Ahad, 16 Februari 2014

Akhlak Mulia Bermula Dari Rumah...

gambar hiasan


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Apa kabar semua, mungkin dihujung minggu begini, kalian sedang lepak-lepak sambil menonton tv dan melayan anak-anak mengulang kaji dirumah atau sedang keluar bawa anak-anak makan dan beriadah. Mungkin juga sedang bersama-sama keluarga bergotong royong membersih, mengemas, mencuci dan mendobi dirumah sahaja?

Bagus juga sekali sekali buat aktiviti begini sekeluarga. Apa lagi dimusim-musim panas ni elok juga turunkan langsir dan buka sarung kusyen , dicuci dan gantikan yang lain. Panas-panas macam ni cepat jer kering nya. Suami pula selesai mencuci kereta tu bolihlah tolong buang sampah atau merumput atau menebas dan menyapu kawasan rumah yang dah semak tu, atau pun bolih menolong ampai kain baju atau cuci tandas.

Seperti yang pernah bunda upkan entri yang  INI  dan yang  INI


Apa yang bunda nak kongsikan kali ini ialah berkenaan pendidikan anak-anak.  Ramai orang berkata buruk baik perangai atau akhlak anak-anak kita di bayangi olih ibu bapanya sendiri. Tetapi sejauh mana kebenarannya mari kita kupas dan bincang bersama-sama.

Pada suatu petang sedang bunda menyapu dan menyiram pokok bunga depan rumah bunda , lalu lah dua orang jiran bunda ni. Mereka baru saja balik dari kedai, singgah menegur sapa bunda. Bunda pun berhenti kerja sambil bersalaman dan menyahut salam mereka.


gambar hiasan
Dalam perbualan singkat kami petang itu terkeluarlah bab pengurusan rumah tangga dan anak-anak.  Salah seorang dari mereka Yatie meluahkan rasa kekecewaannya dengan feel anak-anak dan suaminya yang kurang nak membantu dalam hal rumah tangga. Hari-hari dia berhempas pulas buat kerja rumah , dari celik matahari sampai terbenam matahari.

Anak enam orang, empat orang remaja dan dua orang masih kecil.  Masing-masing tak reti nak menolong.  Hari-hari biasa sibuk pagi petang kesekolah, malam pula tuisyen.

"Hari-hari minggu begini bukannya nak menolong ...ada aja alasan diorang, yang lelakinya nak main bolalah, jogginglah...yang perempuan pula kalau tak keluar,  asyik memerap dalam bilik mengadap hand fon dan laptop aja."

Kawan bunda yang sorang lagi Zai bertanya..."awak tak suruh ke? tegaslah sikit, anak-anak awak tu bukannya kecil lagi, dah remaja kan...dah bolih sangat membantu mengemas rumah ke memasak ke."

Saya dah cakap banyak kali dah , kadang tu membebel jugak, penat sangat...baby pulak tengah lasak baru nak belajar berjalan, terkejar-kejar dengan yang sorang lagi tu Tadika"..

"Kalau terlebih cakap dan membebel , saya pulak dilawannya...anak-anak tak hormat saya...mereka selalu melawan cakap saya...sedih sangat rasanya"

"Bapaknya pulak Kak Nora (tuju kepada bunda) bukan nak membantu...malah dimarahinya saya balik kalau berleterkan budak-budak tu, dia sendiri pun main campak-campak je kain baju....jarang lekat kat rumah..stress saya kak"...

"Ni pun saya keluar kejap ni sebab merajuk, sekali-sekali saya pun nak jugak tunjuk perasaan... terjumpa pulak Zai ni kat kedai tadi.... Kadang-kadang saya rasa macam nak lari jer kak...anak-anak macam ni...suami macam ni, seolah-olah diorang hambakan saya..." bergenang air matanya dan sebak bunyi suaranya.


gambar hiasan

"Kalau Zai pula Kak Nora, memang tegas dengan anak-anak ni...bukannya tegas atau garang macam mana...cuma nak mendidik." celah  Zai pula.  Zai ni anak lima orang.  Berniaga kuih muih lagi ikut tempahan hujung minggu. Anak -anak remajanya tiga orang dan dua orang  anak kecil berusia enam dan tiga tahun.

