Ahad, 12 Oktober 2014

Apa Itu Hari Rabies Sedunia?

ehsan google



Bismillahirrahmanirrahim,  As Salam....

Hari Rabies Se Dunia?


Ada kah diantara kalian yang sudah mengetahui bahawa adanya Hari Rabies Sedunia? kalau tahu tak apa...sebenarnya bunda sendiri pun baru sahaja mengetahuinya setelah menonton rancangan Nasi Lemak Kopi 0 TV 9...pagi tadi.

Kemudian bunda terus google, dan inilah hasil maklumatnya yang bunda dapat. Ada banyak lagi, tapi inilah salah satu dari maklumatnya. Jom kita baca  Apa Itu Hari Rabies Sedunia


Apa Itu Rabies?

Rabies selalu di kaitkan sebagai Penyakit Anjing Gila. Rabies itu sebenarnya penyakit yang di sebabkan oleh virus rabies yang menyerang organ saraf. Haiwan-haiwan yang kebiasaannya yang menularkan virus rabies bukan sahaja terdiri dari haiwan anjing....malah kucing, kera, kelawar, lembu dan banyak lagi, yang pasti haiwan yang berdarah panas.

Oleh kerana 'haiwan anjing' yang banyak menularkan virus rabies ke manusia, maka dari itu disebut Penyakit Anjing Gila. Perkataan Gila itu sendiri adalah kerana haiwan yang terkena rabies khususnya 'anjing' akan menunjukkan gejala-gejala Gila yang di bahagi kepada dua...Rabies Tenang dan Rabies Ganas.

ehsan google

Tanda-tanda rabies tenang.

       *
Bersembunyi ditempat gelap dan sejuk.
       *Kejang otot..
       *Kelumpuhan tidak mampu menelan, mulut terbuka dan air liur keluar berlebihan.
       *Kematian mengejut.

Tanda-tanda rabies ganas.

       *
Tidak lagi menurut perintah tuannya
       *Air liur keluar berlebihan
       *Menjadi ganas, menyerang dan menggigit apa sahaja dan ekor melengkung ke perut diantara dua paha.
        *Kejang-kejang kemudian lumpuh. Biasanya mati setelah tanda-tanda kelihatan dalam tempoh 4-7 hari atau 12 hari setelah penggigitan.

Rabies boleh menular dari haiwan ke manusia melalui gigitan dari haiwan yang ada jangkitan rabies atau sekirannya luka di tubuh kita terkena air liur dari haiwan rabies. Mereka yang terkena jangkitan akan menunjukkan gejala seperti:

        * Demam
        * Nyeri otot       
        *  Sakit kepala
        *  Setelah kuman rabies menyerang bahagian otak akan menyebabkan rasa gelisah, kejang,  paralisis/kelemahan otot-otot, koma dan kematian.
 
Sekiranya telah di jangkiti, segeralah berjumpa doktor untuk segera mendapatkan vaksinasi rabies. 90% dari virus rabies boleh menyebabkan kematian. Maka hal ini harus di pandang serius.  
Pada Hari Rabies Sedunia, tanggal 28 September 2013, Direktorat Jenderal Peternakan dan Kesehatan Hewan mengundang seluruh Dinas yang membidangi fungsi Kesehatan Hewan Provinsi/Kabupaten/Kota serta Dinas Kesehatan terkait untuk memperingati Hari Rabies Sedunia dengan memberikan pelayanan untuk pengendalian rabies dan meningkatkan kesadaran masyarakat mengenai rabies. - See more at: http://keswan.ditjennak.deptan.go.id/index.php/blog/read/berita/peringatan-world-rabies-day-2013#sthash.kkZBnIg1.dpuf

Hari Rabies Sedunia
yang disambut pada 28 September setiap tahun adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai rabies dan penularannyaJuga peringatan tentang vaksinasi rutin termasuk  vaksinasi rabies agar haiwan peliharaan kita bebas dan kebal akan rabies.



