Ahad, 9 Mac 2014

Pokok Sambung Nyawa...

ehsan google



Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Entri bunda kali ini bunda ingin bawa kalian mengenali lebih dekat sejenis tumbuhan herba iaitu 'Pokok Sambung Nyawa'.  Ini adalan tumbuhan yang pernah di upkan dalam entri sahabat kita   Wafa Cw

Nama Saintifik nya: 'Gynura sarmentosa DC, Calacia procumbensLour. 

Nama Lainnya: 
'Dawn Dewa, Leaves of the Gods, Googoolipid, Mallucan Spinach, Daun Dewa, Am Akar, Akar Sebiak, Kelemai Merah, Bai Bing Coa, Ngokilo (Jawa), Beluntas Cina (Melayu), She Juan Jao, @ Fujung Jao (Cina)

Dalam famili:  'Asteraceae'. 

Pengenalan
 

Sambung nyawa ada lah jenis tumbuhan tahunan yang banyak di gunakan dalam perubatan di negara-negara asia tenggara seperti di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Namun sebenar nya ia adalah tumbuhan asli Myanmar dan Cina.Ia bolih hidup dalam ketinggian 1 hingga 500 meter dari paras laut.. 

Selain faktor-faktor  persekitaran pokok sambung nyawa ini perlukan tanah yang subur, gembur dan mampu menahan air.  Membiak melalui keratan batang.  Perlukan agak banyak air tetapi tidak terlalu basah dan bertakung dan mudah tumbuh di kawasan yang redup.

Tumbuhan ini berbatang menegak, kadang-kadang bahagian pangkalnya rebah di atas tanah dan keluar akar.
Berbatang basah dan bercabang, berwarna keungguan dan berbau harum. Daun tunggal agak tebal dan mudah di patahkan. Berbentuk bulat telur memanjang dan runcing, tepi berjeriji berwarna hijau muda. Bunganya berwarna jingga kuning, berkelamin ganda namun jarang berbunga.


ehsan google



Kegunaan Dan Khasiat

Daun sambung nyawa dapat mengurangkan kadar kolestrol dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Di Malaysia ia juga di gunakan untuk merawat sembelit, kencing manis dan kanser.  Ia juga di gunakan untuk merawat masaalah buah pinggang. Biasanya ia di makan mentah sebagai ulam. Batang nya sering di gunakan untuk meredakan demam.

Ia juga di gunakan dalam penyembuhan penyakit ginjal, disentri, infeksi kerongkong. Di samping itu ia juga di gunakan untuk menghentikan pendarahan, mengatasi ketidak seimbangan datang haid, melancarkan fungsi ginjal dan gigitan binatang berbisa. Umbinya untuk menghilangkan darah beku (haematom), pembengkakan serta patah tulang.


Cara Penggunaan

Untuk ubat yang di minum, rebus 7 hingga 12 helai daun segar, sementara untuk pemakaian luar, giling daun segar hingga lumat dan tempelkan di tempat yang sakit.


p/s: Info lanjut  DISINI


67 ulasan:

  1. Sy pernah dgr nama pokok sambung nyawa ni.. Tp kegunaan lanjut baru tahu bila baca dr review bunda ni.. Thx bunda

    BalasPadam
  2. pertama kali aiza mendengar nama pokok sambung nyawa ini bunda.. baru tahu ianya boleh menyembuhkan penyakit tekanan darah tinggi.. di mana pokok ini ditanam bunda?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bunda pun baru sekali jumpa tumbuhan ini, ditanam olih jiran bunda lama dulu...

      Padam
    2. maksudnya ia boleh ditanam di dalam pasu bunga kan bunda?

      Padam
  3. pernah tanam pokok ni tapi tak tau khasiatnya.....last2 mati je

    BalasPadam
  4. first time dengar.. banyak gak khasiat nya..

    BalasPadam
  5. dengar nama pun seram. huhuhu.. petua berguna ni..

    BalasPadam
  6. banyak khasiat pokok sambung nyawa ni yer bunda...terima kasih berkongsi :)

    BalasPadam
  7. rasanya noe pernah tanam pokok ni...cuma tak tau nama nya apa...orang kata utk sakit kanser...biasanya noe buat ulam...lemak2 daunnya...senang tanam pokok ni...

