Jumaat, 14 November 2014

Apabila Bapak Sihat.....





Bismillahirrahmanirrahim, As salam...

Salam Jumaat...Dalam entri yang lepas seperti entri  INI dan entri INI bunda pernah menceritakan tentang ayahanda bunda yang tercinta ini. Kini usianya sudah 81 tahun. Sejak kebelakangan ni ayahanda semakin uzur, macam-macam penyakit datang.

Namun begitu apabila ayahanda dah sihat sikit memang dia tak boleh duduk diam. Ayahnanda bunda ni dulu bekas tentera...masuk hutan keluar hutan...operasi di sempadan menjaga keselamatan negara. Mak bunda dan bunda adik-beradik masa kecik-kecik dulu selalu kena tinggal. Dia dah biasa kerja keras, menggalas senjata, meredah hutan dan bergelumang paya bagai.


Kini ayahanda bunda dah lama bersara..lewat tahun 70an dulu...tetapi sifat disiplin dan semangat yang kuat tu masih ada dijiwa beliau. Apabila sihat sikit mulalah tak senang duduk diam. Ada jer kerja yang nak di buatnya.  Menyapu keliling rumah, merumput, buang sampah, bakar sampah dan yang paling dia suka berkebun...



Bukan saja pokok pokok buahan yang besar-besar. Ada jugak pokok limau manis, limau kesturi, nenas, pandan, serai dan pokok ulaman. Selain tu pokok-pokok bunga bagai tu pun ayahanda bunda juga yang rajin tanam. Arwah mak bunda dulu tak minat sangat.

Tak cukup dengan sebatang pokok rambutan, manggis, cempedak di keliling rumah kini tanam lagi pokok mangga madu pulak. Beli di pasar tani...murah katanya...sambil tanam, siap bercakap lagi dengan pokok mangga tu  "Kau cepat lah besar, kalau panjang umo aku...sempat tengok anak cucu aku makan"...

Yang ini pokok mangga jenis ketiga...yang lagi dua tu mangga epal dan mangga telur...dah rosak dah pun...dah tua sangat...yang sepokok dah di tebang pun. Bunda dengan adik beradik selalu gak melarang dia buat kerja-kerja ni...nanti sakit pinggang lah...sakit urat lah...kami risau...sepatutnya di usia begini banyakkan berehat jer...



Apa jawab nyer... " aku kalau tak buat apa-apa...duduk makan tido jer lagi aku sakit tau tak!...mulalah hati ni teringatkan mak korang jer....aku tanam pokok-pokok buah ni bukan aku yang nak makan pun...memang tak sempat dah...ntah esok ke lusa aku mati...ni semua aku tinggal untuk anak cucu cicit aku nanti...Korang tak faham..!"... So , kami nak cakap apa lagi...?

Inilah serba sedikit pokok-pokok bunga ayahanda yang masih ada dan subur...sejak dia uzur ni dah banyak yang mati dan tak terurus...dah tak ada siapa yang nak jaga, nak belai seperti ayahanda belai...



Tak ape lah ayahanda ku..buatlah... teruskanlah  aktiviti berkebun tu...ikutlah keupayaan diri yang dah uzur tu...kita orang tak larang pun...janji ayahanda bahgia sudah, janji ubat dan rehat mesti jaga jugak...


*** tiba-tiba rindu pulak...tunggu nanti orang balik...



61 ulasan:

  1. salam jumaat bunda....mengingatkan saya pada arwah ayah seperti ayahanda bunda yang tak duduk diam ketika sehatnya....suka berkebun dan menanam bunga
    bahagianya masih punya ayah..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum Bunga, rajinnya ayah bunda, semoga ayah bunda dikurniakan rahmat kesihatan drp Allah sentiasa.

    BalasPadam
  3. Rajinnya.... (^_^)
    samalah macam Mak & Abah saya gak...sejak pencen dieorang tak selesa asyik duduk dalam rumah. So berkebun lah yang boleh buat dieorang happy & rasa sihat...katanya best bermandikan peluh...

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Begitulah org tua yg kita kasihi KN. Bapak kakak pun sama lagi dah 87 tahun tapi sihat jugalah macam bapak KN tu. Betul dia akan kata tak buat kerja lagi badan sakit. Kita yg tengok sebenarnya takut. Ikut rumah anak tak betah. Kalau tak sihat aje nak ikut bila sihat balik kg semula...

