Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam...
Bulan April 2014 ini merupakan bulan yang suram untuk keluarga bunda. Banyak hal yang berlaku di bulan ini..
Pada...
12 April :
7.30 malam bunda mendapat panggilan telefon dari adik ipar bunda di Teluk Intan Perak (Mak Ngah/adik kedua arwah suami bunda) beritahu bahawa adik lelaki beliau (Pak Ngah seorang guru 54 tahun, adik ketiga arwah suami bunda)...kemalangan moto dengan sebuah kereta di Bota, Perak setelah menziarahi anak nya di asrama.
15 April :
8.30 pagi, adik bunda dari Taiping (Wan Cu) telefon beritahu bapak bunda jatuh moto semasa menghantar dua orang cucu ke sekolah agama berhampiran. Dah lah jatuh moto kemudian di hempap pulak moto. Tulang rusuknya cedera. Allahuakbar...Orang tua berusia 80an, tenaga dan kekuatan pun kurang ... mata pula kabur..
Adik-adik bunda bawa bapak pergi klinik dapatkan rawatan dan x ray...nasib baik tiada tulang yang patah, cuma bengkak dan masuk angin... doktor menasihatkan lepas ini harus lebih berjaga-jaga kerana tulang orang tua seusia itu mudah patah kerana proses ostreoporasis dan faktor usia. Pergerakkan bapak terbatas, sakit ketika terlalu banyak bergerak...untuk mengangkat tangan pakai baju dan tarik nafas pun sakit.
pak ngah dirawat diSCU hosp ipoh |
8.30 pagi, bunda dua beranak gerak balik ke kampung...sebelum ke Taiping kami singgah ke Hospital Ipoh untuk menziarahi Pak Ngah dulu di wad Unit Rawatan Tulang Belakang (SCU). Walaupun tulang belakang Pak Ngah tak patah tetapi dia terpaksa di pakaikan grip besi untuk tulang pinggul yang retak. Aduh! hiba dan sedih sangat bunda ketika itu. Akibat kelalaian pengguna jalan raya yang lain ... Pak Ngah menderita...sekiranya panjang umur pun mungkin Pak Ngah menjadi orang kurang upaya (OKU) selepas ini. Anak-anak Pak Ngah 6 orang...yang sulung 26 tahun baru sahaja mengajar di Sabah. Yang lain masih belajar. Yang bungsu baru berumur 15 tahun.
Lepas menziarahi Pak Ngah kami terus balik ke Taiping. Di kampung masa tu catuan air. Dua hari ada dua hari tak ada air. Bunda menjaga dan merawat bapak yang beransur pulih. Bawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan ubat susulan. Mana kala adik-adik bunda masing-masing berkeluarga, bekerja . Ada tugas mereka masing-masing menghantar anak-anak kesekolah dan tak dapat menumpu perhatian sepenuhnya menjaga bapak.
20 April :
9.15 pagi, Adik ipar bunda Mak Ngah kol dari Teluk Intan baritahu biras bunda ( Pak Su 58 tahun,seorang guru, suami Mak Su/ adik bungsu arwah suami bunda) meninggal dunia...kematian mengejut beliau telah menggempar kan sanak saudara dan sahabat handai serta jiran tetangga. Setelah di buat post motem, kematian beliau disahkan kerana serangan jantung.
Masing-masing menyangkakan bahawa Pak Ngah yang kemalangan moto yang meninggal dunia. Bunda dua beranak dan adik bunda bergegas pula ke Bagan Datoh untuk menziarahi Pak Su. Pak Su seorang ipar dan biras yang sangat baik dan rajin. Dia sangat di senangi olih penduduk satu Taman dan Kampung sekitar kerana kebaikkan dan keramahan beliau. Sebut saja nama Cik Gu Azmi (bukan nama sebenar) ramai yang mengenali beliau.Selepas asar petang itu jenazah beliau dikebumikan.
lepas asar dihari yang sama jenazah PakSu disemadikan |
Beliau juga seorang imam surau ditempat tinggal beliau, yang sangat terkesan dihati rakan-rakan jemaah surau , dua minggu sebelum beliau meninggal ...beliau telah meletakkan semua jawatan beliau sebagai ahli jawatankuasa surau kerana faktor kesihatan. Memang sebelum ini beliau baru sahaja mendapat penyakit jantung, tetapi tak ramai yang mengetahuinya. Beliau meninggalkan seorang balu (Mak Su) dan 4 orang anak berusia 13 hingga 21 tahun.