    BalasPadam
  8. Mak saya bagi suruh tanam kat rumah buat ubat, dia kata nama pokok ni sambung nyawa, saya pon balik tanam. Tak pernah teringat nak check kat google tentang pokok ni cuma hari tu saya main kamera saya ambil sikit gambar letak kat blog... dan baru saya tahu nama dia memang sambung nyawa... official name hahaha...
    Oleh sebab daun dia lemak-lemak, tiap kali siram atau lalu tepi pokok tu, saya petik sehelai dua pucuk, mamah gitu jer... buat hilang kelat mulut sama... :D tapi kalau buat cecah sambal tempoyak ke budu ker.. mau habis dua tiga pinggan nasi ehehehe... :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, lemak2...sedap buat ulam cicah2...bunda pun dah lama tak makan, tanam pun idak..

      Padam
  9. Tak pernah tau pun ada pokok ni. Klu tanya mak sy ni dia mesti tau

    BalasPadam
  10. first time dgr nama pokok ni.. jumpa pun xpernah ni.. bila tgk nama dia, tetiba teringat filem 3 days to kill.. hehe.. ada pulak kaitannya ye..

    BalasPadam
  11. tanaman herba banyak khasiatnya cuma org2 muda yang tak tahu.
    terima ksih bunda singgah

    BalasPadam
  12. MasyaAllah bunda..pertama kali dengar ni..balik kampung nak tanya mamalah..

    BalasPadam
  13. wah tips yang sangat bermanfaat bunda, terima kasih ya salam dari adik mu heehee

    BalasPadam
  14. sdg fikir , mana satu pokoknya . gambar tu kecil sgt .

    BalasPadam
  15. Saya baru tahu ttg ni.. t kasih atas perkongsian ye Bunda..

    BalasPadam
  16. Bagus untuk ginjal, rupanya...

    BalasPadam
  17. bunda, abah saya selalu amalkan, masa mula-mula dapat tahu,
    memang agak kejanggalan juga di telinga saya nama daun ni, tp banyak khasiat nya...:)

    BalasPadam
  18. Sy x penah dgr nama pkok ni..banyak khasiat rupanya.. Good info

    BalasPadam
  19. Saya pernah dengar pokok ni, tau tentang khasiatnya tapi kalau ada di depan hidung pun saya tak mengenalinya...

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum bunda, first time dengar nama ni ~~~

    BalasPadam
  21. ada nama lain ke pokok ni bunda? mcm tak kenal je. tapi bagusnya khasiat dia.

    BalasPadam
  22. First time dgr nama pokok ni..tp berguna sgt...rst t

    BalasPadam
  23. Macam biasa tengok jer pokok ni...tapi gambar tu sedikit kurang jelas utk kepastian.

    BalasPadam
  24. 1st time dgr nama pokok ni bunda.

    BalasPadam
  25. elok jugak BUnda berkongsi kat sini.. maklumle... generasi sekaghang ni bukan sume tau pokok2 herba/ubat camni... awok pun same .....

    BalasPadam
  26. 1st time dengar nama pokok sambung nyawa ni ;)

    BalasPadam
  27. kat rumah di kampung memang banyak pokokni.. memang emak tanam macam2 pokok herba kesihatanni....

    BalasPadam
  28. daun macam pernah jumpa tapi nama tu yang tak pasti..
    elok ni kalo ada sepokok kat umah..

    BalasPadam
  29. as salam bunda..pokok sambung nyawa ni berduri tak batang dier bunda?
    kalau berduri dan berbunga jingga kekuningan, maka tepat la dugaan saya kalau pokok sambung nyawa dan pokok dewa adalah sejenis pokok yang sama saya tanam dulu..tapi sekarang dah mati :)

    BalasPadam
  30. generasi skg ne kalo tunjuk pokok kat diorang konpem tak kenal dah aih..huhu
    mjr ade encik google..

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum dan salam singgah petang di sini Bunda..baru Diana dengar nama Pokok Sambung Nyawa ni...terima kasih Bunda atas perkongsian ini..

    BalasPadam
  32. Mmg mak ayah saya ada tanam pokok ni dlm pasu...dan amalkan..Daun Misai Kucing pun bagus

    BalasPadam
  33. First time tahu pasal pokok sambung nyawa nie..unit betul namanya..

    BalasPadam
  34. pernah dengar tapi baru tahu khasiatnya, terima kasih bunda..

    BalasPadam
  35. kalaulah dipergunakan secara meluas.. sbgai rawatan alternatif

    BalasPadam
  36. salam bunda...
    cma pun pertama kali tau psl nama dia & rupa dia..
    byk jgk khasiat pokok ni..
    thanks sharing bunda..

    BalasPadam
  37. kat rumah mak saya ada pokok ni..dia baru tanam..

    BalasPadam
  38. kita baru perasan pokok ni ada kat rumah kita kat kampung BUNDA...

