Sabtu, 1 Februari 2014

Santai Hujung Minggu...



Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Apa kabar kalian semua, tentu kalian masih dalam mood bercuti CNY lagi kan. Mungkin ada yang sedang bersantai dengan keluarga dikampung. Bunda tak balik kampung cuti CNY ni,  sebab baru dua minggu lepas bunda balik.


Ini cerita minggu lepas...bunda dengan anak-anak dah lama tak bawa zarif pergi jalan-jalan kat taman mainan Lake Valley kat Cheras.  Zarif memang suka sangat kesana , banyak permainan dan ramai kanak-kanak sebayanya.


Tambahan dihujung minggu atau dihari cuti umum Taman Tasik Lake Valley itu memang ramai pengunjung. Selain mereka membawa anak-anak bermain, ramai juga yang datang hanya untuk beriadah disekeliling tasik itu.



Kalau kesana bunda dan anak-anak pun bolehlah ikut berjogging (berjalan pantas jer) sama sambil menghirup udara segar dan menikmati pemandangan yang indah sekitar tasik disitu.



Setelah penat dan zarif pun dah berpeluh-peluh kami pun duduk dibawah chalet ...minum-minum dan makan-makan ringan.



Lepas tu zarif tak puas lagi , di ajak balik tak mau lagi...sibuk dia nak tengok 'fish'..."tak nak , tak nak balik nak tengok fish, nak bagi makan fish"!...kami pun turun pergi ke tepi tasik...




Dalam tasik tu ada banyak ikan... bila pengunjung mencampakkan makanan , melompat-lompat ikan-ikan tu berebut makanan...memang besar-besar ikan-ikan dalam tasik tu...seronok zarif...dia pun sama melompat menjerit-jerit..



Bila dah hampir maghrib pengunjung pun ramai yang beransur balik...begitu juga kami...Tetapi masaalah besarnya...budak sorang ni tak nak balik lagi...Puas juga dipujuk...masuk dalam kereta masih sentap... upah vitagen lagi..perangai macam ni yang tak tahan, sabo jerlah..



Bila dah sampai di rumah bukannya dia nak terus balik rumah mommy dia...nasib baik rumah mommy selang sebuah rumah jer...

Lepas mandi , makan, minum, main game dulu.. lepas maghrib baru anak bunda hantar dia balik...macam tu lah perangai si zarif ni... lasak, periang tapi cepat sentap..


p/s:  Apa pun zarif , kami tetap terhibur dek keletahnya yang cerdik cerdas tu...terisi juga masa luang bunda dan anak-anak...

...sayaaang zarif...







59 ulasan:

  1. Assalamualaikum Bunda

    Singgah sini buat saya rindu pada Taiping. Setahun sekali ajer kami akan singgah. Itu pun time raya puasa sebab abang ipar balik Parit Tok Ngah/ Bagan Serai/Parit Buntar. Adik ipar saya pun duk Taiping. Ramai keluarga yg dah terputus hubungan mungkin masih ada di Taiping...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam..macam familar pulak nama tmpt kampung yg disebutkan tu..

      Padam
  2. zarif xbagi ikan tu makan kea? mesti lagi excited kalau zarif bg ikan makan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada jugak tapi jauh2 jer...bunda tak berani nak biar dekat sangat tepi tasik tu...bahaya ...takut terjatuh pulak...tambahan budak lasak camtu...anak orang pulak tu..

      Padam
  3. tasik ni kat taiping ke bunda?
    comelnya zariff :)

    BalasPadam
  4. sy dulu pun suka juga ke tasik tu pagi n petang..jalan2 n lari2 sikit.best kat situ

    BalasPadam
  5. salam ...pernah sekali ke taman tasek taiping dgn rombongan sekolah tahun 70 dulu...lama tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni bukan taman tasik kat Taiping ...tapi kat Cheras sayang.. Taman Lake Valley..

      Padam
  6. Tasik Mengkuang dah ditutup dari kunjungan orang ramai. Tak tahu nak pi mana untuk riadah...