 Zai ni lain pulak...anak-anak nya dengar cakap dan mahu membantu, baik lelaki atau pun perempuan. Sorang mengemas, sorang membantu dia memasak dan sorang cuci dan ampai baju.  Suaminya juga ringan tulang...kalau tak membantu didapur dia tolong mengasuh anak-anak kecil.

Selalu jugak bunda nampak mereka keluar sekeluarga hujung minggu pergi makan dan beriadah bersama. Berbeza dengan Yatie. Kesian Yatie...anak-anaknya jadi begitu sebab suami nya tak bekerjasama mendidik. Suka sangat membela anak-anak dan menengking isteri depan anak-anak.

p/s: Kalau anak-anak jadi kurang ajar, siapa nak dipersalahkan...

57 ulasan:

  1. kadang-kadang mereka ni advance dari kita, di sekolah jumpa kawan dah macam-macam perangai, bawak balik rumah... adoi... pening bunda...

    BalasPadam
  2. Betul tu Bunda....suami kena main peranan. Klu x mmg susah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Arwah suami bunda dulu jenis yg tak pandai nk kemas rumah...keliling rumah pun bunda yg buat...tetapi bab melayan keperluan anak2...makan pakai dan persekolahan dia tak abaikan...kekedai beli lauk..barang2 dapur dialah yg menguruskan...bolih dikatakan bunda tk abil tahu hal tu semua...tahu2 petiais tak pernah kurang stok makanan..
      Baju dia sendiri dia cuci dan gosok...kadang2 buat sarapan sendiri...
      Tugas bunda membasuh...kemas rumah..layan masak makan keluarga dan bersih keliling rumah...
      Hujung minggu walaupun tak selalu..ada jugak masa kami keluar makan dan santai bersama keluarga....buat masa ni bunda tak terfikir nk cari ganti...takut tak sama macam arwah dulu...

      Padam
    2. salam selamat pagi isnin bunda,

      oh bunda single parent ek? al fatihah utk arwah suami bunda.

      cerita bunda ttg arwah suami buat sy ingat dgn bapa saya. Ibu dan bapa saya masing-masing bekerja. So dalam urusan rumah tangga, mereka tolak ansur dan bagi-bagi tugas siapa yang patut buat itu, siapa yg patut buat ini.

      Di rumah, bapa mmg tak pernah hirau ttg hal nak kemas rumah tapi satu perkara yang dia selalu buat, siapkan anak-anak dia yg buat dia yg jaga. Saya ingat lagi setiap pagi nak ke sekolah rendah, dia la yg siapkan, dia la yg tocangkan rambut dan hantar sampai pagar sekolah. Mak saya akan uruskan hal berkaitan dirumah sebelum masing-masing bertugas pula di tempat kerja.

      Bapa saya seorg anggota beruniform, so satu sy respect kat dia, mak sy tolong cuci je baju dia, tapi dari start nak masuk lencana butang bagai hinggalah gosok baju, semua dia yg buat. Itulah bapa saya yg kadang-kadang dia juga memasak, basuh kasot sekolah saya, jahit baju saya itu ini. Tapi hopkoslah, manusia tak sempurna kan, pasti ada celanya, as a men, dia ada ego sometimes, and my mom as a mother still have to know what is her responsible to the family.

      Tapi bagi saya, perkahwinan itu bermaksud perkongsian. Kita bukan hanya kongsi tempat tidur aja, malah tugasan di rumah, tang jaga anak, semua tu juga perlu di kongsi bersama.

      Saya baaaannyaaak belajar dari kesilapan diri dan kesilapan org lain dan terutamnya bagaimana org tua sy membentuk family kami.

      Makin tua makin byk benda sy lihat dan saya belajar.

      Untuk bentuk keluarga, mmg back to basic lah, ISLAM.
      Selain itu, input kepada anak-anak. Zaman canggih skang ni, sume anak-anak dok ngadap gadget, lupe ttg dunia realiti sosial, tu yg tak reti nak bergaul beraktiviti dan bersosial di luar rumah.

      Anak-anak sekarang terlalu dimanjakan dengan kecanggihan.
      Langsung semua jadi malas dan harus dibantu.

      Family saya sendiri? Alhamdulillah, masih dibentuk cuba jd yg baik bg pandangan kami dan pandangan tuhan.

      Tak pernah mintak lebih, asal cukup makan pakai, tahu tanggungjawab masing-masing, itu adalah nikmat yg saya perlu syukur.