    Jadi kitalah ni kena jenguk dan doakan selalu...

    BalasPadam
  5. Salam Bunda,
    Begitulah orang tua kita...mana tau nak duduk diam. Ye lah, dah rutin...kalau dok diam memang rasa makin xsihat badan. Yg penting...ayahanda sihat, Alhamdulillah.
    Pokok2 yg ditanam memang mcm tu... perlu di belai barulah ianya kelihatan subur dan segar...

    BalasPadam
  6. betulla tu..kalau org2 tua memang kena gerak buat kerja..kira mcm senaman...tak biasa duduk2 aje..tu yg ramai taknak duduk rumah anak2 tu sebab nnt tak leh nak buat kerja yg biasa dah buat..

    BalasPadam
  7. ayah ni ada satu perangai kan, kalau duk diam kat rumah, dia akan demam sakit badan,tapi bila berkebun, bukan main segarnya.

    BalasPadam
  8. rasanya ayah kita semua serupa, kan :)
    Moga mereka semua diberikan kesihatan yg baik dan sentiasa dalam rahmat Allah. Amin

    BalasPadam
  9. smlah ngan abah el
    dia 71 tahun dah..pun ada penyakit jantung..jantung tersumbat..skrg ni just tggu giliran nak wat OP
    tp doc ckp jgn buat keje berat2..tp abah el tu mn leh duk diam ada je keje nak wat
    ms duk hospital ritu sebulan lebih mayb..balik2 rumah tu dia siap naik moto pi pekan beli brg jumpa kwn..pas2 siap tanam pokok serai..pokok pelam..pokok itu ini..mcm2lah dia buat..smpai kami nak ckp jangan..dia buat jugak..hahah mayb nak isi waktu lapang kut

    BalasPadam
  10. salams pagi jumaat BUNDA, masih kuat lagi ayahanda bersemangat bercucuk tanam.....saya doakan semoga allah sentiasa melindungi ayahnda....amin:)

    BalasPadam
  11. Syukur walau sudah berusia 81tahun masih boleh berkebun. Biarkan aje dengan hobinya asal tidak mendatangkan mudarat pada dia.

    BalasPadam
  12. Berkebun memang petua sihat agaknya bunda..ayah saya di kampung juga begitu

    BalasPadam
  13. semoga ayahanda bunda sihat n dapat meneruskan aktiviti berkebunnya demi nk diwariskan kpd anakcucunya

    BalasPadam
  14. bahagia rasa masih punya ayah dan ibu

    BalasPadam
  15. itulah cara orang tua mengisi masa kesunyian mereka.melakukan aktiviti kegemaran sendiri dan berniat nak meninggalkan warisan untuk anakcucu mereka..

    BalasPadam
  16. macam mak is jugak, xkenai penat bila dah keluaq.. macam-macam dia buat... is pulak yang duk melangut ja dalam umah... hohoho~

    inilah yang buat mereka sihat dan kita senang melihat (^____^) in syaa Allah

    BalasPadam
  17. Rajin oarang tua Akak. Memang begitu mereka. Tanam untuk anak cucu.

    BalasPadam
  18. Orang dulu2 mmg kuat.
    Badan kuat..semangat kuat..
    Pendek kata, memang berjiwa kental lah.
    Semoga ayahanda sis kekal sihat ye.

    BalasPadam
  19. biasalah tu bunda..orang tua kalau dah biasa kerja tetibe disuruh rehat memanglah dia rasa lagi penat.. ;)

    BalasPadam
  20. Bonda okje lebih tua dpd ayahanda KN tau...tp dia taklah sekuat ayahanda ni....bonda jalan pun pakai tongkat 4 kaki tu... Moga ayahanada bonda sihat yer dapat buat ibadat

    BalasPadam
  21. alhdulilah masih sihat...ni lah munafaatnya berkebun..peluh dan toksin semua keluar..arwah bapak nekcik selalu cakap..kalau badan tak berpeluh penyakit suka hinggap...bapak nekcik pun hari hari berkebin semasa hayatnya...habis umur pun 82..takde pun penyakit 3 serangkai tu

    BalasPadam
  22. Bagus jugak mereka ni bergerak dari duduk jer tak buat apa2, at least tak la boring kan.

