Jumaat, 12 September 2014

Kisah Misteri: Wanita Tua

makcik laparr nakk..


Bismillahirrahmanirrahim...As Salam,

Salam Jumaat ...
entri bunda kali ini bunda ingin berkongsi dengan kalian secebis kisah masyarakat, agar kita sama-sama mendapat iktibar...InsyaAllah.. kisah nya begini....


.............................................................................................................................................


Sudah lama Halim mengidamkan nasi ayam Kak Leha di hujung jalan.. mujurlah hari ini dia mendapat gaji bulanan dari majikannya.. Halim bersama isteri dan anak tunggalnya turut serta membeli nasi ayam Kak Leha.. niat di hati ingin makan di sana.. oleh kerana terlalu ramai orang di sana mereka mengambil keputusan untuk bungkus saja.. makan di rumah lebih selesa...

Halim memesan makanan.. isteri dan anaknya hanya tunggu di dalam kereta yang di parkir di tepi jalan.. Setelah agak lama menunggu... akhirnya pesanan mereka siap juga... Halim mengambil bungkusan makanan dan terus ke kaunter untuk membayar...

Sedang membayar lengannya terasa di sentuh dari belakang. ..di lihatnya seorang mak cik tua...kusut masai...compang camping pakaiannya...berdiri menadah tangan menghadap Halim....bau busuk menusuk hiidung Halim....busuk teramat. Halim cuba menahan bau busuk yang datang dari orang tua tersebut. ..."nakkk..mak cik lapar nakkk"... hanya itu yang keluar dari mulut orang tua itu, ...terketar-ketar badannya... mungkin kurang kudrat untuk menghadapi hudup....mungkin juga kerana umur dah lanjut...

Sayu Halim melihat orang tua tersebut, ...tanpa berfikir panjang, Halim mengeluarkan sebungkus nasi kemudian di beri kepada orang tua itu... "terima kasih nakkk"...lemah suara orang tua itu. Orang masih ramai di kedai, isteri dan anaknya sudah lama menuggu...dia terus saja ke kereta..

Halim mengeluarkan nasi dan memberi pada isteri dan anaknya.. "eh! mana nasi abang?" tanya isterinya kepelikan.   "owhh! tadi abang beri kepada se orang mak cik tu, kesian...dia laparr.." Halim menerangkan kejadian sebentar tadi.

Mereka makan bersama berkongsi bahagian masing-masing...


.................................................................................................................................

3 Bulan Kemudian...

Hampir luruh hati Halim dan isterinya apabila doktor memberitahu anak tunggal mereka ..menghidap barah. Anaknya terbaring di katil... kejadian yang tidak di sangka... sakit kepala yang berlarutan itu rupa nya barah.

Pada malam itu isteri Halim menemani anak nya. Dia tidur di atas bangku bersebelahan katil anak nya....dia hanya mampu berdoa kepada ALLAH...tak berhenti-henti air matanya mengalir. 

"Astaghfirrullahal'azim "...isteri Halim beristighfar berkali-kali...tersentak dari tidurnya..terbangun dari mimpi sebentar tadi.

Dalam mimpinya...dia melihat ada seorang tua, berpakaian compang camping menghampiri katil anaknya...dan memberi anakknya minum segelas air... "bangunlah nak, anak kamu sudah sembuh"... dia terus terbangun selepas mendengar kata-kata dari orang tua tersebut.

Keesokan paginya dia terus menceritakan kepada suaminya tentang mimpi yang di alaminya. Halim benar-benar terkejut...dari apa yang di ceritakan isterinya...Halim kenal, siapa orang tua tersebut.  Itulah orang tua yang di jumpainya sewaktu di kedai makan beberapa bulan yang lalu.  "Sayang, ingat lagi tak yang abang pernah bagi nasi kepada se orang tua??.. apa yang sayang ceritakan amat mirip dengan mak cik tu..."


..................................................................................................................................