      :)

      Padam
  3. Touching bunda, nak kongsi pengalaman. Konah rasa mak konah mengalami nasib yg sama mcm kak yatie , ayah meletakkan penjagaan kpd mak 100 peratus.last solution sebelum melarat konah dua jenis pendidikan berbeza Pondok semasa kecil dan menengah terus dimasukkan di asrama.nasib baik adk x ramai.jadi konah dah besar konah berganding bahu dgn mak. Pokok pangkal didikan awal tu sangat penting dari kedua-dua ibu bapa sendiri bukan satu pihak.

    BalasPadam
  4. Memang susah kalau semua nak harapkan isteri.penat sangat2.suami pulak mcmmtu lagi lah sedih dah x membantu marah pula.zaman sekarang didikmanak mmg mencabar.

    BalasPadam
  5. kesian yatie tu bunda.. sampai merajuk dibuatnye dek kerana perangai anak2 dan suami..

    BalasPadam
  6. ada byk sbb ank2 jadi kurang ajar...salah didikan salah satu sebab...keliling pun pengaruh juga...

    BalasPadam
  7. anak skrg kadang2 kurang ajar dengan parent sendiri. sabar jela.. kena tegas masa kecik2!

    BalasPadam
  8. Anak-anak akan mengikut perangai salah seorang ibu bapanya. Jika mereka nampak bapa sering membuli ibu, mereka akan meniru sama terutamanya yang lelaki. Juga yang sebaliknya. Dulu saya pernah berjumpa dan beri kaunseling pada seorang bapa yang mengalami nasib seperti Yatie. Isteriya pula yang malas, selalu menengking depan anak-anak dan kurang ajar terhadapnya, lalu diikuti oleh anak-anak yang dah besar remaja.

    BalasPadam
  9. Tugas mendidik tanggungjawab ibu dan bapa... anak2 cermin ibu bapa... kadang2 saya sendiri boleh nampak cara anak2 saya bercakap atau bertindak... ada jugak macam saya atau suami... sentiasa kena perbaiki cara kita sendiri supaya anak2 dapat ikut contoh dan teladan yang baik daripada kita.

    BalasPadam
  10. kesian dgn yatie tu….emmmph mmg sebuah keluarga tu tunjangnya husb. kalau kata malas nak tlg bini pun atleast jgn la biar anak2 pun malas mcm dia. semoga ALLAH bagi kesabaran & ganjaran pahala buat Yatie tu

    BalasPadam
  11. Assalammualaikum...bunda,

    kesian pulak bila ada orang mengadu masalah keluarga kat kita.. cuma nasihat aje.. dan bersabar pape suami dan isteri biar sama2..

    mselim3

    BalasPadam
  12. salam hujung minggu KN..mendidik biar tegas tp lembut..jadikan anak2 sebagai kawan karib..perlu juga biar mereka meluahkan perasaan dan kita menjadi pendengar setia juga penasihat dengan memberi contoh2 yang baik dan buruk yang mereka lihat dan mereka dengar.. in shaa Allah =)

    BalasPadam
  13. kesian pulak dengar kisah kak yatie... adik2 lelaki saya, dulunya macam tu la perangai. kami anak perempuan masa tu, semuanya jauh dari keluarga faktor kerja dan belajar. akhirnya, dimasukkan ke asrama dan Alhamdulillah, bila dah masuk asrama, dorang menjadi bertanggungjawab.

    BalasPadam
  14. Tersentuh membaca entri ni.. mmg betul bunda.. dlm keluarga mmg perlu ada sifat kepimpinan melalui teladan & ia perlu bermula dgn suami sbg pemimpin keluarga. Keluhan anak2 juga perlu didengar agar mereka tidak mudah terikut contoh & teladan yg tak baik dari rakan sebaya atau sebagainya nanti.. t kasih diatas perkongsian..

    BalasPadam
  15. Saya pernah tulis mengenai isu suami cuma relax2 kat rumah, isteri yg buat semua kerja. Masa saya tulis, saya ingat perkara seperti ini cuma berlaku di zaman dulu kala, zaman ibu bapa dan datuk nenek kita dulu. Macam tak percaya pula rupanya di zaman ini masih ada suami spesis seperti ini? Saya bandingkan diri saya dan rakan2 yg saya kenali yg semuanya memang suka membantu isteri (atau lebih tepat isteri yang membantu suami dalam membereskan kerja rumah kerana kebanyakan kerja rumah suami yang buat...).