Yang paling kesian dan menghibakan kami, selain beliau meninggalkan anak-anak yang masih belajar, balu nya juga seorang OKU setelah dua tahun kena potong kaki akibat diabetes dan bergerak memakai tongkat dan kerusi roda. Allahuakbar! betapa beratnya ujian Allah ... namun pasti ada hikmah yang terselindung disebaliknya... hanya Dia yang maha mengetahui.. Semoga Allah memberi kekuatan kepada Mak Su dan anak-anaknya....aamiin
23 April :
Rabu 10.00 pagi bunda dan anak bunda gerak balik ke KL.
28 April :
Isnin 12.15 tengahari, Mak Ngah kol bunda dari Teluk Intan menyampaikan berita sedih bahawa Pak Ngah telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Ipoh... Inna Lillah ... akhirnya Pak Ngah pergi juga dalam keadaan menderita sakit akibat kemalangan.
setelah dua minggu lebih terlantar akhirnya Pak Ngah pergi jua... |
Dengan pemergiannya Pak Ngah maka tiada lah lagi tunggak keluarga kami sebelah sana (sebelah arwah suami bunda) yang hanya tinggal kami keempat-empat balu...yang bakal meneruskan dan menggalas tugas dan tanggung jawab suami-suami kami yang belum selesai, untuk membesar dan menjaga zuriat kami. Hanya tinggal emak (mak mertua bunda) saja satu-satunya orang tua yang tinggal... yang juga sudah uzur berusia 80an.
***Ya Allah Ya Tuhan Kami..Sekiranya Ini lah Ketentuan DariMu Atas Keluarga Kami , Maka Peliharalah Kami Dan Berilah Kekuatan Pada Diri Kami...Kau Murahkanlah Rezeki Kami... Untuk Kami Terus Bangkit...Sesungguhnya Ya Allah... Kami Redha...
aamiin..aamiin..yarabbal alamiin....
Takziah bunda...moga segala musibah dapat menjadikan bunda lebih tabah...
BalasPadamKakak mulakan dgn salam takziah - moga semua allahyarham ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman. Al-fatihah..
BalasPadamAllah berikan semua ini kerana DIA tahu wanita-wanita yg telah menjadi balu ini adalah wanita solehah yg kuat dan redha. Insya-Allah bantuan dari Allah diberikan buat semua bagi meringankan apa jua tanggungan yg digalas macam KN juga.
Ya.. Al-Fatihah untuk allahyarham...
PadamSetuju dengan pendapat kakzakie..wanita yg menjadi ibutunggal.memang dianugerahkan kekuatan yg luar biasa..
PadamAllahuakbar... macam-macam kejadian yang bunda alami sepanjang bulan April ni... terasa kepenatannya membaca cerita bunda ni... harapnya bunda terus tabah... pengajaran kepada saya, seteruk mana yang saya rasa saya susah... rupanya orang lain ada yang lagi berat yang nak dipikul... dan bunda, mungkin ada orang lain yang lebih berat dari bunda... Allah saja yang tahu... Semoga banyak urusan bunda dipermudahkan Allah swt... sama-sama lah kita tabahkan diri...
BalasPadamSalam Takziah dari SA sekeluarga...moga bunda tabah menghadapi dugaan....
BalasPadamSalam Takziah ...Semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.. Aminn... Semoga bunda tabah menghadapi dugaan....
BalasPadamTakziah Bunda...La tahzan...
BalasPadamAssalamualaikum bunda, sedih sheila baca .. innallilahiwainlilahirojiun... Allahuakbar. semoga allahyarham semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman disisi Allah SWT. Al-fatihah..
BalasPadamsinggah menabung darlie sini...
Salam Takziah buat Bunda sekeluarga..
BalasPadamZura yang membaca pon turut berasa sedih. pelbagai dugaan yang menimpa Bunda sekeluarga.
Harap Bunda tabah menghadapi dugaan ini.
