Khamis, 14 Ogos 2014

Blog Tentang Yaya




Bismillahirrahmanirrahim...

As Salam,

Salam Syawal ke 18  1435H ...masih berbaki beberapa minggu lagi.  Entri bunda kali ini bunda ingin meluahkan rasa terima kasih dan penghargaan bunda kepada  Blogger Cik Yaya  ini yang mana beliau juga adalah  Pengomen Tegar (Buah Hati Bunda)  Blog Teratak Bunda. 

"Ini blog Cik Yaya....( Tentang Yaya) Segala entri adalah tentang diri dia, dan tiada cerita tentang orang lain. Dia juga berkongsi segala pengetahuan yang dia tahu..semua khas untuk pembaca yang sudi membaca =) tq.   dari klang selangor."

Itulah kata-kata pengenalan dari blog beliau,  Tentang Yaya Walaupun Blogger Cik Yaya ini bunda kurang kenali dan jarang BW ke blog beliau, namun bunda sangat berterima kasih kepada beliau kerana beliaulah salah seorang blogger yang telah lama menjadi Pengomen Tegar  sejak mula-mula keujudan Blog Teratak Bunda  lagi.  Beliau juga merupakan Pengomen Paling Lama Teratak Bunda. Terima kasih Cik Yaya.

Begitu juga tak lupa ucapan terima kasih bunda kepada Blogger  Kesuma Angsana... kerana beberapa ketika yang lalu beliau juga Blogger paling lama Teratak Bunda....selain merupakan Pengomen Tegar Teratak Bunda beliau juga tersenarai dalam Top 5 paling lama dalam Buah Hati Bunda.  Cuma sekarang ni beliau dah lama tak update blog dengan alasan tertentu yang tak pasti.

Kembali kepada Blog Blogger Yaya tadi....apa yang menarik Blog Tentang Yaya ni kebanyakan entri beliau berunsur keagamaan. Banyak ilmu dapat di timba di sana. Pengikut Blognya juga setakat ini sudah seramai  2020. Lagi satu yang bunda terharu sangat dengan  Cik Yaya kita ni walaupun dia juga jarang BW ke Blog Teratak Bunda tetapi sekali dia datang komen... dia akan kaup 3  4 entri bunda sekali gus. 

Cuma sejak kebelakangan ini beliau kadang-kadang jarang update Blog Tentang Yaya, sibuk katanya.... walau apa pun terima kasih banyak Cik Yaya kerana tetap sudi ke Teratak Bunda. Kalau ada kalian yang belum mengenali beliau...bolehlah terjah blog beliau Blog Tentang Yaya.


*** Kini sudah dua tahun usia Teratak Bunda... Cik Yaya masih setia menjengah kesini. Terima kasih... semoga Blog Tentang Yaya lebih maju jaya dimasa-masa akan datang.




28 ulasan:

  1. Jom pakat terjah ke blog tentang Yaya ni.

    BalasPadam
  2. tahniah sebab yaya rajin...bolehla pasni singgah ke blog yaya...^_^

    BalasPadam
  3. Satu penghargaan kepada sesama teman blogger
    Mesti Yaya terharu dgn N3 ini..

    BalasPadam
  4. singah dan singgah

    BalasPadam
  5. Tahniah buat yaya. Nak terjah jap.

    BalasPadam
  6. Insya Allah..ada masa saya akan jengah blog Tentang Yaya tu..:)

    BalasPadam
  7. Saya akan terjah blognya nanti, insyaallah...

    BalasPadam
  8. Lepas ni ramai la pelawat akan datang ke blog tentang yaya tu. Hehe

    BalasPadam
  9. hepi cik yaya bunda buat entry khas utk die...betul2 menghargai die ni heheheeheh....

    tu la bunda bile kite ade pengomen tegar mmg kite rase terharukan...lagi2 yg jenis tak pernah miss komen.... rase mcm kenal lame plak kan bunda...kalo boleh jumpe lagi seronok...

    BalasPadam
  10. Memang berbunga di hati kalau ada pengomen tegar nikan, Bunda. Satu macam rasa keseronokannya. Kalau sayalah, bila ada kawan-kawan yang selalu mengomen di blog dan tetiba tiada kelibat komennya, mulalah tertanya-tanya mana perginya si kawan yang satu ni. Tahniah buat Yaya, yang tak jemu-jemu terjah blog Bunda. KA pun dah lama tak nampak. Sibuk di alam nyata agaknya ...

    BalasPadam
  11. bagus bloggernya, sekurang-kurangnya ada stand sendiri

    BalasPadam
  12. saya tak termasuk senarai pengomen tegar ek.. Huhu..

    BalasPadam
  13. mama nak kenal jugak lah cik yaya ni bunda..

    BalasPadam
  14. tahniah cik yaya...kesuma angsana juga pengomen tegar blog sy...kini beliau sibuk dgn urusan keluarganya...

    BalasPadam
  15. Dah lama Cik Yaya tak singgah ke Sulaman Lace Heaven
    http://fuzamusa.blogspot.com/

    BalasPadam
  16. Nanti kak zai nak jalan2 ke blog tentang yaya.

    BalasPadam
  17. Bila ada teman-teman blogger macam ni lah yang buat kita sentiasa nak update blog. Semoga terus berkarya semua. =)

    BalasPadam
  18. tahniah yaya...nak jejak yaya!!

    BalasPadam
  19. Tahniah Yaya.. in shaa Allah, akan terjah ke blognya nanti... :)

    BalasPadam
  20. lpas ni boleh la saya ke sana baca blog yaya ni ya bonda...

    BalasPadam
  21. Boleh jalan2 ke blog Yaya nti..:)

    BalasPadam
  22. Bolehlah nak berkenalan dan terjah blog cik yaya ni juga nati.. ^_^

    BalasPadam
  23. wah siap ada ulasan tentamg top komentor
    ni nak kena singgah blog dia juga ni

    BalasPadam
  24. Dimanalah letaknya blog kalau xde pengomen tegar seperti yaya n KA kan bunda... :)

    BalasPadam
  25. Jm pun nk terjah jgk lah :-)

    BalasPadam
  26. salam bunda..
    nnti cma try terjah blog beliau.. ^^

    BalasPadam
  27. eh..bunda wat entri ttg yaya ke..heee
    me ksih bunda.. ^_^
    yela..bunda pon rajin jugak pe mai blog yaya..yaya ni bukn dpt selalu BW..
    bila ada mse cmni baru merajinkan diri lawat blogger2 lain..heeee =D
    tp sesibuk mana pon walau xdpt update entri,ttp BW bloggr2 lain yg mana sempat..
    kita blogger kena saling tolong mnolong,kan..lau x,spe lagi..heeee ^,^

    BalasPadam