Isnin, 8 Disember 2014

Apa Itu Penyakit Asthma

asma dikalangan kanak-kanak

Penyakit Asthma, Asma atau lelah,  adalah  penyakit paru-paru kronik (jangka panjang) yang menyempitkan saluran pernafasan melalui proses inflamasi. Asma menyebabkan simptom seperti wheezing (bunyi bersiul apabila anda bernafas), kesesakan dada, sesak nafas, dan batuk. Batuk yang sering berlaku pada waktu malam atau awal pagi adalah ciri-ciri yang sering berlaku.

Asma memberi kesan kepada semua peringkat umur, tetapi yang paling sering bermula pada zaman kanak-kanak. Di Amerika Syarikat, lebih daripada 25 juta orang diketahui mempunyai asma. Kira-kira 7 juta orang-orang ini adalah kanak-kanak.


Menurut data WHO yang diterbitkan pada April 2011 Kematian Asma di Malaysia mencapai 988 atau 0.97% daripada jumlah kematian. Kadar Kematian umur diselaraskan adalah 5.32 bagi setiap 100,000 penduduk Malaysia berada di kedudukan #79 di dunia.




Faktor Risiko:

Kanak-kanak yang sering wheezing dan mengalami jangkitan pernafasan merupakan faktor risiko yang secara langsung paling tinggi menyebabkan asma  selepas umur 6 tahun. Faktor-faktor risiko yang lain termasuk mempunyai alahan, ekzema (satu keadaan kulit alergi), atau ibu bapa yang mempunyai asma. 


Kanak-kanak lelaki lebih berisiko menghidapi asma daripada perempuan. Tetapi di kalangan orang dewasa, penyakit ini memberi kesan kepada lelaki dan wanita secara sama rata. Ia tidak jelas sama ada atau bagaimana jantina dan seks hormon memainkan peranan dalam menyebabkan asma. 


Kebanyakannya,  penghidap asma mempunyai alahan, ia termasuk kepada mkanan, atau alahan jenis cotact (sentuhan). 


Sesetengah orang yg lain mengalami asma kerana terkena iritasi kimia tertentu atau debu industri di tempat kerja. Jenis ini dipanggil asma asma pekerjaan
(occupational-induced asthma).


Rawatan:


Mencegah lebih baik dari menyembuh. Jadi anda harus mengenalpasti triggers yg spesifik untuk asma anda sendiri. Seterusnya ialah menjauhi trigger / pencetusnya.

Seseorang tidak semesti nya mempunyai 1 trigger, ia boleh jadi 2, atau banyak lagi. Semuanya bergantung kepada tubuh badan dan tahap imune individu itu sendiri



Antara Trigger/Pencetus Yang Biasa Termasuklah:


- cuaca sejuk

-makan, minuman sejuk
-habuk, debunga
-exercise, aktiviti fizikal
-jangkitan paru2, demam selesema-alahan makanan/ ubat




cara penggunaan inhaler yang betul

Selepas mengenali trigger anda, baru lah ubatan akan berfungsi dengan optimum dan memberi kesan yang positif dalam hidup anda.

Inhaler. Ini merupakan salah satu rawatan yang penting, secara umum ia mempunyai 'preventer' dan 'reliever'...

Ini bergantung kepada nasihat doktor anda, namun yang paling penting ialah teknik menggunakan yang betul. Ini kerana banyak yang menggunakan secara salah dan menyebabkan keberkesanannya kurang.




PENYAKIT ASTHMA TIDAK PERLU UBAT HOSPITAL?

"Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat.
Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen.
Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?"
Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini.
Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer.
Inhaler dan nebulizer bertindak pantas untuk memberikan kelegaan kepada pesakit yang diserang asthma. Jika tidak diberikan, ia boleh meragut nyawa.
Kesan ubat inhaler dan nebulizer hanya bertindak ke dalam paru-paru saja, dan kesan sampingan ubat itu yang mungkin ada dihadkan. Oleh itu, jangan risau memberikan ubat itu dalam bentuk inhaler atau nebulizer kepada anak puan yang diserang penyakit asthma.
Saya juga ingin memberitahu, bahawa ubat penyakit asthma tidak menyebabkan ketergantungan. Ini bermakna pesakit perlu sentiasa mengambil ubat penyakit asthma stiap hari untuk kekal sihat. Ubat ini hanya untuk mengawal kekerapan dan memberikan kelegaan ketika diserang penyakit asthma.
Apa yang berlaku pada anak rakan puan adalah suatu kebiasaan yang berlaku pada pesakit asthma. Kebanyakan pesakit asthma di kalangan kanak-kanak akan merasa kelegaan dari serangan asthma (asthma-free) apabila mencapai umur enam tahun atau apabila mula memasuki alam persekolahan.
Hanya sebahagian kecil saja yang mungkin mengalami penyakit ini sehingga dewasa.
Sekali lagi, ubat-ubat asthma hanya diberikan hanya untuk merawat pesakit ketika serangan asthma dan mengawal kekerapan serangan asthma.
Jika serangan asthma kerap berlaku, pesakit asthma terutama kanak-kanak akan mengalami masalah permbesaran fizikal dan mental mereka.
Wallahu a’lam.