    BalasPadam
  16. ibubapa perlu saling mendidik anak2...aihambakan dibebankan di bahu ibu semata...kesian nasib ibu yg terasa dihambakan anak2nya sendiri.

    BalasPadam
  17. dalam mendidik anak..kedua-dua suami dan isteri perlu saling bekerjasama kan bunda :)

    BalasPadam
  18. asssalamualaikum bunda... stuju sangat... sebaiknya waktu2 hujung minggu kalau free... suami cubalah sebaik mungkin ringankan kerja2 rumah isteri... walaupun sikit~

    BalasPadam
  19. macam IM juga. masak...IM. Basuh baju..IM. Cuci bilik...IM. sampaikan cuci bilik kecik tu pun... IM juga. dah jadi sura rumahtanggalah pulak...

    anak-anak asyik berlengkar dalam rumah. tapi kerana kawan, sanggup tolong apa saja.

    BalasPadam
  20. banyak pengajarannya yang boleh di amik..
    contoh...suami isteri harus berkerjasama...harus hormat menghormati..harus bantu membantu..kalau bapa nya tak amik peduli hal rumah tangga..tak nak tolong isteri..macam tu jugak lah anak-anak..jadi ikutan.
    dan yang tengking isteri depan anak-anak tu memang tak elok lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak2 kecil yang sedang membesar ni... setengahnya tu benda yg elok2 lambat sangat dorang nak ikut...
      cubalah benda yg negatif sekejap jer dapat..xperlu diajar pun..
      sebab tu kita sebagai orang tua harus berhati2 dalam berkata2 atau perbuatan...

      Padam
  21. sedih pula bila baca kisah yatie tu bunda... :(
    Saya tak berani nak komen banyak... Apa yang saya boleh ambil iktibar dari kisah yatie ni adalah mengajar anak2 tentang basic kebersihan dan sifat tolong menolong... saya yakin jika kita didik dari kecil... mudah2an anak2 akan lebih ringan tulang. dari kecil kalau anak nak buat apa yang kita buat, contohnya bila dia tengok kita vacuum dan nak tolong, maka berilah kesempatan menolong tu... mudah2an dr situ anak2 akan ringan tulang... plan jadual harian kerja2 rumah mungkin dapat membantu yatie untuk kurangkan stress... dengan encik hubby tu pulak... saya rasa yatie kena buat heart to heart discussion... moga yatie sentiasa sabar dan tabah membesarkan anak2... amin...

    BalasPadam
  22. As salam bunda,
    Umi Qi setuju dengan bunda...didikan pertama bermula dari kita sendiri, baru diaplikasikan kepada suami isteri mahupun anak2....didikan bersifat menyuruh itu rasanya kurang relevan sbb anak2 atau kita sndiri pasti kurang suka bila disuruh kan bunda...kena pelbagaikan teknik kerjasama utk sama2 mendidik kemas umah dan sebagainya...umi QI bersyukur punya walid Qi yg mmg ringan tulang...so dari situ kami boleh tonjolkan pada QI budaya mengemas umah dari kecil lagi...sebab tu QI suka pegang penyapu dan penyodok...alhamdulilahhhh :D

    BalasPadam
  23. as salam bunda saya setuju dengan statement diatas apa2 pun semua bermula dari rumah... cuma kadang kita kita selalu leka melihat salah orang dan menilai orang.. dan kadang kala tanpa sedar kita juga sering percaya tanpa bertanya...

    BalasPadam
  24. salam perkenalan bunda . :) anak2 sebenar nya dari kecil2 lagi kena ajar menolong . baru lah sikap tu boleh di terap kan dalam diri mereka.

    BalasPadam
  25. Salam. Sedihnya kisah yatie tu. saya rasa ramai kat luar sana mengalami yang sama. Kadang2, dah tak tahu nak buat apa. Terpaksa keraskan hati anggap ujian dan redha. Susah. Tapi ..itulah namanya ujian.

    BalasPadam
  26. sepatutnya suaminya kena ajar anak-anak untuk menghormati dia.. kasihan pula jiran bunda tu.. anak-anak kalau dah sampai tahap tak boleh tegur susah nak ajar tu..

