Ahad, 28 Disember 2014

Daging Masak Hitam


daging masak hitam



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

entri sekali ini untuk penghujung tahun 2014 ni bunda ingin berkongsi satu lagi resipi untuk kalian semua, jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.



Bahan2nya:

* 1 kg daging (potong dadu kecil, cuci dan ditoskan)
*  kicap pekat manis lebih kurang 1/2 cawan (bunda suka guna kicap ABC saus manis/boleh ditambah jika perlu)
* kicap masin (agak2lah kemasinannya, so tak payah letak garam lagi)
* 1 cawan kerisek.
* 1 cawan air asam jawa.
* air secukupnya.
* 10 biji bawang kecil (hiris separuh & tumbuk lumat separuh)
* 1 biji bawang besar (dihiris kasar untuk dimasukkan kemudian)
* 1 inci halia (tumbuk lumat)
* 3 batang serai di ketuk.
* sedikit minyak masak.
* 1 s/besar serbuk cili
* 1 s/kecil serbuk jintan putih
* 1 s/kecil serbuk jintan manis
* 1 s/besar gula merah (sekiranya tak nak manis tak payah letak)
* serbuk perasa.(bunda letak serbuk maggi cukup rasa)



Cara2 memasaknya:

@ Daging yang telah dipotong dan dibersihkan diperap dengan bawang tumbuk, halia, serbuk cili dan jintan2, kicap manis dan masin.  (perap dalam 30 minit)

@ Panaskan kuali dan sedikit minyak masak, tumis bawang hiris hingga kuning masukkan serai di kacau2 kemudian masukkan daging perap tadi. Kacau2 sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan tambah air secukupnya untuk memasakkan daging hingga empuk.

@ Apabila airnya separuh kering masukkan kerisek, gula merah, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau2 selalu takut melekat dibawah.

@ Apabila daging hampir kering masukkan bawang besar hiris.. kacau2 hingga kering dan berminyak.  Boleh juga guna ayam, tapi tak payahlah perap lama sangat.


*** Siap untuk di hidangkan.




33 ulasan:

  1. Malam tadi baru jer pekena sup daging, pagi2 ni dah dijamu mata pula dgn daging masak hitam...tersangat2lah menyelerakan. Harap2 tghari ni pergi kenduri adalah lauk ni...hehe.
    Saya ni makan buleh le bunda...nak buat, takut yg warna hitam tu je yg menjadi tapi rasanya kelaut...haha!

    BalasPadam
  2. mudah dan menyelerakan ...budak2 tentu lagi menggemari resepi ni kan bunda.

    BalasPadam
  3. ooooo... kena perap dulu ke... hihi.. sebelum ni saya terus masak gitu je., ok, boleh try yang ni pulak.. :)

    BalasPadam
  4. bunda hantar sepinggan kat yan...yan kalau mak masak daging hitam ni tak payah makan dengan nasi..yan ratah aje
    .

    BalasPadam
  5. DAGING MASAK HITAM NI MMG SEDAP XJEMU MKNNYA...

    BalasPadam
  6. Sedapnya... sesuai sgt buat hidangan hari minggu ni hehee. Kalau tak makan dgn nasi.. makan dgn nasi himpit atau lemang segera pun sedap juga sgt2. Marveles!!...
    Salam ceria hari minggu buat Bunda sekeluarga.. :) :)

    BalasPadam
  7. terima kasih bunda resipi ini, akan cuba beli bahan hehehe..resipi terbaik

    BalasPadam
  8. Makan dengan nasi minyak pas tu ada acar mentah sikit...wusshhh...sedap...

    BalasPadam
  9. saya nak try buat kat ayam lah,, tq bunda sare resepi :-)

    BalasPadam
  10. selalu makan kt kenduri kahwin...suka kuahnya, gaul dgn nasi panas..huhu..

    BalasPadam
  11. Dalam usia yg semakin senja ini saya dah cuba kurangkan makan daging, tapi bila kenduri bedal juga....

    BalasPadam
  12. nti nor nk msk jugelh...
    jrg juga mkn daging... sesekali hantam juga..

    BalasPadam
  13. Sedapnya bunda..makan dengan nasi panas..tak pun makan dengan ketupat..terima jasih kongsi resipi..

    BalasPadam
  14. sedap..dah lama tak masak daging masak hitam..

    BalasPadam
  15. Bunda, kalau daging masak hitam ni memang fevret saya sesangat.
    Kalau jumpa kat kenduri memang saya sental.

    BalasPadam
  16. sedap nyer... all time fav ;)

    BalasPadam
  17. daging masak hitam ini, memang menyelerakan terutama untuk majlis kenduri kahwin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun rupa hitam berkilat namun menjadi sukaan ramai...yummy..

      Padam
  18. nampak sangat sedap...pasti rasa pown sedap....cantik hiasanya...

    BalasPadam
  19. Aduyai sedapnya bunda...sygnya saya tpaksa bpantang daging skang ni...huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh jer tukar dgn ayam, bunda pun pernah masak ayam masak hitam...bahan2 dia sama...

      Padam
  20. Hujan-hujan ni masak apa saja sume laju je... Lagi2 kalau anak-anak ramai kat rumah. Saya jamu mata je kat 'umah' KN ni... Nak buat malas kot, pasal sensorang je kat rumah!

    BalasPadam
  21. nilah dinamakan hitam, mutu, keunggulan bunda..Antara makanan peberet sy juga ni..tp sy selalu buat versi malas..takde jintan2 n kerisik semua.hehe yg bunda ni complete semua..mesti sedap.hiasan pun cantik!

    BalasPadam
  22. Kalau ada kenduri yang menghidangkan daging masak hitam lauk lain kak zai tak ambik dah. Lauk feveret hihi...

    BalasPadam
  23. Bunda, sama la ju pun suka kicap ABC Saus tu...rasa sedap sgt kalau guna dalam masakan...sedap yer daging masakan bunda...aummmmmmm

    BalasPadam
  24. salam Bunda,

    saya tumpang lalu dan singgah di sini..

    boleh cuba resepi ni Bunda ni nanti... (mintak izin .. ;) .. )

    selamat menyambut tahun baru ya Bunda..

    BalasPadam
  25. saya suka makan daging masak hitam ni
    mak saya masak sedap daging masak hitam ni
    tapi kalau saya yang masak, entah jadi apa...hehe

    BalasPadam
  26. assalam bunda, sihat !
    sedapnya.selalu saya buat guna rempah yg beli dgn izan mama mia tu je.

    thanks bunda berkongsi resepi

    BalasPadam
  27. terima kasih
    boleh try utk berbuka nanti

    BalasPadam