Sumber:  Dr. Zubaidi 



***  Diantara perkongsian dan info dari copy paste tentang gejala dan cara rawatan penyakit asthma..semoga dapat memberi sedikit pencerahan dan panduan kepada kita semua...terutama kepada anak-anak kecil kita...




67 ulasan:

  1. assalam bunda...moga bunda sehat hendaknya.
    semua anak2 saya kena asthma yg teruk dari baby lagi tapi bila dah sekolah beransur2 pulih....skg ni nmpknya semua dh ok.....takde lgi asthma

    BalasPadam
  2. Moga hari ini KN dah betul-betul pulih
    Kalau dedulu budak kecik dibagi makan hati unta kan KN dan nampaknya ada yg serasi
    Tapi utk org dewasa tak tahulah kakak.
    Kiranya org asthma ni sensetif dan kena sentiasa bersih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. KZ...masa kecik2 dulu memang KN ada asthma, tapi tak pernah guna inhaler...dah besar dan dah beranak dah kurang....Ada 6 7 tahun lepas jadi pastu okay jer..

      Sejak kebelakangan ni pula...mula tu sekali2...last2 batuk tak henti2 jumpa doktor ...terus diberi inhaler...penjagaan dari segi habuk, carpet bagai tu macam biasa jer.....lagi pun kami anak beranak ada resdung juga...agaknya faktor usia pun sama....

      Tapi nampak sangat KN lebih sensitif pada cuaca dan pemakanan... kadang tu terlajak jugak makan...tak pantang...tengah ada selera ye tak?

      Padam
  3. Salam bunda... moga sihat sepenuhnya ya... org astma ni sensitif dgn habuk2 pasti sekitar bunda sentiasa bersih yaa

    BalasPadam
  4. Yg paling penting ialah pesakit asma mesti kenalpasti agen pencetus attack / allergen nya...Kalau tahu, Insya allah boleh kawal asma ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu DZ...selama ni bunda peka semua tu... dah 7 tahun tak kena...agaknya tak pantang makan kot sama...cuaca dan pencemaran sekitar pun sama...apa lagi sekarang selalu jerebu kan..

      Kat rumah bunda ni tak der yang merokok...sensitif sangat dengan asap atau pun bau erosol...even orang sebelah yang bakar sampah atau meracun rumput, bunda pulak yang lemas...
      dah tua2 ni ingatkan tak kena lagi... lepas ni kena lebih berhati2..

      Padam
  5. harap bunda akan pulih sepenuhnya
    terima kasih kongsi info disini Bunda..
    anak bongsu acik kaalu batuk teruk memang susah bernafas..
    tapi doktor kata beli sampai tahap asthma..sebab bernafas tak de bunyi
    cuma kahak banyak snagat katanya.

    BalasPadam
  6. Harap harap IM dan ibu_suri tak kena asma. Kesian IM tengok biras IM... tercungapcungap kekadang tu... Tapi rokok tetap dia hisap.

    Sifirnya mudah saja... kalau nak mati tu, elak macam manapun akan mati juga...

    BalasPadam
  7. Bunda, kalau boleh berpantang dan jaga kesihatan tu alhamdulillah, mungkin penyakit tu akan cepat sembuh. memanglah macam kak ni bila usia makin tua macam2 penyakit datang.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Mala, semasa arwah suami bunda ada dulu kalau bunda kena serang asma tengah2 malam pun dia bawa keklinik kjaan pakai gas... sejak dia takder tak pernah kena lagi asma...

      Kini setelah 6 tahun pemergiannya ini pertama kali bunda kena serang asma , teruk dan lama.. huhu :(

      Padam
  8. Semoga Bunda cepat pulih dan sihat sepenuhnya. Informasi yg bermanfaat utk saya jadikan panduan. T kasih atas perkongsian ye Bunda.. :)

    BalasPadam
  9. Astma ni bahaya pada ibu2 yg mengandung ... semoga bunda segera sembuh dan dipermudahkan Allah urusannya ... aaamin .

    BalasPadam
  10. moga semuanya dipermudahkan allah

    BalasPadam
  11. Terima kasih bonda ats perkongsian ttg asma...alhamdulilah setakat ini family julia tiada lg asma...tp boleh baca kesan2nya kan bunda...bunda jaga diri ye...mmmuahhhh

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah..
    xpenrh ada..moga dihindari dri tkena..pula

    BalasPadam
  13. Dulu kita ada anak saudara yang ada asthma..teruk sangat masa dia kecil..tapi sekarang dah fully recoverd..sihat walafiat..moga BUNDA juga sihat sepenuhnya...

