Memaparkan catatan dengan label masak hitam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label masak hitam. Papar semua catatan

Ahad, 28 Disember 2014

Daging Masak Hitam


daging masak hitam



Bismillahirrahmanirrahim, As Salam....

entri sekali ini untuk penghujung tahun 2014 ni bunda ingin berkongsi satu lagi resipi untuk kalian semua, jom kita lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.



Bahan2nya:

* 1 kg daging (potong dadu kecil, cuci dan ditoskan)
*  kicap pekat manis lebih kurang 1/2 cawan (bunda suka guna kicap ABC saus manis/boleh ditambah jika perlu)
* kicap masin (agak2lah kemasinannya, so tak payah letak garam lagi)
* 1 cawan kerisek.
* 1 cawan air asam jawa.
* air secukupnya.
* 10 biji bawang kecil (hiris separuh & tumbuk lumat separuh)
* 1 biji bawang besar (dihiris kasar untuk dimasukkan kemudian)
* 1 inci halia (tumbuk lumat)
* 3 batang serai di ketuk.
* sedikit minyak masak.
* 1 s/besar serbuk cili
* 1 s/kecil serbuk jintan putih
* 1 s/kecil serbuk jintan manis
* 1 s/besar gula merah (sekiranya tak nak manis tak payah letak)
* serbuk perasa.(bunda letak serbuk maggi cukup rasa)



Cara2 memasaknya:

@ Daging yang telah dipotong dan dibersihkan diperap dengan bawang tumbuk, halia, serbuk cili dan jintan2, kicap manis dan masin.  (perap dalam 30 minit)

@ Panaskan kuali dan sedikit minyak masak, tumis bawang hiris hingga kuning masukkan serai di kacau2 kemudian masukkan daging perap tadi. Kacau2 sebentar kemudian masukkan air asam jawa dan tambah air secukupnya untuk memasakkan daging hingga empuk.

@ Apabila airnya separuh kering masukkan kerisek, gula merah, garam dan serbuk perasa secukup rasa. Kacau2 selalu takut melekat dibawah.

@ Apabila daging hampir kering masukkan bawang besar hiris.. kacau2 hingga kering dan berminyak.  Boleh juga guna ayam, tapi tak payahlah perap lama sangat.


*** Siap untuk di hidangkan.