Sabtu, 20 September 2014

Tanam Semula





Bismillahirrahmanirrahim.. As Salam,   

Bunda pernah bw ke blog sud@ai  salah seorang blogger yang rajin ke Teratak Bunda dan selalu upkan entri berkenaan pokok tanaman  herba.  Sebenarnya ramai lagi rakan blogger kita yang blognya bertemakan cucuk tanam selain  sud@is  mereka ialah @na  dan  Normala Saad.. mereka juga rajin ke Teratak Bunda..

 Bunda kagum tengok tanaman mereka yang bermacam jenis dan subur-subur. Bukan ramai orang yang ada bakat bercucuk tanam ni.  Pada pendapat bunda walaupun pokok tanaman kita tu.....  tak kiralah pokok bunga ke, pokok buah-buahan ke, pokok herba atau pokok sayuran ke... sekiranya seseorang itu tiada skill dan tangan yang sejuk (green fingers) dan penjagaan yang betul....maka tak juga menjadi pokok tanaman itu.

Bunda ni nak kata mahir sangat atau rajin sangat bercucuk tanam dan berkebun ni tak lah jugak. Tetapi bunda memang minat juga untuk bertanam serba sedikit pokok herba atau yang biasa untuk kegunaan dalam masakan seharian kita di keliling rumah. Malangnya banyak yang bunda tanam tak berapa menjadi...seperti pokok daun kari, serai, pokok cili dan pudina. Seperti pokok ulam raja, pegaga dan cenehom(daun kesom)   biasa nya bolehlah tahan.....menjadi jugalah  hasilnya dan puas lah juga  makan.


Entry sud@ai  berkenaan  bunga kunyit vs bunga halia ni bunda sangat gemar... sebab bunda pernah juga tanam pokok kunyit yang berbunga. Tapi pokok halia bunda belum pernah tanam. Sebelum puasa haritu bunda cantas buang banyak pokok tanaman yang tak menjadi dan tua untuk bunda semai dan tanam semula. Seperti pokok kunyit ini, ia sedang membesar, cantik, subur dan lebar-lebar daunnya. Malangnya...lihatlah daunnya dah di makan ulat daun dan siput babi. Tak dapat nak elakkan.



Pokok ubi ini bunda ambil benihnya dari kampung bunda... baru nak hidup. Ada 3 pokok lagi sedang membesar. Nanti daunnya boleh di buat ulam atau masak lemak cili api dan ubinya boleh di rebus, di goreng , buat lepat dan macam-macam lagi.... InsyaAllah.



Pokok pandan ni bunda tanam semula sebab pokok yang lama dah tumbang kerana terlalu merimbun, berat dan tua. Bunda cantas dan buang ...bunda hanya ambil beberapa anak pokok dan tanam semula. Tetapi sekali ini bunda dapat rasakan pokok pandan bunda sekali ini sedikit slow tumbesarannya. Tak tahu kenapa...pada hal sama ajer penjagaan dan bajanya.

Tak apa lah asalkan ia tak mati terus atau  terbantut sudahlah. Banyak gunanya pokok pandan ni. Boleh guna dalam masakan, boleh buat wangian disudut-sudut  rumah dan dalam kereta,  juga boleh letak dalam gerobok-gerobok untuk halau lipas dan semut kata orang. Rugilah kalau kita tak tanam, sekiranya tak ada ruang di halaman rumah boleh tanam dalam pasu juga.




Haa ! pokok daun kari ni lagi satu cabaran untuk bunda...tak pernah menjadi sampai terus membesar macam pokok kari jiran sebelah bunda tu.(tingginya melebihi ketinggian manusia dewasa).  Paling besar bunda pernah tanam pun ada lah sekali tu dalam 1 1/2 kaki jer tinggi.nya....lepas tu kena penyakit daun kerinting dan ulat bena  pulak...bantut terus.   Aduhai...memang mencabar betul..Sekali ni bunda tak tahu lah...harap-harap menjadi lah. Bila dah besar sikit nanti bunda akan ubah ke tanah.



*** Kalau pokok bunga lagilah bunda fail untuk tanam....kecuali pokok bunga kertas....pokok buah?..ntah...tak cukup tanah lagi nak cuba tanam...


64 ulasan:

  1. kalaulah dekat..saya dah bg pokok kunyit kat Bunda...banyak sangat bila dibubuh baja daunnya merimbun....tp jarang digali isinya..malas hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ke Kamsiah...hehe..nanti raya haji tak payah beli dah daun kunyit dan ubinya utk merendang...

      Buat masak dengan kunyit hidup ni lagi sedap n wangi...kuningnya pun lagi cantik kan...

