Bismillahirrahmanirrahim,
As Salam....
Setelah seminggu bunda di kampung... dan setelah bermacam-macam peristiwa dan musibah saudara-mara tempias kepada bunda sekeluaraga dan kini mengadap talian internet yang lembab pulak maka hari ini bunda cuma mampu upkan entri bunda yang telah lama dalam draft..
InsyaAllah apabila semua nya dah ok dan emosi bunda kembali stabil, bunda akan upkan entri terbaharu ...dan bunda akan ziarah balas ketempat kalian ikut kemampuan bunda...InsyaAllah...
pokok lidah jin/lidah mertua, hijau berjalur kuning ditepinya dan keras |
Disini bunda nak berkongsi sedikit info tentang sejenis pokok hiasan yang sudah tentu ramai diantara kalian juga telah mengenalinya.
Pokok yang dimaksudkan ialah Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua.. Kenapa namanya begitu? bunda kurang pasti... kesiankan jin dan mentua... tak pasal-pasal lidah diorang pulak yang diberi nama.
Pokok ini adalah pokok hiasan yang sangat mudah untuk ditanam, yang bunda tahu hanya dari penanaman keratan daun atau akar. Bunda pun pernah menanam pokok ini.
Pokok Lidah Jin atau dalam bahasa inggerisnya Sansevieria merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai lebih daripada 70 spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga Ruscaceae yang semula jadi kepada negara Tropika zaman dahulu.
Tumbuhan ini berherbahijau berjalur kuning dan keras.. pada pohon yang kecil berair selama-lamanya dengan kehijau-hijauan daun yang tumbuh dari 20 cm hingga 3 m tinggi, kebanyakannya membentuk kelompok yang dalam daripada rizom atau stolon yang disebarkan.
Bunganya berwarna kelabu keputih-putihan, dihasilkan pada rasem yang ringkas atau bercabang 40 - 90 cm panjang. Buahnya merupakan beri yang berwarna merah dan jingga .
Jenis ini dinamakan berasaskan nama tuan putera San Savero, Raimondo di Sangro (1710 - 1771) di Italy. Ejaan 'Sansveria' dan 'Sansviera' biasanya dilihat juga , kekeliruan itu berasal daripada ejaan yang menyelang nyelikan nama tempat di Italy.
Di Negara Afrika daunnya digunakan untuk menghasilkan serat, dari sesetengah spesis, contohnya, Sansevieria ehrenbergii , tumbuhan mengandungi kualiti antiseptik dan daunnya digunakan sebagai kain pembalut dalam pertolongan cemas traditional.
Sesetengah spesis merupakan tumbuhan rumah yang terkenal di beberapa buah negara, dengan jualan Sansevieria trifasciata yang paling banyak, banyak kultivar disediakan. Ada 33 lagi spesis yang terkenal.
Penerangan
Tumbuhan ini merupakan tumbuhan berwarna hijau berjalur kuning ditepinya serta keras. Ia tidak mempunyai batang. Ia bolih tumbuh setinggi 4 kaki dan lebar 2.75 inci. Bunganya pula berwarna putih kehijauan.
Sifat Dan Khasiat
Lidah Mertua bersifat sejuk, berkhasiat antibiotik dan rasanya masam.
Kandungan Kimia
Daunnya mengandungi abamagenin, kardanolin, saponin dan polifenol.
Bahagian Yang Digunakan
Daun.
Kegunaan
1. Flu, batuk
2. Radang Saluran Nafas (Bronchitis)
3. Bengkak Akibat Terseliuh.
4. Digigit Ular Berbisa
5. Bisul
6. Penyubur Rambut
SUMBER
pokok yg paling senang ditanam,kan...campak ja pun boleh hidup...tahan lasak..
BalasPadamisi tabung bUnda...
wah.. satu perkongsian yang hebat ni Bunda, selamat pagi...
BalasPadamAcik pun pernah bertanya..kenapa nama pokok ni macam tu..
BalasPadamrasa-rasanya..masa kecik dulu biasa dengar orang tua-tua panggil tumbuhan ni dengan nama 'lidah buaya'... tak berapa ingat dah... dulu, tok saya tanam kat tepi rumah berderet jer..macam pagar mini. :D
BalasPadamLidah buaya yang lembut warna hijau dan berlendir tu....omputih panggil aloe vera...
Padamsampai hati, samakan mertua dengan jin.. hahahahahha..
BalasPadamsinggah menabung sini.. :)
Ni kalau tanam berderet2 cantik juga kan boleh jadi pagar gitu. Semuga bunda sihat walafiat adanya.
BalasPadambanyak ni kat rumah nenek saya...memang dia pun kata ni pokok hiasan..senang nak jaga
BalasPadamNew Entry "Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth International Terminal)"
cantik pokok ni kalau ditanam dalam tayar r pasu besar..