Al-Fatihah buat Arwah~
Dugaan dibulan april. Takzian buat bunda & family. Al-fatihah buat mereka.
BalasPadamTakziah Bunda.. semoga Allah swt sentiasa merahmati roh mereka & menempatkan dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah... aamiin. Semoga Bunda sekeluarga sentiasa tabah & dipermudahkan segalanya.. aamiin.
BalasPadamTakziah BUNDA. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Semoga BUNDA dan keluarga tabah kerana apabila banyak dugaan yang datang, itu tandanya Allah sayangkan kita...
BalasPadamSemuanya ujian dari Allah kan Bunda.. moga keluarga bunda tabah....
BalasPadamsalam takziah....
smlah ngan el bunda
BalasPadambulan april 2014 sgt2 mencabar dugaan
redha dengan ketentuanNYA
tahziah pd ahli keluarga
alfatihah tuk yg telah tiada
Salam Takziah Bunda...Semoga kita yang hidup terus tabah menghadapi dugaan ini. Ketentuan Allah...satu saat pun tidak dapat kita elakkan. Semoga Bunda dan keluarga serta sanak saudara diberkati dan dipermudah segala urusan.
BalasPadamp/s: Pak Su tu tinggal kat taman mana di Bagan Datoh?
Salam takziah buat Bunda dan keluarga... Semoga Bunda terus tabah... Amin
BalasPadamSalam takziah Bunda
BalasPadamTerkedu saya..seperti tiada upaya untuk menulis komen ini. Begitu besar dugaan Allah untuk Bunda, harap Bunda terus tabah dan kita merelakan pemergian mereka yang telah pergi mendahului kita... Alfatihah untuk mereka yang lebih disayangi Allah...
BalasPadamTakziah bonda. Alfatihah untuk arwah. Moga bonda sekeluarga tabah. Ajal maut di tangan Allah swt.
BalasPadamAaamiin . Salam takziah untuk bunda . Mereka pergi sebab Allah lebih sayangkan mereka dan kerana sudah tiba masanya . Bagi kita , hidup perlu diteruskan dengan menempuhi segala cabaran dan rintangan . Redha dan tawakkal , insha Allah , DIA akan cukupkan keperluan kita . Al fatihah untuk mereka .
BalasPadamAlfatihah Dan takziah buat bunda Dan keluarga..
BalasPadamAl-Fatihah untuk allahyarham. Banyakkan bersabar.
BalasPadamsalam takziah... al fatihah semoga beliau ditempatkan dikalangan manusia beriman
BalasPadamBanyak betul dugaan untuk Bunda nampaknya bulan ini..Alfatihah buat mereka yang telah pergi, sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka. Didoakan Bunda dan keluarga tabah menghadapinya..
BalasPadamal fatihah ,Salam takziah buat Bunda dan keluarga... Semoga Bunda terus tabah... Amin
BalasPadamAllahuakbar. Macam macam yg berlaku kan. Sabar ye kak. Ada hikmah disebaliknya
BalasPadamsemoga terus tabah ye sis...
BalasPadamInnalillah buat arwah Paksu dan Pakngah Bunda ye..
BalasPadamSalam takziah buat keluarga Bunda..
Semoga tabah ye
sabar ye bunda moga tabah,salam takziah (Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ)
BalasPadamSEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT..
BalasPadamSAYA DI BULAN APRIL TERLAMPAU BANYAK KERJA.. MASUK BULAN MEI NI PUN SAMA.. TU PASAL DAH LAMA TAK UPDATE BLOG..
al Fatihah dan salam takziah untuk famili bunda
BalasPadammoga tabah untuk teruskan kehidupan..
salam takziah...alfatihah...sebak sekali membaca kisah2 sedih yg bunda n keluarga alami...selagi kita hidup ujian Allah terhadap hamba2nya...kak selalu merasa nasib kak amat malang setelah cedera parah dlm kemalangan n bergelar oku tapi ramai lagi mrk yg kurang bernasib baik dgn keuzuran diri yg xdiminta tapi redha dgn takdirnya...moga bunda n keluarga banyak2 bersabar ya..