    BalasPadam
  23. asalam bunda teringat pula jika kita dah seperti dia..larat ke berblog atau berkebun bagainya..tabah ya ayahanda bunda tu. Semoga tabah dan sihat itu doa kita .amin

    BalasPadam
  24. bunda tak join anugerah tu ke di blog Etuza

    BalasPadam
  25. org tua macam nilah kan bunda.mana reti dok diam..tp betul kata bapak bunda..berbudi pada tanah ni selagi anak cucu merasa hasilnya mengalir juga pahala walaupun org yg tanam tu dah takde lagi kt dunia ni..

    semoga bapak bunda terus sihat dan dpt teruskan hobi bercucuk tanam..:)

    BalasPadam
  26. Alhamdulillah.. syukurlah kan Bunda. Semoga sentiasa sihat walafiat... aamiin. Sama minat dgn saya bercucuk tanam ni hehee.. :)

    BalasPadam
  27. Itulah cara dia merentas masa ... semoga ayahanda bunda terusan sihat walafiat

    BalasPadam
  28. ^_^ alhamdulillah... semoga ayahanda bunda terus sihat.. insyaAllah....

    BalasPadam
  29. bercakap dengan pokok, dengan haiwan
    memang amalan orang dulu2
    petua yang bagus juga ni

    BalasPadam
  30. bestnya kg bunda..
    cntik tersusun je..
    betul tu bunda..
    sesiapa saja yg dah biasa buat kerja mmg x betah bila dduk diam.ada aje kerja yg cba dicari utk buat..

    BalasPadam
  31. moga ayah bunda diberi kesihatan yg baik
    aah biasanya golongan berusia x suka duduk diam, sbb bila x buat kerja bdn mereka bertambah lenguh
    berkebun salah satu senaman ringan buat mereka

    BalasPadam
  32. sebak pulak bila baca kata2 ayah Bunda tu..aku tanam bukan utk aku mkn ..untuk anak dan cucu cict aku. Jauh betul pandangan beliau rajin berjasa kpd bumi tuk kesenangan anak2 cucu nanti. Org tua mmg mcm tu bunda x boleh duduk diam..Mak JM pun sama..bial dantag rumah rasa nk demam sbb x boleh mkn tido je kalau x keje..dia rasa nk demam

    BalasPadam
  33. semoga ayah bunda sihat-sihat lah ye

    BalasPadam
  34. Salam ziarah dan followblog bunda, tiba2 rasa rindu pula kat ayah saya... ;')

    BalasPadam
  35. Moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik sahaja ye..

    BalasPadam
  36. seorang orang tua memang jarang membuang masa kan.. pasti akan diisi sebaiknya..
    taman bunga kami telah lama mati sejak bonda pergi.. :')

    BalasPadam
  37. Assalamualaikum bunda,
    n3 ini meningatkan kepada allahyarham ayahanda saya yang sepertinya. Dalam usia yang telah lanjut, dan kesihatan yang tidak berapa baik, masih lagi melakukan kerja-kerja yang tidak sepatutnya dengan keadaannya...mudah-mudahan ayah bunda sentiasa diberikan kesihatan yang baik..

    BalasPadam
  38. Alhamdulillah diberikan kesihatan yang baik buat ayahanda Bunda.. sama macam ayah saya, memang tak ada nak duduk saja2 kalau dia sihat. Kena juga buat sesuatu. Lagi2 kalau ada anak cucu, mulalah dia nak buat tu, buat ni untuk anak cucu..risua juga kadang2..

    BalasPadam
  39. Salam bunda...

    Sama cm 'bos' sy...minat bkebun...btw terima kasih atas kata2 dorongan dr bunda...

    BalasPadam
  40. sama mcm ayah nik.ada jea kerja nak buat.mmg tak blh nak duduk diam.kita lak risau kalau dia tak sihat lagi sebab tak duduk diam.hihi

    BalasPadam
  41. moga ayah bunda sihat selalu hendaknya,
    insha Allah :)

    BalasPadam
  42. Alhamdulilah ayah bunda sihat kuat lagi. bukan mudah nak tengok dalam umur macam ni dorg kuat dan cergas lagi

    BalasPadam
  43. Bunda,

    Umumnya sikap bekas seorang askar memang begitu. Amat berdisiplin. Walau pun setelah tamat perkhidmatan. Mungkin saya boleh memahami sikap ayahanda Bunda yang gemar bekerja membuat apa sahaja bagi mengisi masa lapang kerana saya juga bekas seorang anggota tentera. Memang benar kalau tidak berbuat sesuatu di rumah boleh cepat mendatangkan sakit sana dan sini pada tubuh badan.

