Isnin, 23 September 2013
" Ku Sarung Kasih Untuk Mu " :)
lihat SUMBER disini
Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam...
Melihat tajuk diatas 'Ku Sarung Kasih Untuk Mu' itu sahaja bagi kita yang belum mengetahuinya sudah tentu menjadi tanda tanya. Bunyinya seperti tajuk sebuah lagu atau pun sebuah drama atau pun sebuah novel.
Sebenarnya ini adalah satu projek amal anjuran GMJ Club (Geng Mesin Jahit) yang bertujuan menghadiahkan sarung bantal dan chemo-cap berwarna warni bagi menceriakan pesakit-pesakit kanak-kanak terutamanya yang mengidap kanser.
Pencetus idea tertubuhnya GMJC ini terdiri daripada mereka yang terlibat didalam bidang jahitan dan kraft , memulakan jalinan ukhwah sesama rakan FB, bertemu dan berbincang tentang bermacam-macam perkara.
Salah satu initiatif mereka dengan menyumbang semula kepada masyarakat, iaitu dengan cara membantu mereka yang memerlukan. Antaranya, menghadiahkan sarung bantal kepada pesakit kanak-kanak dengan harapan agar mereka tersenyum riang di sebalik kesakitan yang mereka alami.
Projek terbaru, sukacita dimaklumkan mereka sedang mengumpulkan 1000 sarung bantal untuk 'September 1000 Pillowcases Drive'. Sarung bantal ini akan dihadiahkan kepada kanak-kanak pengidap kanser dan penyakit kronik yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital seluruh Malaysia.
Para dermawan boleh membantu dengan cara:-
1. Menjahit sendiri sarung bantal
2. Membeli fabrik dan menghantar kepada kami untuk dijahit
3. Mendermakan wang ringgit untuk kami membeli fabrik dan menjahit sarung bantal.
Untuk maklumat lebih lanjut bolih lihat DiSINI juga.
p/s: Bantulah mereka untuk menceriakan kanak-kanak ini...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
niat baik utk membantu itu pasti ada ganjarannya . menggembirakan org juga sedekah ...
BalasPadamAlhamdulillah Bunda..usaha yang baik..In Shaa ALLAH kita join..
BalasPadamBunda tadi ada masuk dalam MHI pasal Ku Sarung Kasih Untukmu ni..
BalasPadamInsyaAllah kita sama2 membantu. Nanti saya akan godek2 link di atas
Usaha yang mulia...sama2 la kita membantu insan2 yang kurang bernasib baik...
BalasPadamSuatu usaha yang mulia.. Bagus ya program macam ni :-)
BalasPadamAlhamdulillah =) hrap dapat smbutan..1 usaha yg cukup mulia..
BalasPadamSemoga Allah s.w.t permudahkan urusan ini.. =)
BalasPadamsalam bunda..
BalasPadammoga segala urusan dipermudahkan..
aminn..
Assalam bunda..salam perkenalan dr saya~Lagenda mahsuri. Bleh call me mahsuri. :)
BalasPadamSemoga usaha ni mendapat sambutan dan dipermudahkan semua urusannya.
Bagusnya ada program mcmnie Bunda.. Tq sharing :)
BalasPadambagos sekali program ni
BalasPadampilihan tema pon menarik
moga dipermudahkan
:)
Banyak sekali ganjaran yg menanti buat mereka yg suka membuat kerja2 kebajikan sebegini...
BalasPadamSalam Bunda,,
BalasPadamalhamdulillah..
semoga ramai yg tampil membantu :)
salam bunda...
BalasPadammmg bgus progrm mcm ni kan bunda..
bagus program ini ...semoga mendapat sambutan yang memberangsangkan..
BalasPadamalhadulillah moga dipermudahkan ya..
BalasPadamsya x pandai menjahit mama... ;) moga progaram ini berjalan lancar yer...
BalasPadamSalam
BalasPadamSemoga mendapat perhatian dan berjalan dengan lancar.
Mewar-warkan ini pun dah ada ganjaran KN
BalasPadamKakak baru tahu tau...
Satu inisiatif yang sangat bagus dan menarik. Semoga ianya berjaya dengan jayanya...Insyaallah
BalasPadamHarapnya program ni berjalan lancar...
BalasPadamsy jauh nak join Bonda...:)
mudahan program ni bjln dgn jayanya
BalasPadammoga brjalan dgn jayanya.in sya Allah
BalasPadambersama-sama menyumbang setakat yang mampu.. semoga program ini berjalan lancar.. :D
BalasPadammenarik projek ni... :)
BalasPadambagus ni.. banyak manfaatnya nanti..
BalasPadamAlhamdulillah, moga sedikit amalan akan menerbitkan kecerian di wajah yang memerlukan
BalasPadammenarik program ni bonda
BalasPadam