BalasPadamsalam takziah bunda dan AlFatihah buat arwah
BalasPadamtakziah buat keluarga bunda..sebak juga membaca segala kisah dalam entri ini..semoga kita dilindungiNya, dan perancangan Allah adalah yang sebaik-baiknya..
BalasPadamSalam takziah buat bunda sekeluarga. Malang tak barbau kan bunda. Semuanya telah di tentukan Allah. Alfatihah buat arwah. Moga bunda juga tabah dgn dugaan ini.
BalasPadamSalam Jumaat Bunda...
BalasPadamSalam Bunda
BalasPadamTakziah, smoga Allah beri kekuatan pada bunda dan ipar duai bg meneruskn hidup ini..
Alfatihah..
Salam Bunda..lama JM tak singgah sini then bila baca tajuk entri APril yang suram..baru tahu rupa rupanya byk betul kejadian yang menyentuh emosi dan menguji kesabaran..Salam takziah buat Bunda dan semoga tabah menghadapi dugaan ni ye
BalasPadamØ¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
BalasPadamSalam takziah juga dari ummi Bunda, Al fatihah.
moga Allah segala kesusahan dari ujian dengan pahala berganda.
Salam Takziah buat Bunda sekeluarga...semoga Bunda tabah menghadapi segala ujian ini...
BalasPadamSalam Takziah..sama2 mendoakannya..
BalasPadamTakziah...
BalasPadamsalam takziah buat bunda sekeluarga ..
BalasPadamSalam takziah bunda, kadang kehilangan untuk memberi tumpuan yang masih ada tapi senang berkata dari berbuat. semoga lebih redha dan dipermudahkan.
BalasPadamAllah..
BalasPadamSalam takziah bunda..moga lebih kuat utk menghadapinya .
Yakin lah disebalik semua ujian ni ada hikmah yang menanti.
in shaa Allah .
Takziah Bunda..
BalasPadamByk kan bersabar ya..
Al Fatihah buat mereka
Salam.Bunda..Takziah dari saya..mudah2an Allah beri kekuatan pada semua wanita2 yg menjadi ibutunggal itu..insyallah.
BalasPadamsalam takziah bunda..semoga seluruh ahli keluarga tabah..semoga Allah permudahkan dan beri kekuatan kepada wanita2 tersebut meneruskan tanggungjawab dengan baik
BalasPadamAssalam BUNDA.... Salam takziah untuk keluarga Bunda...
BalasPadamMoga BUNDA dan keluarga tabah hadapi ujianNya....
Salam Bunda,
BalasPadamInnalillahiwannailahirajiun...
Salam takziah dr cma buat bunda sekeluarga..
semoga waris2 arwah tabah..
Takziah Bunda.. banyaknya dugaan melanda.. saya tumpang simpati dengan kehilangan ini. semoga smua ahli keluarga tabah dan bersatu hati menghadapi dugaan ini. InsyaAllah hari ini diduga, lain kali akan diberikan berita yang baik pula,
BalasPadamTakziah buat keluarga bunda.. Banyak dugaann.. Tabahkan hati
BalasPadamtabahlah bunda...hidup kita ni memang untuk Allah uji... semuga Allah beri kita kekuatan...
BalasPadamTakziah bunda..sedih sangat rasanya..Macamnalah agaknya saya tua nanti. Semoga semuanya baik-baik sahaja...semoga bunda tabah
BalasPadamSalam takziah buat keluarga, Bunda. Memang berat dugaan untuk bulan April ni. Semoga Bunda sekeluarga tabah mengharunginya. Mungkin balu-balu yang ditinggalkan ini semuanya insan yang tabah.
BalasPadamsalam takziah...moga tabah mengharungi dugaan demi dugaan ...
BalasPadaminalilahi wainalilahi rojiun
BalasPadambesarnya ujian yang menimpa bunda sekeluarga
ALLAH tak menguji hamba-NYA lebih dari apa yang mampu ditanggung
semoga bunda sekeluarga tabah menghadapi hari mendatang
sama juga dgn yaya, bunda..
BalasPadambnyk perkra tjadi dlm bulan lepas..
tapi Alhamdulillah..bulan ni..seakan cover balik apa perkara sedih yg blaku bulan lepas..
harapnya bnyk pkra baik akn blaku..amin... ^_^