Ahad, 27 April 2014

Sindrom Coronavirus: MERS CoV..


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Kes pertama sindrom ini telah di laporkan di Arab Saudi pada 2012. Virus yang menyebabkannya di panggil  'Coronavirus (MERS CoV)'.  Pesakit akan mengalami gejala gangguan pernafasan, termasuklah batuk, sukar untuk bernafas dan demam. Separuh daripada pengidap telah meninggal dunia.

Langkah keselamatan awal perlu di ambil bagi mengelakkan jangkitan ini menular, setakat ini sudah beberapa kematian di laporkan semakin meningkat. Baru-baru ini satu kes kematian di Johor telah di kenalpasti berpunca dari sindrom pernafasan ini.

Lebih dari 21 kes dilaporkan di Timur Tengah, dan CDC juga di jangkakan ada peningkatan di Eropah. Kajian yang di lakukan telah menunjukkan tiada mutasi yang berlaku kepada virus tersebut yang jika berlaku , akan menambahkan kesulitan untuk mengawal jangkitan ini.


Langkah Keselamatan

Setiap orang yang melawat negara di Teluk Arab atau yang berhampiran haruslah membuat pemeriksaan kesihatan sebelum dan selepas tempoh lawatan. Namun, bagi sesiapa yang mengalami gejala pernafasan harus terus mendapatkan nasihat doktor secepat mungkin, termasuklah sesiapa yang travel atau pun yang membuat kontak dengan pesakit mahupun orang yang telah pulang dari travel.kenegara2 terlibat.

Pihak CDC  (Centre of disease controland prevention) tiada pula menyarankan supaya jadual travel anda di ubah. Ini adalah kerana tahap penularan sindrom ini masih di tahap  1 (WATCH), Namun begitu langkah-langkah asas haruslah di ambil seperti:

- menutup mulut ketika batuk/bersin.

- membasuh tangan.

- menjaga kebersihan diri dengan lebih kerap.

- Pergi keklinik jika mengalami gejala2 pernafasan dengan segera.

- Mengelakkan kontak dengan pengidap sindrom ini.



Garis Panduan


Pihak Arab Saudi telah membuat beberapa garis panduan bagi Jemaah Haji dan Umrah. Bagi mereka yang terlibat di nasihatkan supaya menangguhkan ibadah haji atau umrah.

- Sesiapa yang umur melebihi 65 tahun

- Kanak-kanak yang berumur kurang 12 tahun.

- Pengidap penyakit kronik (kencing manis, jantung, asma, penyakit paru-paru , penyakit buah pinggang).

- Pengidap kanser.

- Sesiapa yang mempunyai respon imun yang lemah.


sumber:
leiomyoma:MERS CoV masih tiada vaksin



31 ulasan:

  1. salam Bunda, terima kasih atas perkongsian ini, jaga kesihatan kita bersama ye..

    BalasPadam
  2. Mmg kena berhati2 ni.. takut pulak bila membacanya.. t kasih atas perkongsian Bunda..

    BalasPadam
  3. moga dijauhkan dari segala bahana
    penyakit merbahaya..

    BalasPadam
  4. nice info,
    boleh buat langkah mencegah awal-awal

    BalasPadam
  5. terima kasih perkongsiannya...penyakit dgn nama baru walau tlh lama keujudannya...hati2 jaga kshtn diri ya...

    BalasPadam
  6. Selama ni dia orang tak sure punca virus ni, tapi semalam baca dah confirm dari unta Bunda..Hmm..susah jugakkan..kena jaga diri & jaga kebersihan..

    BalasPadam
  7. ooh..semoga kita dijauhkan daripada penyakit yang berbahaya

    BalasPadam
  8. Salam Bunda ; yg lebih utama kena jaga kesihatan dan kebersihan diri . t.kasih info .

    BalasPadam
  9. Nice sharing.. ni ke penyakit bawaan unta tu? Confius jap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masih tiada bukti kukuh pengesahan punca dr haiwan unta...WHO masih menyiasat dan mengumpul data....

      Padam
  10. Besarnya dugaan Allah apabila penyakit itu terjadi di tanah suci dan lokasi sekitarnya. Allah mungkin sedang menduga tahap ketabahan ummahNya...

    BalasPadam
  11. Salam bunda..
    virus baru kan~
    katanye daripada unta kat sana.
    mudah2an cepat2 lah jumpa vaksin nye~

    BalasPadam
  12. assalamualaikum,,
    terima kasih perkongsian yg bermanfaat ini

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum...kawan saya buat travel umrah haji..mmg ketat utk kesana..dan dipantau dgn suntikan vaksin sebelum kesana...

    BalasPadam
  14. Telah dikatakan semakin tua bumi ini semakin banyak perkara aneh akan terjadi. Satu darinya penyakit inilah. Allah berikan kita petunjuk utk semakin dekatkan diri kepadaNya.

    Moga kita terlindung dari penyakit ini.

    BalasPadam
  15. salam bunda, terima kasihi atas perkongsian ini...zaman sekarang ni dah macam2 oenyakit yang melanda..diharapkan kite sentiasa menjaga kesihatan...

    BalasPadam
  16. Great info..

    macam2 penyakit yang tibul akhir2 ni.. dunia akhir zaman..

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum bunda.. terkejut masa dengar berita ada kematian seorang warga emas kerana mers-cov ni.. semoga para jemaah semua sihat2 belaka. in shaa Allah. singgah menabung inti sini~~~

    BalasPadam
  18. ada baiknya mrk tangguhkan dulu bagi yg dah tetap tarikh .

    BalasPadam
  19. Thanks for the info bunda. Macam2 virus lah skang nih.

    BalasPadam
  20. Mak saya nak g mekah bulan depan..risau juga ni

    BalasPadam
  21. pernah belajar masa study dulu, tp bila dah lama-lama, lupa nama saintifiknya

    BalasPadam
  22. thanks utk info ni bunda... mmg kat mana2 pun kena jaga kesihatan...

    BalasPadam
  23. ritu ada terbc dlm internet kisah penyakit ni
    ooo ni adalah penyakit yg besangkut pasal pernafasan..baru el tahu
    thnx bunda atas perkongsian ini

    BalasPadam
  24. Macam2 penyakit baru muncul sekarang ni kan Bunda..
    Apapun kita semua kena lebihmen jaga kesihatan..

    BalasPadam
  25. terima kasih atas perkongsian Bunda...info yg amat berguna

    BalasPadam
  26. Salam Bunda,,
    terima kasih atas peringatan..
    huhuh..bahayanya virus ni..dlm diam..

    BalasPadam
  27. Semoga penyakit ini tidak semakin menular. Di akhir zaman ni, memang pelbagai jenis penyakit keluar.

    BalasPadam
  28. aritu masa terbaca cite ni dekat paper, menakutkan
    alhamdulillah ianya tidak menular

    BalasPadam
  29. Assalam...mhon doakn ank kwan sya..2thun umurnya..di sahkn di jngkiti virus mers cov pda darahnya..skrg sdg d kuarentin di HTAR,klang..tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga dijauhkan dan diberi kesembuhan dari penyakit merbahya ini kepada anak kecil ini...aamiin, aamiin yaarobbal'alamin..

      Padam