    BalasPadam
  7. lama nur tak beriadah mcm ni...

    BalasPadam
  8. salam bundaa...
    wah bestnya dapat luang masa bersama kan..
    jom --> http://annamariana1989.blogspot.com/2014/02/kini-aku-kembali-ke-dunia-blogger.html

    BalasPadam
  9. Salam Bunda....seronoknya... hehee
    ^______________________^

    BalasPadam
  10. Assalamualaikum Bunda,, mesti zarif happy sebab ada fish kat taman tasik yang cantik.

    BalasPadam
  11. Salam bunda..
    wahhh ramai nya orang datang tasik tuu....waktu2 cuti kan.masing-masing meluangkan masa bersama famly tercinta..seronok lah..

    BalasPadam
  12. Saya selalu joging keliling padang golf di Taman Rimba, Alor Setar. Kalau di Alor Setar ada tempat riadah di sekeliling tasik seperti di tempat2 lain tentu lebih nyaman berjoging...

    BalasPadam
  13. assalam bunda. sy pernah lalu je kt tasik tu..tapi x pernah singgah pun..heheh

    BalasPadam
  14. zarif ada rambut hafiz ... mengancam gituh ... perangai bebudak ni lbh krg jer . org dewasa kena byk sabar ...

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum..Bunda
    Terima kasih kerana mengunjungi blog Puteraohtrabulan kelmarin.
    Salam perkenalan dam salam ukhwah.
    Zariff cucu bonda ye? :-)

    BalasPadam
  16. Santai2 yg menyihatkan badan & menyegarkan minda.. slmt berhujung minggu bunda.. :)

    BalasPadam
  17. salam weekand bunda..
    sy pon tak balik kamung..just melepak ngan anak2 kat rumah je..:)
    baguskan pi tasik macam ni , sambil beriadah ..dengan menhirup udara yg segar boleh menenang kan minda..pasti adik zarif sonok tengok ikan2 tu..

    BalasPadam
  18. selamat bercuti hujung minggu bunda...hari ni jenjalan ke mana dgn zarif yg comel tu..

    BalasPadam
  19. bestnya bonda petang2 pergi taman
    badan sihat otak pun segar

    BalasPadam
  20. selamat berhujung minggu bunda ^_^

    BalasPadam
  21. saya cuti sekolah seminggu pun x balik jugak..huhu

    BalasPadam
  22. time cuti nie la nak luangkan masa dengan anak2 tersayang.. rambut zarif dah macam hafiz.. comel..

    BalasPadam
  23. Bestnya dpt beriadah kat tepi tasik gitu.ramainjuga org ye..anak2 sy pun suka bg ikan makan juga.
    Comel zharif!

    BalasPadam
  24. tenang je rasa kan bunda.. mama tak sihat ni bunda, nak bawa anak berjalan pun tiada masa yang sesuai..

    BalasPadam
  25. Bunda, awat muka dia macam tu? Macam muka merajuk aje?

    BalasPadam
  26. seronok kan habiskan masa hujung minggu dgn family..hehe

    BalasPadam
  27. Ramai juga orang kat taman tu ye! Saya pula, cuti CNY tadi balik kampung MIL di Tg Karang...dapatlah relaks2.

    BalasPadam
  28. Salam Bunda.. seronok lah Zariff jenjalan... hehe... :)

    BalasPadam
  29. wahhhhh seronokkkkknya berjalan2 hujung minggu

    BalasPadam
  30. seronok tgk ikan2 berenang kan bunda

    BalasPadam
  31. RAMAI YG MENGAMBIL KESEMPATAN BERIADAH SEMPENA CUTI CNY

    BalasPadam
  32. masa cuti cny ni anak2 ajak gi taman tema di Kota Bharu tp sy x nak bawa mrka ke sana sbb jalan jammed giler sbb ramai org balik bercuti. nampaknya duduk di dlm umah je la...tunggu jln clear ckit baru kami jln2 ke pantai..