BalasPadamooo pokok ni
BalasPadambanyak juga khasiat dia yer
kat rumah saya ada satu pasu tu kering kontang, ihik :)
Kesian kat mentua..tapi takkanlah lidah mentua gitu panjangnya ya Bunda? Pokok ni kalau tanam sederet memang cantik, boleh jadi pagar hijau yang menawan gak nih!
BalasPadamSalam Bunda..
BalasPadamhehe..mertua jgk kena..
pokok ni selalu dijadikan hiasan kan bunda..
tp yg pasti, cma tak suka bau pokok lidah buaya tu.. ehehe :p
sy pon suka pokok ni...kat rumah mentua sy yg tanam berpasu2. sebab sng jaga pun ye...
BalasPadamUmah mak mertua zura pon ade tanah pokok nih. umah zura x de.. malas kekdahnye nak menjaga pokok.
BalasPadamPokok ni bagus ditanam didalam rumah kerana ia menyedut udara bertoksid...seperti 'air purifier' tetapi mesra alam dan semulajadi!
BalasPadamp/s: semoga bunda tabah dan dipermudah segala urusan...amiin.
saya ada tanam pokok ni bunda,tapi tak tau pula apa ke nama dan khasiatnya....sekadar nk cantik kn laman je.
BalasPadammashaallah kenapa lidah mertua? huhu ros ingat namanya lidah jin je….
BalasPadamNampak sangat mcm semua mentua ni laser kan...tak baik kan...
PadamApa ada pada nama...sekadar nama aje kan...hihi..
Pokok 'lidah menantu' ada tak...? Sebab ada juga menantu lidahnya lebih laser dari lidah jin (itu mengikut hikayat drama Melayu, kalau realiti tak pernah tengok lagi..)
BalasPadamSaya ingatkan pokok 'lidah buaya' tadi, tak tau pulak 'lidah jin'....
pokok lidah buaya nor suka ltk dlm pasu..hias meja makan..cantik dn unik..
BalasPadamlidah buaya dgn lidah samakan..
BalasPadamByk juga khasiatnya pokok ni ye bunda..sy mmg fail sikit bab tumbuhan.hehe
BalasPadamT panggil lidah biawak. Hehehe
BalasPadamohh tak tau pun pokok ni banyak khasiat & kegunaan..
BalasPadamPokok ni pun cantik & senang jaga.. thanks sharing info Bunda.. :)
BalasPadamx tau plak nama pokok ni lidah mertua...tau lidah jin jer...kat umah mak noe...mmg byk pokok ni...sbb mak buat penahan tanah...
BalasPadamKita panggil lidah Buaya Bunda...dulu banyak kat rumah kat kampung..sekarang dah tak ada..
BalasPadamNi mesti tak baca sampai abis ni...ni bkn pokok lidah buaya... Pokok ni keras ada jalur2 kuning....
PadamKalau lidah buaya lembut dan kalu dikerat ada lendir...nama lainnya aloe vera...Lendirnya blh dibuat masker dan perap rambut/sejuk kepala...
Assalamualaikum bunda, sheila dulu pernah gunakan sebagai penyubur rambut. tanam fresh kat dalam pasu bunga. hehe suka bau semulajadi lidah buaya ni. hehehe singgah menabung inti sini. semoga sihat2 selalu ye bunda ~~~
BalasPadamlidah mertua..aduhai, mana boleh timbul nama? haha..
BalasPadamnnti saya cek lidah mertua saya ya, bunda
bicarathtl.forumms.net/t2352-umrah-persendirian-part-2
BalasPadampndai2 je org dulu bg nama kan..hehe
BalasPadamnape nama dia gitu erkk...mesti ada sebab kan...pokok ni senang tanam dan senang jaga.
BalasPadamlidah mertua? first time dgr... kalau sebut depan mertua sure kecik hati... hahahah apa pun nice sharing bunda!
BalasPadamHaha.. Lidah jin je yang tau.. Lidah mertua x penah dengar pon..
BalasPadamdulu mak saya selalu tanam lidah buaya
BalasPadamhak yang ni tak pernah
tapi memang ada banyak khasiat kan
Betul ke ada org ckp jin takut pokok ni sbb tajam daunnya..tanam kt umah mmg bagus.sila bg penjelasan bunda.
BalasPadamAssalamualaikum bunda..betul ke pokok ni boleh buat pendinding umah dr gangguan jin.sila beri jwpan ye bunda.sy kompius ni..
BalasPadamTanpa nama dan zara rafee...tentang pendinding dan jin takut dengan pokok ini bunda tak tau pulak...bunda tak pernah dengar pun...mungkin kerana namanya tu kot orang cakap cam tu...
BalasPadamwallahu'alam..
Ws sy utk dptkn benih pokok lidah buaya atau aloe vera 0107079200 (azrin) tq
BalasPadam