Halim seakan-akan tidak percaya,  "miracle"... itulah yang terpacul dari mulut doktor... setelah melakukan pemeriksaan berkala...doktor mengesahkan barah yang dihadapi anaknya...hilang.... anaknya sudah sembuh.. tak henti-henti Halim dan isteri nya..mengucapkan Hamdalah...memuji Tuhan..

Siapakah orang tua tersebut..? Halim sering terfikir ...apakah akan terjadi jika dia tidak memberi sedekah kepada orang tua tersebut???...  Wallahu'alam... hanya Allah yang maha mengetahui.



*** Sesungguhnya sedekah itu menolak bala...wallahu'alam...


SUMBER: Kongsi Apa Saja







42 ulasan:

  1. Terima kasih berkongsi bunda...memang diakui sedekah tidak mengurangkan sedikit pun harta kita...

    BalasPadam
  2. Amalan yang semakin kurang diamalkan. Salah satunya masyarakat was-was antara peminta sedekah miskin dengan peminta sedekah sindiket. Apapun sebagai manusia yang lebih mampu dari yang menadah, kita boleh sedekeh. Dia menipu, sindiket ... itu adalah urusannya dengan ALLAH. Mana tahu apa yang terjadi dalam cerita ini akan terjadi dalam diri kita. Wallahualam...

    BalasPadam
  3. miricle..
    dlm hidup kita percaya.. setiap kebaikan dibals kebaikan

    BalasPadam
  4. Buat baik, dibalas baik.. Inshaallah... Saya pun sedang cuba berubah ke arah lebih baik.. hm.. =D

    BalasPadam
  5. niat dengan ikhlas..pasti balasan baik..nice sharing Bunda..:)

    BalasPadam
  6. Subhanallah. Dengan syarat, sedekah itu haruslah dengan niat yang ikhlas, dengan hati yang bersih tanpa riak.

    BalasPadam
  7. Sungguh apa juga yg tercatat sebagai ayat Allah tidak perlu dipertikai. Telah dikatakan setiap amalan sedekah akan Allah berikan ganjaran berlipat kali ganda. Jadi jika Allah mahu memberikan lebih dari itu adalah suatu yg tak mustahil.

    Jgn takut utk memberi walau sedikit.

    BalasPadam
  8. Subhanallah...mmg benarlah janji Allah ttg kekuatan bersedekah...blh menolak bala...
    ini satu pengajaran hebat penuh iktibar...
    tima kasih bunda kongsikan cerita ini...

    BalasPadam
  9. Cerita nampak bagai tidak logik pada pemikiran..tapi Itulah kekuasaan ALLAH S.W.T...apa yg ada dilangit dan bumi adalah miliknya...dan jika DIA berkehendakan itu berlaku maka itulah yg akan berlaku...besarnya Fadilat bersedekah..walaupun pemberian hanyalah sebungkus nasik....wallahualam...

    BalasPadam
  10. bersedekah amalan yg mulia..banyak hikmahnya bersedekah..cerita yang wajar dikongsikan bersama..
    http://jnjikita.blogspot.com/2014/07/ketenangan-bersedekah.html

    BalasPadam
  11. alhamdulilah ...berkat dermawan hati si ayah Allah beri ganjaran yang tak di sangka....moga jadi pengajaran untuk kita semua

    BalasPadam
  12. Terima Kasih Bunda.
    sangat bermanfaat cerita ini.
    InsyaAllah.. Zura akan cuba banyakkan sedekah.
    masih mendidik jiwa sendirik dan anak2 dlm sedekah nih.
    terima kasih sekali lagi Bunda,

    BalasPadam
  13. terima kasih bunda atas perkongsian membuka minda ...

    BalasPadam
  14. wpon sering rasa x cukup, cuba juga memberi, InsyaAllah berkat rezeki kita, x gitu...

    BalasPadam
  15. buat baik selalu.mudah2an kita pun dapat yg baik2 saja.

    BalasPadam
  16. Salam Jumaat BUNDA..Sedekah amalan yang mulia...Biar sedikit tapi ikhlas..

    BalasPadam
  17. Besok makna di sebalik cerita ni
    Nak bagitau betapa tingginya pahala bersedekah

    BalasPadam
  18. hebatnya fadhilat sedekah, moga kita tergolong dlm golngan org yg pemurah. Tq info.