*** SUMBER INFO

Pada Hari Rabies Sedunia, tanggal 28 September 2013, Direktorat Jenderal Peternakan dan Kesehatan Hewan mengundang seluruh Dinas yang membidangi fungsi Kesehatan Hewan Provinsi/Kabupaten/Kota serta Dinas Kesehatan terkait untuk memperingati Hari Rabies Sedunia dengan memberikan pelayanan untuk pengendalian rabies dan meningkatkan kesadaran masyarakat mengenai rabies. - See more at: http://keswan.ditjennak.deptan.go.id/index.php/blog/read/berita/peringatan-world-rabies-day-2013#sthash.kkZBnIg1.dpuf

41 ulasan:

  1. Kucing saya biasa kena..tapi veterinar cakap sawan...Hari2 saya lap air liurnya. Kesian tak boleh nak makan, waktu tu dia asyik cari kotak dan tempat gelap untuk tidur.

    BalasPadam
  2. Asalamualaikum..Etuza sangat bersyukur dapat baca info ni, bahaya...juga penyakit ni Bunda. Kebetulan ada kucing di rumah ,...minta2 lah jangan ada virus tak sihat pada kucing kami tu..TQVM perkongsian yang banyak manfaat

    BalasPadam
  3. Kucing pun boleh kena..? Ingat ada penyakit anjing gila saja, penyakit kucing gila pun ada..? Menakutkan juga sebab di rumah saya ada bela kucing...

    BalasPadam
  4. terima kasih kongsi info bunda

    BalasPadam
  5. baru tahu Bunda...terima kasih kongsi info...

    BalasPadam
  6. As salam...untuk pencerahan negara kita bebas dari rabies, dimana last case of rabies occur in 1999...cuma kita perlu berjaga2 ye...jika ia benar2 ada, mana2 haiwan yg kena rabies perlu dihapuskan (euthanised) utk elak penularan kepada haiwan lain mahupun kepada manusia..macam kes selsema burung tu...

    BalasPadam
  7. TQ BERKONGSI INFO...BARU TAU...

    BalasPadam
  8. Saya baru tahu ttg info ni terutama ttg kucing tu. T kasih atas perkongsian Bunda.

    BalasPadam
  9. Oh terima kasih bunda...at least dpt tahu ilmu baru...kena hati2 la sekarang kawasan belakang tempat letak kereta kawasan rumah julia byk anjing...pagi2 nak pi kerja pun takut...redho je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat tempat bunda ni pun banyak anjing...bukan anjing2 peliharaan pun...anjing2 liar ..subuh2 lagi dah banyak kumpulan 4 5 ekor yang berkeliaran ...

      Menggangu dan menakutkan juga orang2 yang pergi kerja dan anak2 sekolah terutama bagi pejalan kaki...

      Padam
  10. TQ Bunda share info ni..
    Saya yg doktor pun tak pernah tau wujud hari Rabies ni..:P

    BalasPadam
  11. bunda.,.nida pon xpenah dengar tau rabies ni..hehe..nice sharing =)

    BalasPadam
  12. saya baru tahu ni, tak penah tahu sebelum ni
    terima kasih bunda untuk perkongsian ni

    BalasPadam
  13. Tak tengok tv baru tau kat sini ,,tqvm bunda kongsi berita

    BalasPadam
  14. Salam Bunda, baru tau tentang hari rabies sedunia, ingat amende, hehehehe... ade gak ilmu yg dpt ari ni tengkiu bunda...

    BalasPadam
  15. Alamak.. Saya pon baru tahu ni.. Thank for sharing info ni..

    BalasPadam
  16. baru tau ada hari macam ni..perkongsian yang bermanfaat untuk semua bunda

    BalasPadam
  17. Terima Kasih bunda atas info yang baik ini.
    Tahun nih zura pernah kena gigit anjing.. bila gi doktor, doktor cuci luka jer. dia kata x de tanda2 jangkita virus masa tuh. seram jugak bila baca pasal penyakit anjing gila nih.