    Apa pun saya mendoakan agar ayahanda Bunda dilindungi Allah swt dan dilimpahkan kesihatan yang baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin...InsyaAllah...

      malam ngn subuh ke surau pulak...ikut mesyauarat sana sinilah bagai...

      Padam
  44. Salam. Hee samalah seperti ayahnda yang baru meninggal bulan lepas. Semoga bapak bunda sentiasa sihat dan bergembira selalu.

    BalasPadam
  45. kalau yang biasa buat kerja memang takleh duk saja kan bunda..kalau duk saja diorang akan sakit..ti pun ada keluarga angkat macam ni gak..dah tua tapi asyik duk wat kerja jah..

    BalasPadam
  46. Semoga ayahanda Bunda bertambah sihat

    BalasPadam
  47. Allah hu rabbi.. panjang umur ayahanda Bunda.. masih kuat.. semoga ayahanda Bunda makin sihat..

    BalasPadam
  48. Eh.. Seusia dengan ABAH saya.. Tahun 1933. Abah saya sihat-sihat begitu je.. Semoga bapa BUNDA terus diberikan kesihatan yang baik..

    BalasPadam
  49. Alhamdulillah..Semoga abah BUNDA terus diberikan kesihatan yang baik..tapi tak boleh lasak sangatkan..

    BalasPadam
  50. Salam Bunda... kebiasaannya pesara tentera/polis memang begitu kerenahnya... tidak boleh duduk diam... ada saja yang hendak dikerjakan... alhamdulillah kesihatan ayahanda bunda nampaknya baik.... semoga berterusan hendaknya... :)

    BalasPadam
  51. syahdu pula membaca luahan dia tu bunda
    lebih kurang abah saya bercakap bila kami melarang dia bekerja
    appaun saya doakan semoga ayahanda bunda terus dikurniakan kesihatan yang baik. amin

    BalasPadam
  52. Alhamdulillah...ayah Bunda masih sihat dan masih berupaya melakukan pelbagai aktiviti.

    BalasPadam
  53. betul dia cakap tu... kalau dia enjoy dan tu hobi dia... biarkan dia buat... dia lebih sihat lagi dari dia dok diam gitu jer... bapak saya pun dah tua tapi dia suka sangat membersih laman rumah... takyah larang... biar jer... daun pun tak berani nak dekat...

    BalasPadam
  54. Assalam bunda..
    pe khbr?siht?
    wah..ayh bunda ke? walaupon da brumur tp ttp aktik..
    Alhamdulillah..ok la tu kan..xde la ddk je kat uma..ada masa bkebun,salh satu aktvti yg sihat ^_^
    moga ayh bunda pnjng umo dan dberi kshtn yg baik sntiasa..amin. =)

    BalasPadam
  55. Kagum dengan semangat ayah bunda

    BalasPadam
  56. Orang tua memang gitukan, Bunda. Lagi berehat lagi sakit badan. Kita yang muda ni kalau dapat rehat, memang nak rehat sesaja :D Takpalah Bunda selagi ayah Bunda mampu biarkan ajelah. Sekurang-kurangnya betul juga katanya, takdalah asyik teringat pada arwah isterinya. Kalau duduk pun bertambah sakit, biarlah beliau 'bekerja keras' seperti kemahuannya. Asalkan beliau happykan, Bunda. Tetiba rasa sedih teringatkan arwah ayah saya yang dah pergi pada usia 67 tahun :(

    BalasPadam
  57. Alhamdulillah,,,masih sihat lagi ayah bunda yer. Mesti jenis tak boleh duduk diam kan. Smoga terus di beri kesihatan yg baik olehNYA.

    BalasPadam
  58. Gitulah orang tua ni kan, lebih suka buat kerja dari duduk berehat..

    Mudah2an dengan begini akan semakin sihat hendaknya

    BalasPadam
  59. Bergerakkan badan bagus untuk kesihatan ayah Bunda yang tak biasa duduk diam.

    BalasPadam