Isnin, 23 September 2013

" Ku Sarung Kasih Untuk Mu " :)

                          
                                              lihat SUMBER disini 


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Melihat tajuk diatas  'Ku Sarung Kasih Untuk Mu' itu sahaja bagi kita yang belum mengetahuinya sudah tentu menjadi tanda tanya.  Bunyinya seperti tajuk sebuah lagu atau pun sebuah drama atau pun sebuah novel.

Sebenarnya ini adalah satu projek amal anjuran GMJ Club (Geng Mesin Jahit) yang bertujuan menghadiahkan sarung bantal dan chemo-cap berwarna warni bagi menceriakan pesakit-pesakit kanak-kanak terutamanya yang mengidap kanser.

Pencetus idea tertubuhnya GMJC ini terdiri daripada mereka yang terlibat  didalam bidang jahitan dan kraft , memulakan jalinan ukhwah sesama rakan FB, bertemu dan berbincang tentang bermacam-macam perkara.

Salah satu initiatif mereka dengan menyumbang semula kepada masyarakat, iaitu dengan cara membantu mereka yang memerlukan. Antaranya,  menghadiahkan sarung bantal kepada pesakit kanak-kanak dengan harapan agar mereka tersenyum riang di sebalik kesakitan yang mereka alami.

 Projek terbaru, sukacita dimaklumkan mereka sedang mengumpulkan 1000 sarung bantal untuk 'September 1000 Pillowcases Drive'. Sarung bantal ini akan dihadiahkan kepada kanak-kanak pengidap kanser dan penyakit kronik yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital seluruh Malaysia.

Para dermawan boleh membantu dengan cara:-

1. Menjahit sendiri sarung bantal
2. Membeli fabrik dan menghantar kepada kami untuk dijahit
3. Mendermakan wang ringgit untuk kami membeli fabrik dan menjahit sarung bantal.

Untuk maklumat lebih lanjut bolih  lihat DiSINI juga.


p/s: Bantulah mereka untuk menceriakan kanak-kanak ini...


28 ulasan:

  1. niat baik utk membantu itu pasti ada ganjarannya . menggembirakan org juga sedekah ...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah Bunda..usaha yang baik..In Shaa ALLAH kita join..

    BalasPadam
  3. Bunda tadi ada masuk dalam MHI pasal Ku Sarung Kasih Untukmu ni..
    InsyaAllah kita sama2 membantu. Nanti saya akan godek2 link di atas

    BalasPadam
  4. Usaha yang mulia...sama2 la kita membantu insan2 yang kurang bernasib baik...

    BalasPadam
  5. Suatu usaha yang mulia.. Bagus ya program macam ni :-)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah =) hrap dapat smbutan..1 usaha yg cukup mulia..

    BalasPadam
  7. Semoga Allah s.w.t permudahkan urusan ini.. =)

    BalasPadam
  8. salam bunda..
    moga segala urusan dipermudahkan..
    aminn..

    BalasPadam
  9. Assalam bunda..salam perkenalan dr saya~Lagenda mahsuri. Bleh call me mahsuri. :)

    Semoga usaha ni mendapat sambutan dan dipermudahkan semua urusannya.

    BalasPadam
  10. Bagusnya ada program mcmnie Bunda.. Tq sharing :)

    BalasPadam
  11. bagos sekali program ni
    pilihan tema pon menarik
    moga dipermudahkan
    :)

    BalasPadam
  12. Banyak sekali ganjaran yg menanti buat mereka yg suka membuat kerja2 kebajikan sebegini...

    BalasPadam
  13. Salam Bunda,,

    alhamdulillah..
    semoga ramai yg tampil membantu :)

    BalasPadam
  14. salam bunda...

    mmg bgus progrm mcm ni kan bunda..

    BalasPadam
  15. bagus program ini ...semoga mendapat sambutan yang memberangsangkan..

    BalasPadam
  16. alhadulillah moga dipermudahkan ya..

    BalasPadam
  17. sya x pandai menjahit mama... ;) moga progaram ini berjalan lancar yer...

    BalasPadam
  18. Salam

    Semoga mendapat perhatian dan berjalan dengan lancar.

    BalasPadam
  19. Mewar-warkan ini pun dah ada ganjaran KN
    Kakak baru tahu tau...

    BalasPadam
  20. Satu inisiatif yang sangat bagus dan menarik. Semoga ianya berjaya dengan jayanya...Insyaallah

    BalasPadam
  21. Harapnya program ni berjalan lancar...
    sy jauh nak join Bonda...:)

    BalasPadam
  22. mudahan program ni bjln dgn jayanya

    BalasPadam
  23. moga brjalan dgn jayanya.in sya Allah

    BalasPadam
  24. bersama-sama menyumbang setakat yang mampu.. semoga program ini berjalan lancar.. :D

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah, moga sedikit amalan akan menerbitkan kecerian di wajah yang memerlukan

    BalasPadam