Khamis, 15 Mei 2014

Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...

Sebagaimana umum tahu pada 16 Mei setiap tahun kita akan menyambut  Hari Guru.  Hari Guru di ujudkan untuk mengiktiraf, meraikan dan mengenang jasa Guru. Tema Sambutan Hari Guru ke 43 Tahun 2014 ialah Guru : Pencetus Kreativiti Penjana Inovasi.  Merujuk Surat Pemberitahuan KPM  maksud  Definasi  Tema Hari Guru pada tahun ini ialah seperti berikut:

DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI

* GURU : 
Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan negara.

* PENCETUS : Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan semua ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu . Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.

* KREATIVITI : Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.

* PENJANA : Merujuk maksud guru sebagai penggerak  atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.

* INOVASI :
Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

"Jutawan Akhirat" : Guru, Pendidik dan mereka iaitu Penyampai Ilmu Yang Berguna.

Kepada semua guru-guru diluar sana dan juga rakan-rakan blogger yang bergelar Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Mu'alim, Murabbi, Master, Sifu dan seumpama dengannya ... Bunda ucapkan  'Selamat Menyambut Hari Guru' .. Jasamu Tetap Dikenang...



38 ulasan:

  1. Selamat Hari Guru juga buat semua guru :)

    BalasPadam
  2. selamat hari guru buat guru2 seluruh malaysia

    BalasPadam
  3. Salam Bunda,,
    Bila Baca entri bunda ni dah gaya mcm nk berucap kat pentas plk.. ehehe..
    selamat hari guru :)

    BalasPadam
  4. Selamat Hari Guru jasa guru tak terbalas.

    BalasPadam
  5. Selamat Hari Guru kepada semua pendidik. Jasa dan pengorbanan mereka memang tidak terbalas.

    BalasPadam
  6. Moga setiap ilmu yang disampaikan oleh guru mendapat ganjaran pahala sewajarnya,.selamat hari guru..dan hari hari adalah hari untuk kalian..moga anak didik sentiasa menghormati guru..

    BalasPadam
  7. Selamat hari guru buat semua guru2...

    BalasPadam
  8. Kami guru Malaysia
    Berikrar dan berjanji
    Mendidik dan memimpin
    Putra putri negara kita

    Lalalalala

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Guru buat semua cikgu!!! Terima kasih! :D

    BalasPadam
  10. guru ibarat lilin yang mnenerangi kehidupan..hormatilah guru kita

    BalasPadam
  11. Selamat hari guru buat guru2. Jasa mereka tak ternilai.

    BalasPadam
  12. salam bunda~
    jadik cikgu di zama sekarang memang besar tanggung jawabnye kan~
    semoga Allah membalas semua jasa cikgu2.

    Selamat menyambut hari guru~

    BalasPadam
  13. semuga Allah memberi ilham kepada semua guru2 supaya dpt tolong kita mendidik anak2 jadi beriman...

    BalasPadam
  14. Salam Bunda,

    Selamat Hari Guru buat semua guru² di Malaysia..semoga guru menjadi tunjang pendidik dan pemangkin negara untuk anak² kita generasi sekarang

    BalasPadam
  15. Selamat Hari Guru buat kawan2.

    Baca entry bunda ni, terasa berat sungguh tugas sebagai guru..huhuhu

    BalasPadam
  16. walau berpuloh tahun tinggalkan alam persekolahan namun masih ingat jasa2 guru...

    BalasPadam
  17. selamat hari guru pada blogger cikgu ...

    BalasPadam
  18. Terima kasih kepada guru yang banyak berjasa. Selamat Hari Guru.

    BalasPadam
  19. selamat hari guru buat semua guru2 di malaysia.. baru je tulis entri pasal hari guru ni, esok autopublish.. sbb esok 16 mei.. heheh

    BalasPadam
  20. Selamat hati guru buat semua guru..
    Guri yg paling saya ingat cikgu darjah satu saya cikgu Norsidah Ahmad..

    BalasPadam
  21. SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU SEMALAYA..

    BalasPadam
  22. Assalammualaikum.. bunda,

    selamat hari guru buat bunda gak.... k.

    mselim3

    BalasPadam
  23. Ibu - guru pertama utk anak2..

    Selamat hari guru..

    BalasPadam
  24. Teringat masa kakak jadi guru dulu kalau hari guru pasti kami menyanyi lagu Kami guru Malaysia... pakai baju sedondon... tinggal kenangan.

    Selamat Hari Guru buat semua. Kerana kita semua adalah guru cuma tak formal.

    BalasPadam
  25. Selamat Hari Guru buat semua
    Semua kita sebenarnya adalah guru cuma tidak formal aje KN..

    BalasPadam
  26. salam bunda...selamat hari guru...bukan senang nk jadi jutawan akhirat kan...

    BalasPadam
  27. selamat hari guru kepada semua pendidik
    terima kasih untuk segalanya! =)

    BalasPadam
  28. selamat hari guru jugak buat bunda..

    BalasPadam
  29. Guru adalah Pahlawan tanpa tanda jasa

    BalasPadam
  30. Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru di seluruh Malaysia..

    BalasPadam
  31. Selamat Hari Guru buat semua pendidik, tanpa guru siapalah kita hari ini...

    BalasPadam
  32. Bagusnya bunda buat entry tentang hari guru ni.

    BalasPadam
  33. Selamat hari guru. Tanpa guru yg mengajar kita ABC, alif ba ta, 123 siapalah kita di sini....

    BalasPadam
  34. selamat hari guru buat semua yang bergelar guru, langsung atau tidak langsung dalam memberi ilmu pada semua .. :)

    BalasPadam
  35. Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.. tanpa guru siapalah saya... siapalah kita..

    BalasPadam