Sabtu, 15 Mac 2014

Jerebu Dan Puncanya.......


dari google

Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Dalam kita memperkatakan kes cartuan air dikebanyakkan kawasan yang terlibat di Selangor dan juga kes penyakit denggi,  kini masaalah jerebu pula sudah semakin serius sejak beberapa hari kebelakangan ini.

Sebelum ini Kementerian Kesihatan telah mengingati orang ramai agar mengambil langkah awal memakai topeng muka ketika kawasan mereka di landa jerebu.

Menurut Utusan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)  sebelum ini adalah tidak merbahaya  berikutan kejadian kebakaran hutan di beberapa kawasan seluruh negara yang boleh menyumbang kepada kemerosotan kualiti udara dan jerebu.

Orang ramai di minta menjaga kesihatan dan jangan terlalu lama terdedah dalam cuaca panas semasa aktiviti luar dan banyakkan minum air masak.


Apakah itu Jerebu?

Jerebu  adalah satu fenomena yang di sebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh di lihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia.

Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran  cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca-punca jerebu adalah dari akibat:   
    * Pembakaran Secara Terbuka
    * Asap Dari Kilang
    * Asap Dari Kenderaan


Indeks Pencemaran Udara (IPU)


IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus  (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan ia itu *karbon monoksida, *sulfur dioksida, *nitrogen dioksida dan *ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-
  
  
Nilai IPU
Status
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301 - 500 Berbahaya


Setakat jam 5 petang sebelumnya  Metro 14 Mac 2014 melaporkan Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan IPU 233 yang di katagorikan 'Sangat Tidak Sihat'.   Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), 12 kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah, Bukit Rambai (122), Nilai (167), Port Dickson (132), Seremban (137) dan Tanjung Malim (118).

Lokasi lain ialah Banting (185), Kuala Selangor (180), Petaling Jaya (156), Shah Alam (148), Batu Muda (157), Cheras (134), Putrajaya (164) dan Bandaraya Melaka (106). Sementara itu, Sri Aman (92) dan Muar (91) adalah dua lagi tempat yang menghampiri bacaan IPU yang tidak sihat.


Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Polution Index (API), sila layari :-  www.doe.gov.my/apims


p/s:- Sama-sama lah kita ambil langkah menjaga kesihatan kita dan hindarilah daripada perbuatan yang boleh menyebabkan punca terjadinya Jerebu.

  

             

37 ulasan:

  1. Jaga diri Bunda…. ramai yg kata jerebu kat M'sia teruk skrang ni...

    BalasPadam
  2. dugaan utk kita..semoga bersabar..:D

    BalasPadam
  3. Sama2lah kita menjaga kesihatan. Entahlah bunda. Manusia sebenarnya sedar yg pembakaran boleh menyebabkan masalah... But still nak buat :(

    BalasPadam
  4. Dalam keadaan jerebu ni rasa kepanasannya lain macam... tekak asyik kering jer

    BalasPadam
  5. Sama-sama kita menjana kesihatan

    BalasPadam
  6. Iyalah Bunda..di luar jerebu...di hati celaru

    BalasPadam
  7. jaga kesihatan ye bunda, cuaca kita tak menentu sekarang ni

    BalasPadam
  8. Salam hujung minggu bonda...sura kat pelabuhan klang ni memang tak selesa sangat..tapi pagi ni dah kurang..baru rasa sedap sikit nak bernafas..:)

    BalasPadam
  9. bersama kita menjaga kesihatan.. di tempat aiza pun ada jerebu, ditambah pula dengan musim panas ini..

    BalasPadam
  10. Salam Sabtu BUNDA..Hari ni cuaca kat luar tak kelam sangat. jerebu dah kurang sikit. Tapi panasnya..

    BalasPadam
  11. Sekolah pun dah mula tutup Di Klang bunda .. kena kurangkan aktiviti diluar ni..

    BalasPadam
  12. cik doakan semoga Allah turunkan hujan secepat nya..semoga keadaan kembali pulih seperti biase lah..

    BalasPadam
  13. Teruk sungguh jerebu sekarang ni..mujurlah kat tempat saya ni kurang jer...

    BalasPadam
  14. teruk sgt jerebu skarang.sama2 jaga diri k

    BalasPadam
  15. salam sabtu bunda.. memg jerebu teruk skrg nie.. mate anis nie pon merah2 dh... jage kesihatan ye bunda.. :)

    BalasPadam
  16. Assalam Bunda ; Alhamdulillah hari ni tempat sy (Banting) IPU semakin baik..senang hati , tak rasa sesak nafas dah bila keluar rumah..tapi masih lg berjaga2 dalam memantau kesihatan keluarga.

    BalasPadam
  17. salam bunda.. banyakkan minum air dan pakai mask apabila keluar.

    BalasPadam
  18. syukur kat Swak tak berjerebu..kelmarin hujan, sejuk sampai ke malam

    BalasPadam
  19. Ini jerebu.....kemarau...kikiki

    BalasPadam
  20. sama2la kita menjaga kesihatan yer bunda..hendak2 dalam keadaan cuaca yg agak panas dan bejerebu hingga mencapai ipu sangat tidak sihat untuk kita beriadah bersama keluarga di luar rumah...

    BalasPadam
  21. harapnya tak berlarutan la masalah Jerebu ni, take care Bunda.

    BalasPadam
  22. jerebu memang sangat bahaya untuk kesihatan. jaga diri :D

    BalasPadam
  23. Assalamualaikum

    Moga sihat. :-)

    BalasPadam
  24. Kalau berada diluar rumah kulit pun gatal2

    BalasPadam
  25. Alhamdulillah hari nih tgk kt fb rmi update hujan turun.. mudah2an jerebu semakin kurg

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah.. ptg td hujan lebat sgt di tempat saya... mudah2an cuaca dpt kembali pulih spt sediakala.. aamiin..

    BalasPadam
  27. alhamdulillah kat kampung saya hujan sepanjang hari semalam hingga ke pagi tadi...semoga jerebu cepat berakhir...

    BalasPadam
  28. Di tempat saya, hujan dah mula turun. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  29. cuaca tak menentu. mungkin ada hikmah di sebalik ap yg berlaku :)

    BalasPadam
  30. Kt cni ujan da mula trn dari semalam.harap2 jerebu akan beransur hilang la kn.
    Jemput follow sy gk ye bunda

    BalasPadam
  31. dah hujan sejak semalam...ada berkurangan la sedikit jerebu ni...

    BalasPadam
  32. Salam Bunda..
    huhu..jerebu kat tmn medan ni pun kejap ade kejap takde.. bila ada tu yg menyakitkan dada.. huhu..
    allah sedang menguji hambanya..

    BalasPadam
  33. klang selalu tinggi..
    ALHAMDULILLAH sekrng sebb hujan pon kerap dah kurang.. =)

    BalasPadam
  34. Alhamdulillah masalah jerebu dah beransur selesai. Moga kita tak dilanda jerebu lagi. Masa tengah teruk tu memang tak tahan saya. Mata pedih, tekak pun kering. Hidung memang tak payah cakaplah semacam aje baunya. Lega bila tengok hujan turun.

    BalasPadam
  35. sejak minggu lepas jerebu dah beransur pulih di kawasan saya

    BalasPadam