    BalasPadam
  14. mudah-mudahan bunda cepat sembuh sepenuhnya, jaga kesihatan ye bunda :)

    BalasPadam
  15. apa khbr Bunda..Moga hari ini Bunda semakin betambah sihat. Terima kasih Bunda, walaupun masih belum berapa sihat tapi tetap juga meluangkan masa dtg menjenguk blog saya..
    Jaga kesihatan..jaga diri ya Bunda..Moga sentiasa dibrikan kesihatan yg baik

    BalasPadam
  16. semoga cepat sembuh..pencegahan dan perubatan..InshaaAllah, berjaya..amin..

    BalasPadam
  17. Semoga bunda cepat sembuh. Faktor usia memainkan peranan dan jangan lupa jaga pemakanan juga.

    BalasPadam
  18. salams bunda, semoga cepat sihat.....amin....

    BalasPadam
  19. Kata sesetengah orang sesiapa yang masa kecil ada sejarah asma, bila besar kemungkinan penyakit itu akan menyerangnya semula. Itu yang buat saya takut kerana masa kecil saya pernah diserang oleh asma yang teruk..
    Apa pun, semoga Bunda cepat sembuh...

    BalasPadam
  20. asalamualaikum..apa khabar bunda? sihat hendaknya..amin...cucu dan menantu yan memang ada asma...inhaler ni memang sentiasa bawa dalam poket..

    BalasPadam
  21. Asalam Bunda, rupanya Bunda agak teruk ya mengalami keadaan atsma ni, Etuza dah baca dari awal hingga akhir yang bab soaljawab ibu pesakit dengan doktor tu. Ya kita kena pandang taraf Hospital, kita tak boleh kebelakangkan hospital. takEtuza ada pengalaman tentang atsma ni menyerang pada anak ke 5.dari 7 bulan hingga dia 6 tahun. Bayangkan derita perit dia Bunda. Alhamdulillah Etuza bersyukur pada Allah kerana ditemukan dengan Suplemen yang sesuai dan kulaiti. Mungkin Bunda boleh bayangkan apa produk kegemaran Etuza tu,.Apapun bila Etuza bercerita depan -depan ada yang tak kisah..Untuk bunda ni..Etuza yakin pada kuasa Allah kalau kita usaha pastiu akan sembuh. Adapun penyakit yang tidak dapat diubati ialah sakit tua.Wallahualam

    BalasPadam
  22. alhamdullilah... setakat ni tiada dalam keluarga saya yg berpenyakit asma ni... panyakit 3 serangkai tu ada lah

    BalasPadam
  23. perkongsian yg bagus..cucu kak ada jg yg asthma selalu trpksa berulang ke hospital mndpt rwtan n oksigen...

    BalasPadam
  24. ermm... tak sanggup nak tengok dorang sesak nafas... pernah tengok sekali n time tu rase macam tersentap.. bertapa beruntungnye kite yang boleh bernafas normal..

    BalasPadam
  25. Nekcik da 30 tahun kena asthma ni Bunda cuma taklah taklah sampai sesak nafas..dia gatal kat kerongkong .....kekadang berkahak..sampai nekcik beli nebuliser sendiri untuk bawak jalan...tiap kali batuk kuat..nekcik ambik nebuliser ngan antibiotik kat klinik..tapi dah dekat setahun ni alhamdulilah dah jarang kena...syukur sesangat..

    BalasPadam
  26. Semoga bunda akan sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala. Maklumlah dgn keadaan cuaca sekarang ni memang memberi kesan kpd pengidap asma. Jaga kesihatan ya bunda! :)

    BalasPadam
  27. moga bunda kembali sihat ye
    abah saya pun dulu kena asma
    jaga diri elok-elok ye bunda

    BalasPadam
  28. As salam Bunda.. Semoga Bunda sihat selalu.. Aminnnn

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum
    bunda dh sembuh ye, alhamdulillah
    elak dr hbuk dn sejuk

    BalasPadam
  30. mak cik sy dan anak2 nya...dr kecil lg da ada asthma...kesian kalu tiba time jerebu...

    BalasPadam
  31. Singgah teratak bunda.. thank you for the "asthma"...

    BalasPadam
  32. Oh..Bunda kena asthma ya, saya doakan moga cepat pulih ya. Kena rajin jaga2 ni.

    BalasPadam
  33. harap bunda sihat2 yeak....

    anak lieya si mija tu ade asma bunda...dulu mmg teruk...lepas bagi hati unta yg lieya kirim ngan kawan lieya gi mekah ...alhamdulillah..berkesan bunda...sambil tu pantang2 gak bende sejuk n rajin amik gas....