    BalasPadam
  27. Susah nak komen benda2 macam ni. Kdg2 asuhan dari kecil tu yg penting & suami kena mainkan peranan sebaik2nya. Apapun kalau dah berlaku mcm ni kita hanya boleh berdoa agar hati anak2 dan suami lembut dan ringan tulang utk membantu !

    BalasPadam
  28. errmmm....awok setuju dgn BUNDA...awok kaum suami ni pun kekadang terlupa..... sampai rumah dok lepak dulu...... Mem awok udah ke dapo...... betoi le....suami pun kena main peranan kat rumah.... kalo nak harapkan wife soghang je... mmg tak terkejo dia..... tambah pulak yg sama2 berkoje..... mmg tak patut....

    BalasPadam
  29. Bahagian masing² kan bunda. Simpati dengan nasib kawan bunda tu.

    BalasPadam
  30. bila suami tak memberi kerjasama. even dia tka sepak terajang kita, tapi sakitnya sama mcm kena sepak terajang la jugak kan..

    Nak komen panjang pun tak pandai. Bak kata Fiza Rahman. habuan masing masing.

    BalasPadam
  31. erm..mcm mana nak komen..hrap dpt blasan yg stimpalnya..

    BalasPadam
  32. Susah jugakkan bila jadi macam ni Bunda..Parents kena tau responsbility lah..kalau tak susah..apa-apa pun doakan yang terbaik untuk mereka BUNDA

    BalasPadam
  33. Kasihan juga bila dah jadi macam ini. Semoga ada peribahan untuk suami kawan bunda tu. rasanya ibu bapa memang memanikan peranan dalam mendidik anak-anak. 2-2 kena tegur dan nasihatakan anak-anak. Semoga ada kebaikan selepas ini untuk mereka sekeluarga.

    BalasPadam
  34. Suami saya ada bab yang beliau rajin membantu, ada juga yang tak mahu ditolongnya. Setakat ni saya memang tak kisah penat buat kerja rumah walaupun kadang-kala mulut ni boleh tahan juga membebel. Anak-anak pulak tengah membesar...yang kecil baru 2 tahun. Nasib baiklah dua orang aje. Kalau ramai macam anak-anak mak saya, memang terkangkang kiaplah saya seorang diri di rumah. Tapi mungkin betul tak Bunda, anak-anak lelaki ni suka ikut perangai bapa mereka. Macam anak-anak saya, apa yang Daddy mereka biasa buat, mereka ikut. Kalau Daddy dah biasa Mommy sediakan towel bila nak mandi, anak-anak pun sama aje kekdahnya. Tak reti nak ambil towel sendiri. Terjerit-jerit minta tolong Mommy. Ada juga yang anak pandai buat sendiri, tak payah disuruh. Tapi saya tak kisah sangat sebab yang tua tu baru 8 tahun. Itupun saya dah mula buat kerahan tenaga, buat mana yang patut. Nanti kalau dah terbiasa lemak berlebihan jadi malas, pengsan saya bekerja siang malam seorang diri buat semuanya :)

    BalasPadam
  35. assalam.
    bagi saya kena ada sifat toleransi antara suami dan isteri. kalau x da susah la nk bekerjasama dalam mmbntuk dan mndidik anakanak. kesian pada yatie tu. smga segalanya dipermudahkan buat beliau sekeluarga.aamiin

    BalasPadam
  36. fuh.. hara keluarga yg bakal saya bina nnti sejahtera..

    BalasPadam
  37. Untuk Yatie..kalau merajuk buat betul2 supaya anak dan suami sedar silap mereka dan pujuk balik..terangkan yang Yatie dah tahan jadi 'hamba'..kalau lembut hati sangat diri sendir jadi mangsa..dah sampai masanya kesian pada diri sendiri..

    BalasPadam
  38. salam bunda..
    huhu..ada 2 situasi yg berbeza.. cma sendiri pernah merasa pengalaman mcm yatie tu..tapi lama2 dah okey..alhamdulillah..suami turut sama mmbantu dlm mnguruskan hal anak2..

    thanks sharing bunda

    BalasPadam
  39. bukan senang nak didik anak zaman sekarang.. melentur buluh biar dr rebungnya... wlpun Fiza tak ada anak lagi, Fiza tak memandang remeh perkara mcm nie.. jgn teralu keras dan jgn terlalu lembut dengan anak...