    BalasPadam
  33. seronok nya duduk kat tasik..niesa xsempat nk singgah tasik ni dulu..sempat lalu je..

    BalasPadam
  34. wahhhbestnya...budak2 memang suka aktiviti riadah mcm nie...

    BalasPadam
  35. bagus sesekali bagi budak berinteraksi dengan alam hijau..takdela asek dok umah layan games je kan bunda..

    BalasPadam
  36. tak pernah sampai.... destinasi yang mungkin akan di lawati. Ziarah kembali.

    BalasPadam
  37. jalan2 ye bonda..sesekali merehatkan minda..sambil melayan anak2 cucu2 cicit2 kecil..seronok..

    BalasPadam
  38. Salam bunda. Bagus bawak budak2 keluar jalan2 ke taman/tasik mcm tu Kids nowadays don't get enough fresh air. Seronok kan tengo budak2 excited.

    BalasPadam
  39. Assalam Bunda, sesekali dapat beriadah bersama family pun best kan :)

    BalasPadam
  40. zarif seronoklah sebab ramai yg melayan di bunda..
    sampai tak mau balik rumah, hee

    BalasPadam
  41. salam bunda..
    hihi..seronoknya zarif jalan2 pegi taman samapai tak nak balik yer...
    byknye ikan kat tasik tu bunda..tak deorg yg memancing ker?
    ada 1 tasik buatan kat taman jaya pj ni ade je org memancing,,

    sayangggg zarif jgk :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak nampak pun org memancing...tak boleh kot..tak pasti bunda....tapi yg beri makan ramai, gemuk2 ikan2nya...ada pak guarde jaga...
      walaupun dekat, tapi bunda jarang juga pegi...kalu anak2 balik n bawa zarif baru pegi...makin cantik kawasan tu...sebab perumahan kelilingnya dah bercambah dengan restoren2 dan ada Masjid baru kat situ...

      Padam
  42. Salam Bunda,

    Saya ni lagi teruk. Taman Tasik Lake Valley kat Cheras bahagian mana ni, Bunda? Macam saya tak pernah sampai pun ke sini :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dekat Bdr Tun Hussein Onn....tmn perumahan Lake Valley...

      Padam
  43. Seronok dapat bersantai² begini dengan keluarga kan bunda. Saya pun slalu bawa anak² beriadah mcm ni ujung minggu...berjogging sama²

    BalasPadam
  44. Suka tengok rambut zarif yg kenteng tu ☺☺

    BalasPadam
  45. salam bunda.. rajinnya bawa cucu amik angin.. tak prnh lg ke area bndr tn hssin on :)

    BalasPadam
  46. kalau dapat jogging kat sini seronoklerkan...
    amboi Zarif seronok dia kat situkan... boleh lari2...

    BalasPadam
  47. Ada budak yg hiperaktif memang meletihkan...ada masanya rimas nak bawa jalan2.takut tak terkawal lg2 anak org di bawah jagaan kita kalu berlaku sesuatu nauzubillah mmg pening nak.menjawabnya. Tentunya zarif begitu rapat dgn family bunda..bercuti pun mommy dia izinkan bersama bunda siap taknak balik rumah tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. zarif mmg rapat dgn keluarga bunda...sejak umo 6 bln bunda dah jaga dia...dia anak bungsu..mak ayahnya kerja...bunda yg mengasuh dia..
      anak2 bunda dah besar2...dorang takder adik kcil...sbb tulah zarif disayangi dan manja...
      rumah kalau ada budak kecil ni berseri dan meriah...

      Padam
  48. Sekali imbas gambar tu mcm kat taman tasik darulaman la pulak

    BalasPadam
  49. ramai juga orang kat taman tu..yela..namanye pon tgh cuti kan..
    suka ye bunda...bwk ank kcil kua jnjalan.. ^,^

    BalasPadam
  50. mesti zarif manja dengan bunda.. budak-budak memang begitu, semuanya membuatkan dia teruja nak tengok dan buat..

    BalasPadam