    BalasPadam
  18. Terima kasih Bunda atas info ni.. saya sendiri pun tak tahu pasal hari rabies ni.. ;)

    BalasPadam
  19. Perkongsian yang sangat menarik Bunda. Baru saya tahu pasal Rabies ni. Semoga kita semua dijauhkanlah dari penyakit/jangkitan ini.

    BalasPadam
  20. Nice info Bunda. Saya pun baru tahu ni..hihi

    BalasPadam
  21. Terima kasih bunda kongsi info...lain kali kalau nampak ada diantara binatang yang punya symton begini sudah tahu apa penyakitnya.

    BalasPadam
  22. Thanks BUNDA...bahaya penyakit ni sebenarnya..

    BalasPadam
  23. IM pun baru tahu dari entri Bunda ni. Kalau gitu kena juga buat Hari Ebola, Hari Merskovi..

    Tapi kalau denggi, kena buat Hari-Hari Denggi. Kat kediaman IM ni boleh kata kerap kena fogging...

    BalasPadam
  24. bahaya..jangan sampai berjangkit pula

    BalasPadam
  25. Salam. Hee sungguh bahaya penyakit rabies.

    BalasPadam
  26. Saya ingatkan penyakit anjing gila hanya bila seseorang tu telah di gigit oleh anjing... tak tahu pulak rupanya penyakit ni boleh juga datang dari gigitan binatang2 seperti kucing.

    BalasPadam
  27. selalu dengar pasal penyakit anjing gila ni..tapi hari ni dapat info yang lebih lagi..tema kasih Bunda..
    nice sharing...:)

    BalasPadam
  28. ishh scary laa bunda.... tapi dpt gak info yg berguna...kalo tak mmg tak tau pun pasal bende ni sebelum nieh....

    terima kasih yeak bunda...

    BalasPadam
  29. syukran di atas info yang bermanfaat ni...mencegah lebih baik dari merawat..

    BalasPadam
  30. Baru tau KN hihi.....takut jugakkan ....Moga dijauhkan hendaknya

    BalasPadam
  31. Thanks 4 sharing bunda.. baru tahu psl nie..bahaya jugak yer kesannya kalau kena gigit dgn anjing gila nie.. huhuhu

    BalasPadam
  32. Tanpa info ini mungkin saya juga tidak tahu mengeni hari rabies sedunia

    BalasPadam
  33. Informasi baru ni... Terima kasih bunda. Bahaya penyakit anjing gila nih!

    BalasPadam
  34. ingatkan rabbit, rupa2nya rabbies..baru tau
    boleh sebarkan kat anak murid ni..tq bunda

    BalasPadam
  35. Ada jugak. Baru tau. Haritu hari telur sedunia. Macam2.

    BalasPadam
  36. Thanks for info bunda..baru tau ape tuh rabies slalu dnga pykit anjing gila je

    BalasPadam
  37. Salam

    -Rabies (virus) ni ade kt anjing je.(kat air liur)
    -Miaw x bwk rabies
    -Sebabtu nabi suh kita basuh (1 air tanah 6 mutlak) bekas mknn or minuman mn mn yg da dijilat anjing (HR bukhari n muslim) kitab wudhu ms 172
    -Miaw pun perlu ditakoti jugak apabila dia disyaki membawa protozoa toksoplasma gondii....so org yg patut menjaohi kucing ni adalah pesakit aids, imuniti lemah atau dilemahkan ( under steroid treatment) dan pling penting ibu mengandong...jauhkan ibu yg trimester 1-2 tu dr miaw miaw ...sebab mmg bole berjangkit dr miaw ke manusia2 tersebut di atas.
    Sekian sj perkongsian dr sya
    Tq

    Wslm

    BalasPadam
  38. Macam-macam sambutan hari tertentu yang saya pun tak tahu. Hari Rabies Sedunia ni termasuklah salah satunya. Penyakit anjing gila tu tahulah serba-sedikit tapi tak tahu tentang sambutannya. Senang baca info kat blog Bunda. Dari tak tahu terus jadi tahu.

    BalasPadam
  39. baru tahu jugak ni.thanks bunda berkongsi
    skrg ni bykkan hari hari tertentu disambut

    BalasPadam