    BalasPadam
  39. Assalammualaikum...bunda,

    pernah tgk pokok nie.. pokok yg digunakan dalam perubatan tradisional..

    mselim3

    BalasPadam
  40. Bayak khasiat pokok ni. Nak kena tanam buat ulam juga bila cuaca dah kembali baik. Sekarang ni pokok banyak mati.

    BalasPadam
  41. ni antara ulaman kegemaran abah kite...salam kenalan bunda.terima kasih sudi lawat blog kite...

    BalasPadam
  42. Abah julia selalu tanam pokok sambung nyawa nih kt belakang umah dia bonda...pastu dibuat ulaman masa makan...sedappp...bagus kan khasiat yg ada...terbaikkk

    BalasPadam
  43. ada org jual x pokok ni ... bagus ni kalu tanam di rumah ...

    BalasPadam
  44. Salam Bunda, tak pernah tahu tentang pokok ni, biasa orang indo suka daun daun ni tapi tak pasti daun apa, untuk sakit kepala, tapi biasa untuk sakit gigi atau jamu, derang ni suka daun sirih, saya amalkan juga sebab dah ditanam di kawasan umah ni, rasa macam tak da bau badan bila minum air sirih ni. Thanks for sharing pokok sambung nyawa bole la tanya2 nanti.

    BalasPadam
  45. pertama kali dengar nie ..memang unik ^_^

    BalasPadam
  46. salam bunda...

    mcm pernah dgr nama pokok tu..tp xpernah rase lg..heee
    info menarik..me cih bunda =)

    BalasPadam
  47. byk khasiat pokok ni..ada kesan sampingan x?

    BalasPadam
  48. Sekali tengok macam pokok senduduk yang biasa chegu tebas sebab ngacau laluan noreh getah. Dua kali tengok mcm tak kenal pokok ni.. kiki.. info yang bagus

    BalasPadam
  49. Wah...banyak khasiat pokok ni rupanya. Nak belilah dan tanam.. kalau diamalkan boleh dapat kesihatan yg baik..

    BalasPadam
  50. 1st time dgr nama pokok ni

    BalasPadam
  51. pokok sambung nyawa
    1st time tau.bonda ada byak benihnya ke?.
    Kalau ada ta nak 1. Serius ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. takder, baru berangan nak beli anak pokoknyer...try mintak ngn WafaCw, rumah dia banyak pokok ni..

      Padam
  52. baru tau banyak kegunaannya ya...yg tau boleh mengecutkan urat ibu bersalin n ubat darah tinggi jer...mmg ada tanah di rumah.

    BalasPadam
  53. Byk jugak nme pokok yg sy tak tau..yg sy biase dengar pokok daun tutup bumi yg digunakan utk perubatan bg mereka yg nakkan zuriat...tau pun drp nenek sy

    BalasPadam
  54. thanks for sharing....tak tau pon pasal pokok ni...hehehe...ketinggalan zaman betol saye ni

    BalasPadam
  55. Sedap makan ulam fresh.
    Inginkan bekam sebagai utk buang toksin dibadan?Hubungi kami utk temujanji
    Like FB Bekam & Sauna Famili

    BalasPadam
  56. My mother inlaw yg introduce...mmg sdap n skrg mmg i dh tanam dlm pasu utk dibuat ulam...ulam bebuas dan daun pecah kaca pun i dh tanam...rasa lebih fresh mkn ulam2 mcmni dr mkn sayur yg dimasak....

    BalasPadam
  57. Pokok ni btg dia tak berduri.

    BalasPadam
  58. Pokok ni btg dia tak berduri.

    BalasPadam
  59. Assalamualaikum..Nurseri kami ada menjual pokok2 herba & ulaman...stok anak pokok rerama hijau & stevia pun ada..lokasi seksyen 8---sg ramal dlm,bangi,selangor..harga berpatutan dan perkhidmatan pos juga disediakan..hubungi D'Kaduk Herbs & Floral : 0123106846 -Faizal@ 0122440099 -Azizi

    BalasPadam
  60. Kami juga ada 4 jenis pokok sambung nyawa:
    -hijau
    -batik
    -merah
    -hitam

    BalasPadam
  61. 'Sambung Nyawa' ada lah nama yang diberi oleh kaum tioghua. Mereka sangat mengamanlkan makan daun ini.......
    Saya ada satu soalan....kenapa baru-baruini pokok sambung nyawa yang saya tanam daun-daun nya bergulung lurus,tidak terbuka luas dan segar.????Mohon penjelasan yek...

    BalasPadam