    BalasPadam
  40. kesiannya...zaman sekarang anak2 mmg advance..dh pandai itu ini..nak salahkan parent ssh jugak..

    BalasPadam
  41. kalau saya pulak, bila ada perjumpaan waris, dapatlah kita boleh agak macamana didikan diberi kepada anaknya di rumah.

    BalasPadam
  42. Kesian...Sisuami sepatutnya membantu supaya anak2 tengok, jangan asyik marah aje nanti itu yang membuatkan anak2 tak hormat pada ibu.

    BalasPadam
  43. salam bunda.. emmm, sye faham benar perasaan kak Yatie tu.. ni semua juga dari didikan.. org tua sye dulu dah latih ajar kemas2 rumah..basuh pinggan sejak kecil.. jd dah tbiasa sampai skrg.. melentur buluh biar dari rebungnya.. kalau dah remaja baru nak di ajar kemas rumah memang payah nak dgr cakap.. suami dia pun spatutnya kena tolong jgk..alahai..

    BalasPadam
  44. simpati, pasti ada ganjaran yang besar buat yatie
    harap dia terus sabar dan banyakkan berdoa..

    BalasPadam
  45. setuju tu bunda..
    lya mmg sjk dr zamans sekolah lg mmg dh diajar mjaga & mgemas rumah ni..rutin mingguan, tukar cadar katil, basuh baju, jemur... alhamdulillah, smpai skarang kekal & mmg x suka klo rmh dlm keadaan selerak ke apa..
    syukur alhamdulillah, bila kahwin pon dpt suami y amat2 ringan tangan.. mmg kalo bab menyapu tu serah kat Fain & dia jugak sgt minat bab deko2 rumah.. mmg kalo rmh bhabuk sikit dia akn sapu/vakum..

    hari ni kat sini hujung minggu, baru je settle mbasuh, tukar cadar ..jap g nak memasak lak..

    setiap hujung minggu mmg wajib keluar beriadah or sekadar lepak2 tepi pntai ke atau bwk asya ke taman mainan

    BalasPadam
  46. kdg2 lelaki ni dari kecil lagi diasuh begitu oleh ibu/keluarga...kerja rumah tugas perempuan, tugas isteri..bila dah kahwin, pemikiran dah set mcm tu, takde nak tolong2 isteri, takde perasaan belas kasihan...kena re-set minda ni..

    BalasPadam
  47. mmm sedih membacanya...nasib masing-masing kan...kalau sorang nak urus semua...memang letih...perlakuan ibu bapa jadi contoh pada anak-anak...kalau bapa sendiri boleh tengking isteri depan anak2...tak mustahil anak2 boleh tengking ibu mereka....

    BalasPadam
  48. ibu bapa adalah cermin anak anak dn juga guru pertama sebelum mereka kesekolah.
    Apa yg nmpak dpan mata sedikit sebanyak mempengaruhi..

    BalasPadam
  49. Kalau cakap pasal anak ni mmg sampai sudah tak habis habis.....Entahlah KN....tak taulah mcm mana bebudak ni....
    Sama jer ngan bebudak kat rumah ni....

    BalasPadam
  50. Dulu mak selalu pesan pd anak2..kalau berumahtangga jgn biarkan satu kapal ada dua nakhoda..sy tk fhm maksudnya..mungkin ada kaitan dgn suami yg membeli anak2 dn memarahi isteri don ank2...ini meyebbkan hilang rs hormat ank pd ibu...

    BalasPadam
  51. betul bunda..lagpun dari kecil sememangnya masa tu lbh bnyk bhabis di rumah
    kalau dari kecil didedahkan dgn sikap yg kurang baik, dah dewasa ssh la nti..perlu msa yg pnjng utk mgubhnya..

    BalasPadam
  52. nih lah salah satu cara pendidikan yang salah. patutnya kedua dua belah pihak bertanggungjawab antar satu sama lain,

    BalasPadam
  53. Kesiannye kwn bunda tuh..ermmm sy sndri pun agk tegas n grg dgn ank2..alhamdulillah suami sy pun ringan tulg...mse sekarang agak mencabar dlm mendidik anak anak..

    BalasPadam
  54. Dunia dah maju, zaman dah berubah. Lain dah cara utk didik anak2. Tp kalau pasangan tak support tu pun susah jugak. Hm. Kesian Yatie. Semoga dia tabah. Huhu.

    BalasPadam