      Padam
  2. salam bunda, saya baru tanam pokok sirih dalam pasu. pokok kunyit bunda macam menjadi tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owh! boleh ye tanam dlm pasu?..Pernah juga bunda tanam pokok sireh ni...

      Jiran bunda ajar...sbb geram tengok pokok sirehnya besar merimbun...dia tanam tepi tiang letrik jer..

      Bolehlah...menjadi jugak utk pakai sendiri...walaupun pokok nya cekeding...daun pun tak selebar macam pokok jiran tu...huhu..

      Padam
  3. Bunda, saya pun dalam.proses tanam semula pokok di laman kecil saya. Nampak semak sangat, jadi saya cabit dan nak tanam semula. Nampak lebih kurang je pokok yg kita tanam ni.. saya tengah usahakan pokok ubi kayu, pandan, lengkuas, serai, dan nak pindahkan pokok limau purut yang makin besar tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang cakap pokok serai lah yg paling senang nak tanam n hidup...

      Takder maknanya kalu tangan spesis bunda ni...yang ada dua rumpun tu macam pokok lalang jer bunda tengok..

      Dah lah halus2...daunnya pula tak cantik..kering...coklat kehitaman warnanya..

      Malu nak tunjuk...dalam proses cantas ..buang n tanam semula juga nanti...

      Padam
  4. Rajin bunda menanam.. saya pun tanaman ni pun kena tanam semula.. byk yg dah mati Dan kena penyakit daun.. especially daun Kari saya bunda..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah, ,tak apa bunda..teruskan bercucuk tanam,,insyaAllah satu hari mesti menjadi..masa tu bunda tersenyum ceria..PC pun suka menanam,,tapi tabiat PC suka sanfat tabur baja macam pakai bedak,,nak hari hari..akhirnya terkulai layu..panas sangatt..ermmm..

    BalasPadam
  6. bunda, setuju dengan ayat ni

    tiada skill dan tangan yang sejuk (green fingers) dan penjagaan yang betul

    saya ni memang sah sah tangan tak sejuk. walaupun belajar skill, tapi tetap tak jalan jugak, hehehe

    BalasPadam
  7. Salam Sabtu Bunda...suka kita tengok pokok-pokok ni..kalau kat kampung senang nak tanam kan...

    BalasPadam
  8. asalam Bunda. Ala semalam hingga sekarang tak ada line tempat Etuza..ada kerosakan elektrik kampung sebelah semua tak jadi pengcas tak boleh di guna..ni etuza pergi pekan keningau..di cyber hehehe..baru dpat online blog..ketinggalan dah ni,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bunda pun jarang buat entri ..masaalah internet...tak larat nak topup selalu..huhu..

      BW pun just guna hp jer...

      Padam
  9. wah rajin bertani ni banyak faedah..rezeki murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya mengisi masa terluang cikgu...disamping mengeluarkan peluh...

      Padam
  10. rajin bunda cucuk tanam ya....pokok pandan tu kurang air kut bunda sebab tu slow tumbesarnya....daun kari memang gitu agaknya bunda ,yg saya tanam ni pun mula2 je cantek ,lama2 sikit kena makan ulat pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saniah...nak kata kurang air tak juga...mungkin bunda tak clear betul2 tanah nekas tanaman lama...

      Pandan lama tu memang merimbun sangat dan tua...susah jugak nak cangkul..gali akar2 lama yang sampai dah terkeluar kepermukaan tanah..

      Nanti ada masa bunda nak rombak n tambah tanah baru dan letak baja..

      Padam
  11. Kalau kak zai mananam pokok2 herba jarang hidup subur tapi kalau pokok bunga mau pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti berseri dan harum mewangi taman Kak Zai kan...

      Padam
  12. bagus juga Bunda. sebab kalau emergency nk guna kunyit ke serai ke, senang ja pi blkg rumah ambik..kan mudah.fresh lagi.

    BalasPadam
  13. rajin bunda.. bagus aktiviti ini ^_^

    BalasPadam
  14. rajin nyer bunda menanam...
    ita kalau bab menanam ni fail jugak..selalu je mapuh...
    hayat pokok tak pernah panjang

    BalasPadam
  15. bercucuk tanam ni hobi yg menggembirakan apalagi setelah melihat hasilnya...

    BalasPadam
  16. Saya pun ada pokok bunga halia tu kat rumah.. sama jugalah.. hari tu hampir togel dikerjakan siput babi.. terpaksa beli ubat siput hmmm...

    BalasPadam
  17. nampak segar pokok kunyit bunda...

    BalasPadam
  18. Salam bunda;
    tahniah...tengok kebun bunda ni bersih dan rapi sgt...semua pokok nmpk subur2...seronok tengok..
    happy gardening bunda...