    BalasPadam
  19. Bersedekah banyak kebaikannya. Bukan kurang pun harta kita. Malah bertambah lagi. Setakat RM5, RM10 untuk sedekah bukan banyak mana pun. Niat kita hendak menolong dengan bersedekah habis cerita.

    BalasPadam
  20. SUBHANALLAH...APA SAJA KEHENDAK ALLAH PASTI BERLAKU N JANJI ALLAH TIDAK PERNAH MUNGKIR...BERSEDEKAH MELIMPAHKAN REZKI N MNGHINDAR MUSIBAH...

    BalasPadam
  21. tersentuh.......

    BalasPadam
  22. Bersedekah amat besar hikmahnya.. Ia juga dpt membersihkan hati & jiwa. T kasih atas perkongsian yg bermanfaat ini Bunda.

    BalasPadam
  23. what u give u get back..mungkin ada benar pepatah ni bunda..apa pun Allah dah janjikan kebaikan akan dibalas dengan kebaikan..kisah Halim yg betul2 memberi pengajaran..:)

    BalasPadam
  24. tak miskin org yg memberi tak kaya orang yng kedekut

    BalasPadam
  25. Itu namanya Tuhan bayar cash. Kadang2 cara Tuhan bayar cash tak dapat diterima oleh logika akal, tapi kuasa Allah melebihi logika akal makhluk yang diciptaNya. Saya sendiri pernah mengalaminya....: http://mycuteshoppe.blogspot.com/2013/02/tuhan-bayar-cash.html

    BalasPadam
  26. terkesan dengan coretan ini, ia sebagai pengajaran buat kita

    BalasPadam
  27. Allahuakbar..saya terkedu bonda..

    BalasPadam
  28. assalam bonda :)
    firstly. tima kasih ye sbb singgah blog saya.nti hbs pantang sy bw secara marathon ye :)

    BalasPadam
  29. tak rugi kita bersedekah bunda walau dlm apa pun keadaan ...

    BalasPadam
  30. nice sharing bunda... oleh itu kita jangan la lokek untuk memberi... walaupun ianya hanya seteguk air kosong... :)

    btw, idah ada tag bunda dalam The Versatile Blogger Award :)
    http://acikidah.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html#

    BalasPadam
  31. Ya Allah hebatnya kuasaMu, tersentuh membaca ni Bunda. Subahanallah. Hebat infor amat beri kita muhasabah diri

    BalasPadam
  32. Kisah yg membuatkan kita menilai akan betapa besarnya ganjaran bersedekah...

    BalasPadam
  33. KAK TAG BUNDA..http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blogger-award.html

    BalasPadam
  34. Allahuakbar... betul bunda... sedekah juga boleh menyembuhkan penyakit... saya pun kerap ajar anak2 saya agar rajin bersedekah...

    BalasPadam
  35. Subhanallah..besarnya ganjaran bersedekah. Menilai semula diri ini dengan n3 bunda ini..

    BalasPadam
  36. Saya juga terharu dengan entry ni
    . Smoga sentiasa diberikan petunjuk dan keikhlasan utk bersedekah.

    BalasPadam
  37. Bersedekah itu penyembuh penyakit.. InshaAllah..

    BalasPadam
  38. MEkasih atas perkongsian bunda. Tak rugi kita bersedekah.

    BalasPadam
  39. bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan apa2 balasan
    sesungguhnya yang memberi itu lebih baik dri yang menerima..
    Wallahua'lam..

    BalasPadam
  40. Subhanallah...x kisahlah org tu susah betul atau yipu..amalan memberi sedekah harus dipupuk dari awal...kita x tau nasib kita akan dtg

    BalasPadam
  41. Subhanallah, besar sungguh ganjaran bagi orang yang berdedekah, satu lagi..sedekah juga dapat memanjangkan usia kan...

    BalasPadam
  42. Salam Bunda..
    subahanallah....
    mmg 'keajaiban' bersedekah itu tidak disangka2..
    deep story.. :')

    BalasPadam