Jumaat, 11 Oktober 2013

Pengumuman Tarikh Hari Raya Haji 2013 - 1434 Hijrah....



Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,

Pengumuman rasmi Hari Raya Haji (Aidiladha) jatuh pada hari Selasa 15hb Oktober 2013 bersamaan 10 Zulhijjah 1434 Hijrah.

Dalam pengumuman yang disiarkan oleh stesyen penyiaran, penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad juga memberitahu bahawa  1 Zulhijjah 1434 (awal Zulhijjah) jatuh pada Ahad 6 Oktober.

Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam.

Hari Raya Korban adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.


Menyembelih haiwan (ibadat korban) adalah satu ibadat semasa Hari Raya Aidiladha. Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada 13 Zulhijjah.

Solat sunat Aidiladha kebiasaannya dipercepatkan berbanding solat sunat Aidilfitri hikmahnya adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk kerja penyembelihan korban.

Selepas bersembahyang , upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing atau biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai kebiasaannya dilakukan dikawasan masjid. Kemudian dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Selamat menyambut Hari Raya Korban, semoga ibadat korban kita diberkati Allah...aamiin.

27 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Aidiladha kepada Teratak Bunda, selamat buat ibadah korban juga.

    BalasPadam
  2. Selamat menyambut Hari Raya Aiduladha... Semoga Bunda gembira di samping anak2 tersayang :)

    BalasPadam
  3. Salam eiduladha .. cuti panjang kami di sini

    BalasPadam
  4. salam jumaat dan salam eiduladha bonda..

    BalasPadam
  5. selamat menyambut aidiladha bunda...

    BalasPadam
  6. Salam Aidil Adha Bunda..
    Moga ibadah Qurban kita diterima olehNYA...

    BalasPadam
  7. selamat hari raya aidil adha bunda...

    BalasPadam
  8. selamat hari raya aidil adha :)

    BalasPadam
  9. assalam bunda.. selamat hari raya aidil adha :D

    BalasPadam
  10. salam aidiladha kak
    selamat bercuti

    BalasPadam
  11. Salam Eidul Adha buat bonda, keluarga dan semua umat Islam....

    BalasPadam
  12. yay yay esok raya, eh 15hb raya :D Selamat Hari Raya Qurban Bunda.

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Raya Bunda...maafkan anakanda kalau ada salah silap yer. Bunda mmg yg terbaik.

    BalasPadam
  14. Assalam bunda...

    Selamat menyambut aidiladha utk bunda seisi keluarga....

    BalasPadam
  15. salam bunda
    maaf lama x berjunjung ke sini
    tuntutan kerjaya
    bunda selamat hari raya aidiladha buat bunda sekeluarga
    maaf sekiranya ada momoy terkasar bahasa sama ada sedar atau tidak sedar

    BalasPadam
  16. selamat hari raya aidiladha bunda... :-)

    BalasPadam
  17. salam aidiladha, tq 4 info nya , ehehehe ~

    salam singgah kat sini , jemput ke blog :D

    BalasPadam