPadam
  34. Ya Allah ! ngeri tengok gambar-gambar tu. Mohon Allah selamatkan segala perjalanan. Terima kasih memberikan ingatan!

    BalasPadam
  35. moga kita semua selamat dalam perjalanan...

    BalasPadam
  36. Kakak tengok gambar-gambar yg KN tepek pun dah mengerikan..
    Harap tak adalah tragedi seperti itu semua

    BalasPadam
  37. ya ALLAH takutnya..semoga di jauhkn semuanya..beringatlah selalu..

    BalasPadam
  38. singgah sini bls kunjungan.. aduhh x sanggup nk tgk pic.. kesiannye..kdg2 org lain yg jadi mangsa ats kecuaian org lain kak..ajal maut smuanya di tangan Allah.. Al-fatihah buat smua mangsa..

    BalasPadam
  39. berhati hati di mana jua kita berada selamat hari raya maaf zahir & batin bunda

    BalasPadam
  40. Selamat Hari Raya untuk Bonda sekeluarga...hati-hati di jalan raya

    BalasPadam
  41. pastikan baca bismillah dulu dan memohon perlindungan daripada Allah sebelum memulakan perjalanan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum bertolak baca doa dan berzikir dalam hati banyak2 sepanjang perjalanan...

      Padam
  42. Itu lah..
    Kadangkala, kemalangan berlaku jua, atas kecuaian org lain, walaupun kita dah berusaha..Itu takdir namanya..Baca doa sebelum naik kenderaan, berdoa dipermudahkan dan diselamatkan perjalanan, serta kalau boleh, berzikir/ikut aluanan bacaan Al Quraan yg dipasang di radio sepanjang perjalanan..Insya Allah, Allah jaga kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..walau dimana pun kita..zikir tu biarlah jadi amalan...biar melekat kat hati...walaupun sedang blogging..

      Padam
  43. Salam 24 Ramadhan KN. ngerinya tengok..berdoa dan buat solat musafir sebelum memulakan perjalanan kita..semoga Allah melindungi kita sepanjang perjalanan..jom balik kampung..hehe

    BalasPadam
  44. salam bunda
    Tajuk tu cam tajuk lagu lak.
    Terima kasih atas lawatan bunda.dan nasihat2 bunda pada ta.

    BalasPadam
  45. tiap2 tahun mesti ada kes kemalangan....kadang tu seriau sangat2 bie tengok orang berlanggar

    BalasPadam
  46. dahsyat betul kemalamgan tu..tak sanggup nak tengok gambar

    kakiblog recently posted:10 Blogger Popular Julai 2013

    BalasPadam
  47. semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan balik
    amin

    BalasPadam
  48. Ya Allah, harapnya perjalanan esok berjalan dengan lancar. aminn..

    BalasPadam
  49. Isk3...ngerinya. Insyaa Allah akan ;eboh berhati-hati ketika memandu. Selamat bercuti dan selamat hari raya Bunda.

    BalasPadam
  50. benda ni la y paling sy takut time musim perayaan macam ni.semoga kita semua dibawah perlindunganNYA,

    SELAMAT HARI RAYA BUAT BUNDA

    BalasPadam
  51. jangan ikut perasaan ketika memandu..

    p/s salam aidilfitri untuk bonda sekeluarga. maafkan saya jika ada komen dan entry saya yang menyinggung perasaan.

    BalasPadam
  52. bonda tlg doakan kami selamat blk kg beraya ye,,

    salam aidilfitri maaf zahir batin yer bonda
    teringan bonda sendiri yg dah xder,,,huhuhu (tiba tiba)

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah..semoga selamat pergi dan balik anakanda sekeluarga kepangkuan keluarga....aamiin....

      Padam
  53. ngeri bila tgk gambar2 kat atas tu...rasa ngilu je tapak kaki....huhu

    apa2 pun selamat hari raya ye bunda....maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap....

    BalasPadam
  54. semoga kita tak teruji sebagaimana mereka di uji, Aminnnnn

    BalasPadam
  55. Solat Hajat dan berdoa sebelum memulakan perjalanan.. sujud syukur setelah tiba ke destinasi.. bergantung sepenuhnya pada Allah SWT.. ingatan untuk diriku jua..

    BalasPadam
  56. salam di akhir ramadhan bunda

    BalasPadam
  57. semoga perjalanan kita semua dilindungi Allah..amin..

    BalasPadam
  58. Moga selamat perjalanan pergi dan balik kita semua ke kampung halaman..

    BalasPadam
  59. kbnykan kmlgn bnyk blaku bila musim perayaan..
    hmm apa cra tbaik utk atasi kmlgn..? kesedaran dri sendiri la jwbnye..lau kita bhati2 tp org lain xbhati pon xbleh juga.. =(

    BalasPadam
  60. Amalkan 4M.
    1. Man - pemandu mesti dalam keadaan sihat dan segar sepanjang pemanduan.

    2. Machine - kereta/motor mesti dalam keadaan baik dari segenap segi, perlu selenggara ikut jadual.

    3. Method - cara pemanduan yang berhemah dan sabar adalah kunci utama untuk elakkan kemalangan.

    4. Material - rasanya M yang ini tak relevan kot.

    Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus tips dan amalan2 tu...supaya menjadi panduan untuk kita semua...terima kasih AR..

      Padam