Bismillahirrahmanirrahim, As salam...
Salam Jumaat...Dalam entri yang lepas seperti entri INI dan entri INI bunda pernah menceritakan tentang ayahanda bunda yang tercinta ini. Kini usianya sudah 81 tahun. Sejak kebelakangan ni ayahanda semakin uzur, macam-macam penyakit datang.
Kini ayahanda bunda dah lama bersara..lewat tahun 70an dulu...tetapi sifat disiplin dan semangat yang kuat tu masih ada dijiwa beliau. Apabila sihat sikit mulalah tak senang duduk diam. Ada jer kerja yang nak di buatnya. Menyapu keliling rumah, merumput, buang sampah, bakar sampah dan yang paling dia suka berkebun...
Bukan saja pokok pokok buahan yang besar-besar. Ada jugak pokok limau manis, limau kesturi, nenas, pandan, serai dan pokok ulaman. Selain tu pokok-pokok bunga bagai tu pun ayahanda bunda juga yang rajin tanam. Arwah mak bunda dulu tak minat sangat.
Tak cukup dengan sebatang pokok rambutan, manggis, cempedak di keliling rumah kini tanam lagi pokok mangga madu pulak. Beli di pasar tani...murah katanya...sambil tanam, siap bercakap lagi dengan pokok mangga tu "Kau cepat lah besar, kalau panjang umo aku...sempat tengok anak cucu aku makan"...
Yang ini pokok mangga jenis ketiga...yang lagi dua tu mangga epal dan mangga telur...dah rosak dah pun...dah tua sangat...yang sepokok dah di tebang pun. Bunda dengan adik beradik selalu gak melarang dia buat kerja-kerja ni...nanti sakit pinggang lah...sakit urat lah...kami risau...sepatutnya di usia begini banyakkan berehat jer...
Apa jawab nyer... " aku kalau tak buat apa-apa...duduk makan tido jer lagi aku sakit tau tak!...mulalah hati ni teringatkan mak korang jer....aku tanam pokok-pokok buah ni bukan aku yang nak makan pun...memang tak sempat dah...ntah esok ke lusa aku mati...ni semua aku tinggal untuk anak cucu cicit aku nanti...Korang tak faham..!"... So , kami nak cakap apa lagi...?
Inilah serba sedikit pokok-pokok bunga ayahanda yang masih ada dan subur...sejak dia uzur ni dah banyak yang mati dan tak terurus...dah tak ada siapa yang nak jaga, nak belai seperti ayahanda belai...
Tak ape lah ayahanda ku..buatlah... teruskanlah aktiviti berkebun tu...ikutlah keupayaan diri yang dah uzur tu...kita orang tak larang pun...janji ayahanda bahgia sudah, janji ubat dan rehat mesti jaga jugak...
*** tiba-tiba rindu pulak...tunggu nanti orang balik...