    BalasPadam
  19. Rasa terharu, link saya ada disini... sebenarnya bukan banyak mana pun bunda pokok tanaman, saya pun belajar dari sifu saya iaitu @na..kat laman beliau berjenis herba yang saya tak pernah nampak, apa lagi merasa, contohnya... tomatilo....

    Tq bunda sekali lagi....
    Anak pokok kari mula2 memang susah dan lambat sikit nak , tapi bila dah hidup merimbun jadinya...

    BalasPadam
  20. SA sejak dh berumur 30an ni kan...suka sgt nk bercucuk tanam .ni tgh kumpul pokok orchid...sebab penjagaan x susah kan....nanti dh byk SA kongsi ye ..

    BalasPadam
  21. dlm byk2 pokok pokok kari yg susahh nak hidup.
    tapi lps cubaan2 hidup jugalah pokok kari di belakang dapur rumah saya.
    senang nak memasak , buka pintu pergi petik saja.

    BalasPadam
  22. saya pun suka tanam menanam ni, tapi since takder tanah untuk bercucuk, tengok tanaman orang jer la.

    BalasPadam
  23. seronok bila menjadi kan bunda...rasa satu kepuasan...

    BalasPadam
  24. nampak subur pokok kunyit.kalau nak merendang sekor ayam lepas tu bunda. tak payah beli..
    KY tag bunda ye :)

    BalasPadam
  25. salam bunda..
    subur nampak pokok kunyit yang bunda tanam,,
    sy setakat ni dengan pokok kari ok tp bermasalah dengan pokok daun kesum,,tak pernah jadi saya tanam.

    BalasPadam
  26. hehehe kalau bg husna plak mmg sikit pon tak menjadi lerr.. tak de chemistry dgn tanah ni..:p
    tp best kan kalau dtg umah orang pastu tgk2 laman dya yg penuh dgn pokok lagi2 pokok yg boleh diguna pakai.. jeles je rasa.. kalau nak apa boleh petik kat laman..:)

    BalasPadam
  27. bunda..nanti saya bagitau bunda ya macamana nak bagi pokok2 kari, daun limau purut ke yg ditanam dalam pasu boleh hidup, tak dimakan siput, tak dimakan ulat..heee..


    p/s saya tengah cari gambar dalam folder, heee

    BalasPadam
  28. Salam pagi isnin bunda.

    Bestnya rumah ada tanah. Bley bercucuk tanam macam nih. Nak masak petik jer ☺

    BalasPadam
  29. salam, memang nak tanam pokok tu banyak dugaan dan problem. Kak ni dah berpuluh tahun tanam tapi tetap menemui kegagalan...beli pokok yang subur dalam pasu pun boleh mati juga...tapi kalau dah suka dan minat..kita anggap tu perkara biasa....sampai la ni masih lagi ,mahu berlajar pasal tanam bunga...

    BalasPadam
  30. tangan bunda ni jenis sejuk agaknye...manjadi jugak semua....tangan lieya ni jenis panas kot...ari tu balik kg bawak balik anak pokok pandan, pisang, kari, limau, serai, rambutan ngan pisang...yg hidup pisang, limau ngan kari jek bunda....pokok kari mmg menrimbun naik.....dah hari2 kene masak kari haahahahaha...frust daun kesum tak naik2 nieh....

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum Bunda...apa khabar?rajinnya Bunda bercucuk tanam...

    BalasPadam
  32. Pokok daun kunyit tu paling sukar buat saya kerana terlalu payag nak menjaga dari serangan ulat dan serangga pemakan daunnya! Pokok karu tu pulak, saya ada sepokok...ianya tumbuh sendiri dalam pasu... Kalau ditanam memang payah nak hidup. Pokok ubi tu kenapa pilih yg berdaun merah, kalau utk buat ulam, yang berdaun putih lagi sedap tau bunda.

    BalasPadam
  33. Salam Bunda.
    x rugi pada orang yang rajin berbakti pada tanah nih.
    tentu ade hasilnye.
    rumah zura dh x de tanah nak tanam pape.
    boleh tanam dlm pasu jer lah.

    BalasPadam
  34. as'salam bunda =)

    kkt uma yaya pon mak ad tnam pokok..senang pokok pndan la...
    hehe pastu dgn betik..nyum2 cepat tumbuh n berbuah =D

    BalasPadam
  35. Kita tak akan menyesal jika berbudi pada tanah kerana hasilnya sentiasa ada...