    BalasPadam
  34. tqsm atas perkongsian ni bunda..
    fasya ada astma jugak..mmg kena refer pakar n hari2 pakai pump..
    cuma skarang ni.dh cuba stop slow2

    BalasPadam
  35. Adik zarith pon ada athma..kesian bila tengok dia kena tu, tak boleh abuk sikit pon, panas pon tak boleh..fragile sgt

    BalasPadam
  36. terima kasih bunda di atas perkongsian yg bermanfaat ini

    BalasPadam
  37. alhamdhulillah..Bunda dah sembuh..semuga di permudahkan semuanya..

    BalasPadam
  38. perkongsian yg baik... boleh tambah ilmu...:)

    BalasPadam
  39. Salam. Hee berguna info ini.

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum...
    Satu artikel yang menarik. Terima kasih atas info.

    BalasPadam
  41. Saya dulu masa kecik-kecik pernah alami asma. Penat jugak bila kerap tercungap-cungap. Alhamdulillah, bila semakin dewasa asma saya semakin mengurang.

    BalasPadam
  42. Assalam bunda.. info yg berguna..

    BalasPadam
  43. Assalamualaikum Bunda....syafakillah..

    BalasPadam
  44. salam jumaat bunda
    perkongsian yg bagus pasai asma.
    alah dgn habuk itu ug paling tak tahan.
    smga anak anak kecil dijauhkan dgn penyakit asma ni.kesian la bila tgk dorng..

    BalasPadam
  45. dulu si naiim ada bronchitis. Alhamdulillah sekarang dah ok

    BalasPadam
  46. Bagus perkongsian ni.. Saya pon tak tau sangat pasal dalam keluarga saya tiada yang hidap asthma..

    BalasPadam
  47. salam bunda,

    dana penghidap asthma, dana kene asthma masa umur 25thn n dana ingat punca pertama kali kene lps dana balik jln2 kt bukit tinggi pahang, cuaca yg sgt sejuk berkabus bt dana batuk2 tanpa henti... lps dari itu baru tau yg dana kene asthma, lps dh jumpa doc kt hkl dibekalkan ngn 2 jns inhaler.... tp lama dh dana tak gune...

    skrg kalu cuaca sejuk mmg kadang batuk2 or klu makanan tu tak sesuai ngn dana, dana akan batuk2 non stop.... dana penah keguguran psl asthma sbb batuk2 yg melampau tp masa tu tak tau dana peknen.... skrg dana cuma kawal makan n persekitaran sendiri, tak penah lg amik neb kt klinik or hospital tp tkt jgk bile jd trk asthma nih...

    BalasPadam
  48. terima kasih berkongsi bunda...semoga bunda sihat selalu yer...jaga diri baik2 yer bunda...

    BalasPadam
  49. Kesian tgk anak2 yg lelah ni... kadang sebab sakan sangat bermain pun boleh kena athma attack.

    BalasPadam
  50. Bunda,

    Info yg amat baik. Isteri saya juga suatu ketika dahulu sering diserang athsma. Tapi kini Alhamdulillah baik belaka. Namun, harus berhati-hati juga.

    Apa pun saya doakan Bunda akan perolehi kesihatan yg baik. In syaa Allah...

    BalasPadam
  51. Salam ziarah bunda..

    Entry yg sgt bgus dan memberi manfaat kpd sy.. Tambahan anak sy pun mempunyai masalah asma.. terima kasih bunda

    LatifahFazri

    BalasPadam
  52. Entry banyak info. Moga sihat hendaknya Bunda :)

    BalasPadam
  53. Salam Bunda... walaupun ahli keluarga idah tiada yang berpenyakit asthma ini... tetapi bagus juga kalau kita tau serba sedikit... tk atas perkongsian bermanfaat ini... :)

    BalasPadam
  54. mak sy ada pengidap asma. walaupun tak teruk tp kena berjaga2 kalau time batuk

    BalasPadam
  55. salam bunda, terima kasih atas perkongsian. samgat baik
    mencagah lebih baik dari merawat

    BalasPadam
  56. Perkongsian yg bagus. Adik saya penghidap asma. Kalau dia kena memang takut lah tgk. Tido pon duduk. Skang ni dah jarang kena.

    BalasPadam
  57. Semoga bunda cepat sembuh dari asthma

    BalasPadam
  58. Oh, yang katanya tak berapa sihat tempohari sebab Bunda kena asthma ke? Harapnya dah berkurangan serangan asthma tu ya, Bunda. Alhamdulillah, dalam keluarga saya takda pulak yang kena asthma ni tapi kalau tengok pesakit asthma ni bila kena attack, kita pun jadi takut. Macam nak putus nafas je rasanya....

    BalasPadam
  59. Athma ni memang perlukan pemerhatian dan pemantauan yang serius

    BalasPadam