Selasa, 6 Mei 2014

Perginya Bintang Legenda : Trio Bujang Lapok..


seniman legenda datuk aziz sattar/ehsan google


Bismillahirrahmanirrahim,

As Salam...



trio bujang lapok/ehsan google



Kembalinya kerahmatullah sebutir lagi bintang iaitu Seniman Datuk Abdul Aziz Bin Sattar, (Pak Ajis) 89 tahun, pada jam 2 pagi 6 Mei 2014 ...ini bermakna tiada lah lagi Trio Bujang Lapok,  Bintang Lagenda seangkatan Tan Sri P.Ramlee era 50-an itu.

masjid bandar tun hussein onn, cheras..

Arwah di masukkan ke Hospital KPJ Kajang sejak Ahad lalu kerana serangan jantung. Jenazah arwah di bawa balek kerumah anak perempuannya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras dan di mandikan di Surau Al-Amin yang berdekatan jam 11.30 pagi dan terus di bawa ke Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras untuk di sembahyangkan.

acara pengkebumian dan bacaan talkin..

Jenazah di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Cheras Perdana selepas zohor. Majlis tahlil dan bacaan yassin juga  diadakan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras selepas Isya'.

Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun..

disemadikan di tanah perkuburan islam, cheras perdana..



**Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah keatas roh arwah semoga ditempatkan disisi mereka yang beriman...



43 ulasan:

  1. perginya meninggalkan kesan pada kita semua

    BalasPadam
  2. Walaupun jasadnya telah bersemadi di sana..namun lakonannya sentisa hidup bersama generasi mendatang..untuk kita mengubat rindu..Alfatihah..

    BalasPadam
  3. Alfatihah buat allahyatham
    oh kat BTHO rupanya...

    BalasPadam
  4. arwah diberikan umur yang panjang. baru baca kisah arwah yang dikatakan stabil di sinar harian pagi tadi, tiba2 dapat berita meninggal dunia subuh hari. innalillahi wainna ilahi rojiuun.

    BalasPadam
  5. As salam Bunda...bunda sihat?
    Bunda sedih Umi Qi dgr kbr berita ni....al-fatihah buat arwah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah bunda sihat anakanda ku sayang...

      Padam
  6. Al Fatihah Buat arwah & takziah untuk seluruh keluarga beliau..

    BalasPadam
  7. Innalillah...hilangnya sebutir permata, tapi sinarnya tetap menyinar dilayar perak sampai bila2.
    Semoga aman disana...takziah buat keluarga allahyarham

    BalasPadam
  8. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun..
    alfatihah dan salam takziah

    BalasPadam
  9. Al-fatihah~

    Takziah buat seluruh ahli keluarga dan saudara mara arwah.

    perginye sebutir bintang yang cukup berharga.

    BalasPadam
  10. salam bunda
    alfathihah utk arwah juga ..
    dan ucapan takziah buat keluarga arwah ..
    moga roh abang ajis ditempatkan bersama sama org yg soleh

    BalasPadam
  11. Innalillahi wa inna ilaihi rojiuun..

    BalasPadam
  12. Alfatihah...disedekahkan kepada Allayarham... innalillah...
    meninggal pada usia 89 tahun..kira panjang umur..tu... Semoga dia mendapat husnul khatimah...

    BalasPadam
  13. Alfatihah. Semoga roh beliau dicucuri rahmat.

    Baru tau yang usia beliau hanya muda setahun dari usia Tun Dr Mahathir.

    BalasPadam
  14. terasa allahyarham ini dekat di hati walau x dikenali secara dekat...

    BalasPadam
  15. Alfatihah utk Allayarham Aziz Sattar yg pergi menemuiNya kelmarin dan Allayarham Pak Cik Jamal Muhammad yang baru dijemput menemuiNya 11.00 pagi tadi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..bunda pun baru tau Pak Cik Jamal meninggal di berita RTM ptg tadi...

      Al Fatihah utk arwah...

      Padam
  16. Salam Bunda..
    salam takziah buat keluarga arwah..
    semoga arwah diampunkan segala dosa dan ditempatkan disisi hambanya yg solihin..

    tgk pic mcm bonda turut sama berada disana..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang betul tu Cma...pandai Cma...Bunda berada dirumah anak arwah sejak jam 4.30 pg sebaik saja di beritahu...

      Bunda juga ikut keluarga mereka ke Surau, ke Masjid dan ke Tanah Perkuburan..

      Padam
  17. AlFatihah.

    Habis sudah trio Bujang Lapuk pergi meninggalkan kita. Namun, gelak tawa melihat aksi mereka ni akan sentiasa menceriakan hati kita.

    BalasPadam
  18. Al-fatihah...hilang satu sukar diganti...

    BalasPadam
  19. Al-Fatihah... sama2 doakan..

    BalasPadam
  20. hilang lagenda seni tanahair....

    moga syurga tempat Allahyarham....

    alfatihah...

    BalasPadam
  21. Salam Bunda...
    mmg sedih bila tau Pak Ajis dah 'pergi'...hilang nya seorg lagenda yg diminati... Al-Fatihah & salam takziah...

    BalasPadam
  22. salam takziah untuk famili beliau

    BalasPadam
  23. Moga ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.

    BalasPadam
  24. salam bunda...lama x singgah jenguk bunda...sihat bunda?lindu plak rase kat bunda...hihi...kesempatan ni acu nk ucapkan slmat ari ibu pada bunda...smoga bunda shat slalu yer...take care bunda...

    BalasPadam
  25. Assalammualaikum... bunda,

    kehilangan permata "seniman bujang lapor' yang terakhir... yang tiada galang gantinya..

    mselim3

    BalasPadam
  26. DrNya kita dtg kpdNya kita kembali

    BalasPadam
  27. perginya seorang seniman..gelak tawa lakonan allahyarham saja yg tinggal.Al-Fatihah

    BalasPadam
  28. inalilahi wainalilahi rojiun
    terkejut bila dapat tahu aritu
    moga dia ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman

    BalasPadam
  29. Saya amat meminati beliau... yelah, siapa tak suka arwah ni. Teringat beberapa kali berjumpa beliau, yg paling tak lupa pernah saya satu flight dgn arwah waktu ke Brunei secara kebetulan... mmg lawak org lamalah.. satu flight havoc dgn dia ni.. mmg peramah & semulajadi lawak.
    Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman... Al Fatihah.. aamiin.

    BalasPadam
  30. Sentiasa akan terhibur dengan filem2 bujang lapuk. Lagenda!

    BalasPadam