    BalasPadam
  36. ohhh, bunda rajin 'berkebun'...makcik tidak lah begitu rajin

    BalasPadam
  37. Pokok kari masa kecik memang mudah kena bena dan kerinting daun KN. Tapi jgn bunuh terus. Cantas aje mana yg perlu dibuang. nanti dia akan tunas baru dan cantik. Pokok kari kakak pun macam itu dah entah berapa kali kena cantas selalu sebab ada benah putih tu. Tapi bila cantas dia hilang sekejap.

    Memang kena buat selalulah nak buat macam mana lagi. Main cak-ba dgn bena hihi...

    BalasPadam
  38. Cantiknyaa pokok tanaman bunda.. segar2 jek tengok..:)

    BalasPadam
  39. SAYA MINAT JUGA BERCUCUK TANAM.. :)

    BalasPadam
  40. Ada kawasan boleh bercucuk tanam serba sedikit untuk kegunaan sendiri KN... cantik dan gemuk pokok kunyit tu.

    BalasPadam
  41. Salam Bunda..
    suami sy skrg adalah tanam pokok serai, kunyit, daun pegaga.. Ubi kayu pun ada.. hehe.. syukur menjadi..:)

    BalasPadam
  42. berbakti kepada tanah mesti membuahkan hasil. JM pun suka bercucuk tanam ni tapi tinggal di umah apartment x byk yg boleh tanam. Ada pokok daun kari mmg merimbun..x der masalah nk berkari hari2 :-)

    BalasPadam
  43. Pokok kari idah pun dah nak hampir sama dengan ketinggian tuannya... tapi daunnya selalu dimakan ulat... kena cuci selalu dengan sabun... :(

    BalasPadam
  44. Bestnya dapat bercucuk tanam macam ni, kalau nurul selalunya x menjadi bunda... orang kata tangan panas kan... kalau en suami yang tanam menjadi pula...

    BalasPadam
  45. Seronok bila baca tentang hasil tanaman ni. Ayah n emak saya pun rajin menanam macam-macam tumbuhan. Lebih-lebih lagi untuk masakan.

    BalasPadam
  46. berbudi pada tanah, pasti berhasil kan bunda
    kalau saya ni, tak jadi apalah kalau bercucuk tanam

    BalasPadam
  47. Bestnyer tanaman menjadi..
    Myra teringin gak nak bercucuk tanam.. :)

    BalasPadam
  48. ritu ms balik raya kt kpg..xsangka abah el tanam pokok kunyit tu tumbuh kemain byk haaa ngan serai2 sekali..sonok kan lau ada tanah lapang ni sng nk berbakti n hasilnya pun lumayan
    el pun suka gak bercucuk tanam ni..tp tgulah lah bila ada rumah bawh ni..kat umah ni el menumpang je..mil el pun suka tanam2 ni..subur2 dia tanam

    BalasPadam
  49. Banyak juga pokok yg bunda tanam... saya tanam pokok kari mmg tinggi merimbun bunda... pokok limau kasturi pun hidup, macam tu juga pokok cili... tp pandan saya tak menjadi...

    BalasPadam
  50. Saya pun baru nak belajar menanam. Dah ada 2-3 yang jadi anak pokok. Belum lagi dapat hasil..

    BalasPadam
  51. Aritu bunda ada bw dan tinggalkan komen di blog saya, arini baru dapat balas kunjung, minta maaf lambat, o ye, tentang penyakit daun kunyit tu kan, apakata try petua ni kotla serasi, blend bawang putih, atau daun semambu airnya spray kat pokok tu.

    saya tengah try tanam pokok bunga ros, Alhamdulillah dah nampak kuduknya dua kuntum, kat belakang rumah plak suami dok tanam pokok2 buah, tapi belum ada hasil lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Okay ...bunda akan cuba petua ini..InsyaAllah...Terima kasih sudi berkongsi dan sudi berkunjung balas...

      Padam
  52. Sayalah antara yang tak 'bertangan hijau' ni, Bunda. Saya ni bagi tanaman apa pun insya allah memang tak menjadi. Kalau menjadi tu memang saya dah heboh dalam bloglah gamaknya :)

    BalasPadam
  53. Salam Bunda..
    cma minat juga bercucuk tanam ni.. tapi selalunya hangat2 tahi ayam..hehe..skrg ni dah terbantut.. rumah flat..celah mana nk menanam... huhu.. tgk hasil tanaman bunda pun jadilah...

    BalasPadam
  54. Okje pulak tak rajin bab tanam menanam ni KN....tp kalau ada tanah best jugak tanam pokok yg selalu kita guna utk masak....

    BalasPadam
  55. Alhamdulillah senang kalau dah tanam pokok keperluan masakan ni. Asyik nak beli kat kedai jer leceh.

    BalasPadam